PEMUTIHAN PEKIDA DI DAERAH ROMPIN.
Dengar berita pemutihan Ahli PEKIDA Daerah Rompin akan diadakan pada bulan Januari 2009. Disamping itu YBHG. Tuan Hj. Jamaluddin telah merestui menubuhkan Biro-Biro di beberapa tempat dalam daerah Rompin agar pergerakan PEKIDA dapat diselaraskan dengan adanya Biro-biro atau zon Pekida. Walau bagaimana pun pentadbiran tetap dibawah PEKIDA Daerah Rompin. Jika berjaya pemutihan dibuat dianggarkan ahli pekida daerah Rompin tidak kurang dari 7,000 orang.
Walau apa pun dicadangkan akan berlaku juga cacat celanya PEKIDA Daerah Rompin kerana kepimpinan peringkat Kebangsaan ada masalah pemutihan bagitu juga peringkat Daerah. Kita sama-sama berdoa agar pemutihan akan berjaya. Dalam PEKIDA jurang antara orang lama dengan orang baru masih tebal. Orang lama mempertahanan ketokohannya. Orang Baru tak mampu dengan cara lama kepimpinan. Kalau ikut perlembagaan PEKIDA pasti tidak akan berlaku perselisihan.untuk semua ahli yang ingin melihat Perlembagaan PEKIDA Insyallah akan datang saya akan siarkan sepenuhnya perlembagaan tersebut.
Ahad, 28 Disember 2008
Rabu, 24 Disember 2008
Jumaat, 19 Disember 2008
MASYARAKAT ORANG ASLI KE DUA TERAMAI DI DAERAH ROMPIN
Gambar Masyarakat Orang Asli di Rompin
Daerah Rompin selain dari Masyarakat orang melayu ke 2 teramai di Daerah Rompin ialah Masyarakat Orang Asli yang terdiri dari Masyarakat Orang Melayu Asli keturunan JAKUN Masyarakat ini bertutur dalam bahasa melayu lama. Jika kita menonton filem melayu sekitar awal penerbitan filem Melayu perkataan yang digunakan seperti mamak digunakan kepada bapa suadara. ada beberapa perkataan lain yang pernah saya dengar ketika menonton filem lama tersebut adalah perkataan-perkataan yang dilafaskan oleh pelakun adalah bahasa suku kaum JAKUN.Jika anda ke Rompin anda akan temui Perkampungan Orang Asli seperti Kg. Kundang, Kampung Amak, Kg. Kedaik, Kg. Taman, Kg. Jemeri, Kg. Kerpai, Kg. Batu tiga dan Kampung Batu 8 semua kampung ini dapat dilihat ketika kita dari Muadzam Shah atau dari Kuantan menghala ke Mersing. Sebahagian dari pada mereka di pengaruhi adat istiadat Orang Melayu dan mengikut adat cina.
Selasa, 16 Disember 2008
PETUA SEMBELIH BINATANG
1. Supaya daging tidak berlemak
1. Ada wudhu’ ketika sembelih binatang
2. Mata pisau disapu terlebih dahulu dengan minyak yang ada dibahagian hidung kita
3. Hulu pisau dibungkus dengan kertas atau sebagainya
4. Mata pisau dikilir atau digerakkan dengan belakang tapak tangan
2. Supaya daging binatang menjadi lembut
a. Mata pisau diletak dekat butir halkum binatang
b. Kedudukan seluruh badan kita jangan berbetulan dengan mata pisau
c. Tahan nafas sewaktu hendak sembelih dan semasa sembelih maka nafas dilepas secara perlahan-lahan
3. Bacaan ketika mahu sembelih binatang supaya daging tidak berbau busuk
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الحَمْدُ
اللّهُمَّ هَذَا هَذَا مِنْكَ وَإِلَيْكَ فَتَقَبَّلْ مِنَّا كَمَا تَقَبَّلْتَهُ مِنْ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ خَلِيْلِكَ وَمِنْ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبِيْدِكَ وَرَسُوْلِكَ اللّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ رِضَاكَ وَالجَنَّةَ
4. Selesai sembelih binatang maka sapukan hujung mata pisau kepada pipi binatang tadi supaya lalat tidak datang menghurungi daging
5. Supaya mencukup atau memadai daging bagi setiap jamuan
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ ِلإِيْلاَفِ قُرَيْشٍ إِيلاَفِهِمْ رِحْلَةَ الشِّتَاءِ وَالصَّيْفِ
Hembus dan sapu kepada badan binatang bermula bahu hingga punggungnya
6. Jangan basuh tangan dan mata pisau sehingga binatang sembelihan benar-benar telah mati
Sebaiknya tukang sembelih tidak menjadi tukang yang memandikan mayat kerana biasanya boleh membawa kepada daging menjadi keras
Petua ini diamalkan oleh Tuan Guru Hj Hashim Mudir Pondok Pasir Tumboh
Isnin, 15 Disember 2008
PEMUTIHAN AHLI PEKIDA - HARIAN METRO
Terima kasih Harian Metro kerana berani mendedahkan Kepincangan atau tidak sehaluannya pihak atasan dalam pertubuhan orang melayu yang diberi nama " PEKIDA ". Dari laporan dan pendedahan Harian Metro pada 14hb. December 2008 memang sesuai dan tepat pada masanya dalam kegawatan kaum Melayu.
Muka surat 14 Harian Metro 14 Disember 2008 YBHG Tusn Haji Jamaluddin berkata program pemutihan itu bertujuan membersihkan Pekida daripada ahli-ahli yang terlibat kegiatan negetif membabitkan lebih 15,000 ahli itu, dengan sebahagian besarnya di Selangor dan Kuala Lumpur. Pemutihan yang dilakukan bukan bermaksud terus membuang ahli yang songsang, tetapi kita cuba pulihkan mereka dulu. Jika tidak berjaya, kita lucutkan keahlian mereka.
YBHG. Ayahanda Jaafar berkata, dia bersetuju dengan program pemutihan yang dicadangkan, tetapi mempersoalkan kaedah dan pelaksanaan polisi yang bakal dilaksanakan jika cuba menyisihkan ahli sedia ada,sekalipun ahli itu didapati terbabit dengan gejala negatif dalam pertubuhan itu. Adakah cara yang bakal digunakan kena dengan mereka yang hendak diputihkan?, kenalah guna sempadan dan guna cara yang halus. Jika mereka salah sekali pun.
Dari kedua-dua sedutan dan kefahaman, dirasanya ahli PEKIDA sudah sedia maklum adakah kepincangan ini berlaku di peringkat Ahli PEKIDA atau Kepimpinan tertinggi. Rasanya dah bosan dengan kerenah ini diharap semua ahli PEKIDA faham keadaan sebenar siapa yang bersalah dan siapa yang benar. Hanya mereka mereka yang melakukannya yang tahu - KEMBALILAH KE JALAN ALLAH
Sabtu, 13 Disember 2008
DIMANA ROMPIN, PAHANG
Penempatan Penduduk di Bukit Ibam dan Jeti Kuala Rompin sekitar tahun 60an
Tergerak hati saya kali ini ingin memperkenalkan dimana Daerah Rompin Pahang dirasakan Daerah ke dua terbesar dalam Negeri Pahang. Jika dibandingkan Daerah Rompin sebesar Negeri Sembilan lebih kurang. Penduduk Daerah Rompin terdiri dari suku Kaum Melayu, Orang Asli, Cina, India dan lain-lain Bangsa. Orang Asli adalah suku kaum kedua teramai selepas Orang Melayu. 60% terdiri dari rakyat Negeri Pahang berasal dari Negeri Kedah,Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Johor dan lain-lain. jika dikecilkan lagi bancian tentang jumlah kedatangan rakyat Negeri Lain ke Daerah Rompin, Rakyat Negeri Kedah menjuarai penghijrahan teramai ke Daerah Rompin dengan pembukaan Felda dan tanah sawah. Rompin satu ketika dulu maju dengan perlombongan Bijih Timah Bandar yang paling ramai ketika tahun 60an ialah Kuala Rompin dan bukit Ibam ( Gambar Jeti memunggah Bijih timah ke Luar Negara di Kuala Sungai Rompin ) Ketika itu penghijrahan rakyat dari Negeri Kelantan dan Trangganu berlaku di Rompin. Penutupan Lombong Bijih akhir tahun 70an telah mengundang bala bagi Rompin kerana Kuala Rompin Kembali sepi dilanggar geruda. Rakyat Negeri Kelantan dan Trangganu yang berhijrah ke Rompin ada yang terus menetap di Rompin dan banyak yang balik ke Negeri masing-masing. pada tahun 1978 hingga 1996 dengan pembukaan Felda dan Penerokaan Tanah untuk dijadikan sawah mulalah kedatangan rakyat dari negeri luar. Rompin mula berkembang.
Rompin terdiri dari 5 mukim iaitu Mukim Tioman, Mukim Endau, Mukim Pontian, Mukim Rompin dan Mukim Keratong. Di Mukim keratong percambahan penduduk mungkin perlahan kerana mukim inilah Syarikat gergasi membuka ladang sawit selain dari Ladang Felda. Kampung Tradisional hanya terdapat didiami oleh Rakyat Asal Negeri Pahang hanya 5 kampung. Penempatan Peneroka Felda 17 tempat dan terdapat perkampungan Orang Asli sebanyak 24 kampung. Lebih dari 80 ladang milik syarikat gergasi menempatkan pekerja asing.
Mukim Kuala Rompin adalah mukim yang menempatkan Pusat Pentadbiran Daerah, Bandar Rompin dan Pusat Pelancungan dimana terdapat Hotel bertaraf 3 bintang.
Disini Pembangunan bagitu pesat, dengan industri Sarang Burung Walit.
Mukim Endau tidak ramai Kampung Tradisional dianggarkan dalam 23 buah kampung. Jumlah Penduduk datang dari Felda Selendang 1 hingga 5. Pontian dikenali sebagai kawasan industri Pertanian Kontan.
Mukim Endau terdapat perkampungan Pesawah, dan pintu ke Pulau Tioman.
Mukim Tioman, rasanya tidak perlu diceritakan kerana semua orang tahu keindahannya.
Sabtu, 6 Disember 2008
NEGARA ISLAM ( UNDANG-UNDANG QURAN DAN HADITH )
'Jangan tanya bila Islam akan memerintah tetapi tanya bila masa kita menyumbang kerja-kerja untuk kemenangan Islam. Perjuangan bukan dihampari dengan permaidani merah tetapi dihampari dengan onar dan darah' Iklan
Al-Quran merupakan kitab suci terakhir diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Apabila turunnnya kitab ini maka segala syariat yang terdapat di dalam kitab yang lain termansuh. Inilah hebatnya al-Quran yang diturunkan kepada nabi kita Muhammad s.a.w. yang merupakan nabi akhir zaman.
Keunikan al-Quran yang tidak boleh dinafikan oleh mana-mana pihak kerana ia adalah kitab suci yang kekal sehingga hari kiamat. Ia dibawah peliharaan Allah Yang Maha Agung.
Al-Quran bukan buku novel biasa yang penuh khayalan, jauh sekali buku penglipur lara, tetapi ia adalah kalam Allah yang tidak boleh ditiru oleh orang kafir Quraisy yang hebat dari segi kesusasteraan mereka yang sering dipamerkan di pasar �Ukaz. Allah menjadikan Nabi Muhammad s.a.w. seorang yang ummi, jauh sekali seorang ahli sastera.
Kita sebagai anggota jemaah Islam di negara ini yang sudah meletakkan asas yang kukuh di dalam perlembagaan parti PAS, bahawa rujukan kita ialah al-Quran, hadis, ijma� dan qias.
PAS boleh berjalan sampai kini kerana kita ada rujukan yang asas iaitu al-Quran. Kita tidak pernah hanyut walaupun kita di landa tsunami, taufan dan banjir besar. Kerana kita mempunyai asas yang kukuh dalam perjuangan Islam iaitu al-Quran yang memberi aspirasi perjuangan kepada kita.
1. Al-Quran sebagai petunjuk
"Demikianlah al-Kitab yang tidak ada keraguan padanya memberi petunjuk kepada orang yang bertakwa." (al-Baqarah:2)
Al-Quran bukan diturunkan untuk memberi berkat kepada manusia sahaja, tetapi ia adalah panduan yang mesti dipegang oleh manusia di atas muka bumi ini agar ia tidak terpesong daripada hidup manusia.
Kalau manusia mengambil lain daripada apa yang ditunjukkan oleh al-Quran maka manusia tidak akan berjumpa jalan dan pedoman dan akan berada di dalam kesesasatan yang nyata. Petunjuk al-Quran adalah jelas yang tidak diselindungi falsafah yang berbelit dan cerita dongengan yang direka.
2. Al-Quran sebagai pembeza antara benar dengan yang salah.
Berpegang dengan al-Quran bermakna kita dapat membezakan antara yang benar dengan batil. Kerana al-Quran sebagai penyuluh yang terang, barang pasti ia tidak akan mengkaburkan peganutnya yang kuat berpegang dengan al-Quran.
Kita mampu menghadapi segala bentuk kepalsuan yang dijelmakan oleh musuh-musuh Islam untuk menyekat sokongan terhadap Islam di negara ini. Kita sudah barang pasti ingat bagaimana rakyat di Malaysia yang dikaburkan dengan program Islamisasi tajaan Dr Mahathir Mohamad waktu beliau menjadi Perdana Menteri.
Semua badan-badan dakwah menyokong apa yang kerajaan bawa dengan anggapan bahawa Islam menghijau pada zaman Dr Mahathir. Sewaktu itu PAS menentang arus walaupun kita hanya keseorangan, kerana orang lain semuanya kena ubat bius program Islamisasi. Akhirnya ijtihad PAS yang menentang arus tepat apabila peristiwa pemecatan Dato� Seri Anwar Ibrahim daripada Umno setelah 17 tahun dengan arus Islamisasi.
Sekali lagi rakyat di tipu melalui program Islam Hadhari yang dianjurkan oleh Dato� Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika mula memegang jawatan Perdana Menteri. Pada peringkat awal ramai juga orang sudah terpukau, harapan baru kepada PM baru yang dianggap sebagai keturunan ulama, datuk dan ayahnya sendiri sebagai ulama yang tersohor di sebelah utara.
Harapan baru untuk rakyat Malaysia melihat Islam akan berkembang setelah kecewa dengan Dr Mahathir yang dianggap orang yang tidak boleh diharap memberi tumpuan kepada Islam.
Tetapi alhamdulillah PAS sebagai parti yang berpegang dengan al-Quran terus istiqamah menolak mentah-mentah Islam Hadhari. Maka terpaksa pihak kerajaan mengadakan bengkel untuk menolak hujah PAS.
Dengan berkat petunjuk al-Quran maka tidak berapa lama terserlah wajah manusia yang hipokrit yang hendak Islam dengan gambar Imam Islam Hadhari memegang perempuan dalam satu majlis dan disebar dengan meluas di internet, akhirnya Islam Hadhari sudah tidak relevan seperti juga Umno yang tidak relevan di persada politik tanah air.
Kita yakin Islam Hadhari ciptaan manusia akan mati kerana ia bukan Islam hak milik Allah SWT.
3. Al-Quran mengkhabarkan balasan orang yang dusta kepada Allah SWT
Semua ini menjadi pengajaran kita sebagai duat (pendakwah) perlu memberi pengajaran kepada masyarakat supaya jangan mengulangi tabiat kaum yang sudah dibinasakan oleh Allah SWT.
Pembalasan terhadap kaum yang mendustakan ayat Allah seperti melanda kepada kaum Nabi Nuh yang ditenggelami banjir besar sehingga habis zuriatnya, kaum Hud yang dilanda ribut taufan, kaum nabi Soleh ditimpa gempa bumi.
Kesemuanya ini alah gambaran yang Allah sebut di dalam al-Quran untuk menjadi pengajaran kepada kita supaya kita tidak mengulangi kesilapan mereka. Maka kita sebagai pendakwah perlu memberi amaran supaya masyarakat tidak terjebak dengan kancah kemurkaan Allah.
Sekarang ini negara yang dilanda dengan berbagai kesempitan rezeki (kenaikan barang keperluan), rompakan, pembunuhan di sana sini. Semua ini kerana maksiat yang dilakukan oleh manusia yang engkar kepada Allah. Kita yang tidak berdosa juga terpalit sama kerana angkara daripada perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab ini. Allah SWT telah menarik nikmat bahagia dan aman dalam negara ini.
Di Malaysia sekarang, kaya pun payah kerana perompak sentiasa mengintip ke mana kita dan keluarga pergi. Kalau miskin pun payah kerana sempit hendak berbelanja kerana kenaikan harga barang yang melimpah melambung.
Allah menarik nikmat kerana manusia yang tidak bersyukur kepada Allah walaupun negara kita ini dilimpah dengan nikmat yang banyak seperti petroleum, kelapa sawit, balak, getah, mutiara dan pelbagai lagi. Tapi tidak cukup, walaupun rakyat hanya 26 juta sahaja. Ini adalah bala yang Allah melanda negara kita pada hari ini.
4. Motivasi kepada pendakwah
Al-Quran menjelaskan bahawa mereka yang berjuang di jalan Allah dijanjikan kemenangan di atas muka bumi ini. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai Muhammad) bahawa dia akan menjadikan mereka khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka khalifah yang berkuasa dan dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka yang telah diredai-Nya untuk mereka dan dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh)." (al-Nur: 35)
Kemenangan adalah janji Allah, dan pasti akan diperolehi oleh mereka yang berjuang di atas agama Allah sebagaimana Allah memulakan dengan lafaz wa�ada bermaksud "telah menjanjikan" di mana kemenangan dunia kepada orang yang beriman dan beramal soleh apabila tiba masanya.
Jangan tanya bila Islam akan memerintah tetapi tanya bila masa kita menyumbang kerja-kerja untuk kemenangan Islam. Perjuangan bukan dihampari dengan permaidani merah tetapi dihampari dengan onar dan darah.
Janji ini bukan sahaja di tulis dalam al-Quran malahan dicatat dalam kitab Zabur Nabi Daud AS lagi. Firman Allah SWT dalam surah al-Anbiya�: 105 �Sesungguhnya telah kami wartakan dalam kitab Zabur selepas peringatan bahawa bumi ini akan diwarisi oleh hamba-hamba yang soleh.�
Pesanan al-Syahid Syed Qutb pernah menyebut "kebatilan nampak kuat, tetapi tidak kekal, manakala kebenaran nampak lemah tetapi akan kekal." -Hrkh
BACALAH AYAT YASSIN SELALU
RASULULLAH s.a.w te! lah bersabda yang bermaksud: "Bacalah surah Yassin kerana ia menga ndungi keberkatan", iaitu:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah s.a.w lag! i, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
13 Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adala! h orang-orang yang munafik.
Rabu, 3 Disember 2008
SELAMAT MENYAMBUT HARI AIDS SEDUNIA
SELAMAT MENYAMBUT HARI AIDS SEDUNIA KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA. Tergerak hati saya pada hari ini ingin membicarakan tentang HIV/AIDS pada kali ini kerana program kawalan dan pencegahan HIV/AIDS adalah tanggung jawab bersama bukan terletak kepada individu atau kementerian. Ketika ini di Malaysia peranan yang dimainkan hanyalah Kementerian Kesihatan sepehuhnya. Hanya dibantu oleh satu dua NGO dan sokongan dari AADK.
HIV/AIDS adalah masalah Negera seperti mana juga dadah. 90% dari pengidap HIV/AIDS terdiri dari Penagih Dadah yang berkongsi jarum suntikan, selebihnya dari hubungan sex rambang, Dari suami yang mengidap HIV/AIDS dan dari ibu yang mengidap HIV/AIDS. Kaum melayu menjuarai peratus dalam pengidapan HIV/AIDS. Masyarakat harus prihatin dan mengambil berat diatas kejadian kes HIV/AIDS yang meningkat. Gejalanya berpunca dari gaya hidup remaja masa kini, Jika gaya hidup remaja masa kini tidak dapat dibendung atau dicegah tidak mustahil Kejadian Kes penyakit HIV/AIDS yang dilaporkan akan meningkat. Jika kita fikirkan 1 kes yang dilaporkan menjalinkan hubungan yang ditegah seperti penggunaaan suntikan dadah berkongsi. Melakukan sex bebas dengan berbilang pasangan yang tidak diketahui sejarah kesihatan mereka. Usaha-usaha Kementerian Kesihatan akan gagal.Walaupun program PROSTAR ( Program Sihat Tanpa Aids untuk Remaja ). Kelab Remaja Sihat dan Program Doktor Muda. Kalau difikirkan jumlah kes HIV/AIDS di kalangan masyarakat masa kini kita akan menjadi seram kerana kemana kita pergi kita akan dijejaki virus HIV/AIDS, sebabnya dari seorang pengidap HIV/AIDS talian hubungannya kita tidak dapat mengesan sejauh mana perjalanannya berapa orang yang dia berkongsi jarum, berapa orang yang dia telah melakukan hubungan sex, berapa ramai yang telah membantunya ketika pesakit ini luka dan yang membantunya pun luka. Walau apa pun kita tidak boleh pinggirkan mereka kita harus membantu, kita boleh bersama mereka dalam aktiviti harian. Mereka memerlukan bantuan, perangsangan, sokongan dan belaian kasih sayang. HIV/AIDS dapat di hapuskan dari jangkitan dengan mengamalkan sistem " MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT " Program pencegahan perlu diadakan oleh semua pihak. Kementerian Kesihatan, Jabatan Agama Islam, Agensi Dadah Kebangsaan, Jabatan Belia dan Sukan,Kementerian Hal Ehwal Wanita,lain-lain seperti FELDA, JKKK ,Pejabat Daerah, Pejabat Kebajikan, Ahli Politik dan NGO-NGO. dengan sokongan dan bantuan dari semua agensi diatas dirasakan HIV/AIDS dapat dikurangkan malah dihapuskan terus seperti penyakit yang berparasit seperti malaria,untut dan lain-lain. Hanya satu pihak yang bertanggung jawab terhadap penyakit ini nak dijadikan satu program atau satu unit didalam pentadbiran mereka.
UNTUK RENUNGAN AHLI PEKIDA
PEKIDA menyokong kepimpinan Barisan Nasional. Siapa mereka? Benarkah pertubuhan Melayu tidak berdaftar itu di terajui oleh Pak Lah
wartawan umno-reform.com
07-04-2004
Mungkin kain rentang di beberapa tempat semasa pilihan raya tidak di sedari oleh kita milik satu pertubuhan tidak berdaftar yang di katakan bernaung di bawah Perdana Menteri Malaysia - Pak Lah. Kain rentang itu memaparkan slogan PEKIDA menyokong Barisan Nasional, menyebabkan saya cuba untuk mengetahui apa dan siapa mereka sebenarnya dalam PEKIDA?
Di katakan PEKIDA adalah kumpulan orang - orang Melayu yang mengaku adik beradik dan mengangkat sumpah mengenai hubungan antara mereka. Mereka akan membantu sesama adik beradik dan di katakan mampu melakukan apa saja atas dasar adik beradik. Mereka juga di katakan tidak teragak - agak untuk mengambil undang - undang di atas tangan mereka sendiri dan melakukan hukuman yang di rasakan sesuai ke atas pesalah yang telah melakukan kesalahan ke atas adik beradik mereka sendiri.
Menemu ramah salah seorang anggota PEKIDA benar - benar mengkagumkan kami. Mereka se olah -olah mafia Melayu yang mempunyai pelbagai isyarat untuk pelbagai keadaan. Mereka akan membela adik - beradik sehingga sanggup ke tahap mengambil risiko bertaruh nyawa sekali pun. Di aktakan asal PEKIDA adalah murni tetapi kini PEKIDA menyimpang jauh sehingga ada yang mengatakan bahawa PEKIDA terbabit dalam isu Kampung Medan dan ramai antara mereka di katakan menjadi gerak gempur untuk UMNO.
Siapa di belakang mereka?
Di maklumkan kepada kami bahawa ayahanda PEKIDA adalah YAB Dato Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi sendiri. Mereka bernaung di bawah Ayahanda tersebut dan kumpulan mereka mempunyai kepimpinan lain berbentuk satu Majlis yang di dokong oleh mereka yang telah di beri gelaran Tok Ayah. Sungguhpun arah tuju PEKIDA amat menarik namun di beritakan bahawa mereka kini terbabit dalam pelbagai kegiatan yang di luar peruntukan undang - undang. Di katakan antara perkara - perkara yang di lakukan menyimpang dari peruntukan perundangan dan kini mereka di gunakan untuk sokongan politik khususnya UMNO. Sekali lagi mereka ini di terajui oleh Pak Lah. Beberapa ahli UMNO juga telah membuat pengakuan tersebut - Pak Lah adalah ayahanda PEKIDA.
PEKIDA dan UMNO
Di beritakan pertubuhan haram Melayu ini tidak lagi menuruti agenda asal penubuhan mereka. Penyimpangan mula berlaku bila mereka sebenarnya kini berpolitik dan ahli - ahli mereka sudah mula mengambil langkah menyokong UMNO kerana ayahanda mereka adalah Pak Lah. PEKIDA yang di katakan kini mempunyai sokongan ratusan ribu orang - orang Melayu bertindak sebagai satu kumpulan haram yang di terajui oleh Pak Lah bagi memastikan kemenangan UMNO. Apakah penyakit MAFIA sudah ada dalam arus masyarakat Melayu. Siapa yang membiaknya : Apakah Pak Lah yang menerajui pertubuhan haram tersebut. Pak Lah di saran mengasingkan diri dari pertubuhan tersebut
Melihat kegiatan PEKIDA sekarang ini - menurut orang yang memberi keterangan - PEKIDA kini mementingkan imbuhan dari prinsip. Anak - anak muda kelihatan amat ghairah berpayung di bawah PEKIDA yang dapat membantu mereka di kala susah nanti. Di katakan juga PEKIDA mempunyai pelbagai aktiviti haram termasuk kumpulan yang menjadi kaki pukul dan banyak sindikit lain.
Apakah Pak Lah mahu menafikan peranan beliau dalam PEKIDA?
Saya juga berharap pihak polis tidak terikut - ikut dengan PEKIDA dan menjalankan penyiasatan mereka mengenai pertubuhan tersebut. Namun dengan Pak Lah menerajui Polis Di raja Malaysia maka penglibatan Pak Lah dalam PEKIDA tidak akan terselengkor dan berita ini di katakan fitnah semata - mata. Namun ramai yang tahu - Pak Lah mengetuai satu kumpulan harap Melayu - ia itu PEKIDA
Dari cerita diatas Ahli PEKIDA yang berdaftar sebagai Ahli PEKIDA yang sah harus berhati-hati, Dalam pertubuhan PEKIDA yang sah terdapat juga Kad Ahli yang palsu. Dari teguran diatas kita boleh simpulkan " Sebab Nila setitik rosak susu sebelanga ". Perjuangan perlu diteruskan daftarlah dengan pertubuhan PEKIDA yang sah
Dicatat oleh BLOG PEKIDA KUALA ROMPIN di 11:24 PG
Ahad, 30 November 2008
KETUANAN MELAYU - CHUA SOI LEK
Mutakhir ini mula berlagu dendangan pemimpin MCA Chua Soi Lek dan ketua wanitanya Chew Mei Fun,..kalian tak dapat menerima konsep ketuanan melayu dan mendakwa ianya ditolak rakyat pelbagai kaum di negara ini. Mengapa baru sekarang hal hal begini di perkatakan? Namun begitu rasa tak puas hati ini dah sejak dulu dipendamrasa apabila parti gabungan utama sedikit goyah, masing masing mula bangkit.
Sejak diawal selesainya pilihanraya ke 12, mula timbul bibit bitbit menongkah arus dan kebelakangan ini semakin menjadi. Apa cerita parti Gerakan di Pulai Pinang? Apa cerita Teck Lee di Sabah? Apa cerita Zahids Ibrahim di Kelantan? Dan sekarang giliran MCA pula memainkan peranan nya.
Dalam perlembagaan sudah termaktub, bagaimana kedudukan Melayu bagaimana kedudukan raja raja, atau perlembagaan ini perlu di pertikaikan?
Disinilah tugas yg perlu diambil oleh ‘pendekar pendekar’ kita bagi mengendurkan suasana yg di tegangkan. Saban tahun perhimpunan Umno akan timbul perwira gagah berani, sering dengan ‘laungan hidup melayu’.
Mungkin dek kerna panic akibat kekurangan sokongan baru baru ini, beberpa parti gabungan mula bersuara, dan Dato Shafie Afdal berkata ‘beliau merasa kesal dengan komen kedua pemimpin MCA itu yg mana sepatutnya pekaar ini tak perlu dibangkitkan.’ Dan Tan Sri Isa Samad pula menegaskan agar MCA tidak membangkitan pekara2 yg menjejaskan perpaduan kaum dan eloklah menumpukan kepada kekuatan parti, katanya pada Bernama..
Ahli majlis tertinggi Umno Dato Seri Khaled Nordin turut mempersoalkan kenyataan kedua pemimpin MCA ini “Oleh kerana asal usul rakyat negara ini adalah orang Melayu dan mereka juga merupakan kaum majoriti maka tentulah dasar-dasar kerajaan memberi kelebihan kepada orang Melayu” katanya kepada Mingguan Malaysia..
Chua Soi Lek sudah mula mendapat perhatian walau baru saja memegang jawatan beberapa hari, dan semakin ramai para pemimpin Negara mula membidas kenyataan nya itu.
- budakrompin
Selasa, 25 November 2008
MAJLIS TERTINGGI PEKIDA MALAYSIA
PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA ( PEKIDA ) JAWATANKUASA MAJLIS TERTINGGI PEKIDA MALAYSIA BAGI TAHUN 2008/2011
Presiden
Tuan Haji Jamaludin bin Yusof
Tim. Presiden
Dato'Hj. Ramli bin Norani
Naib Presiden
Dato' Bakri bin Haji Ali Mohamad
Hj Fuad bin Mat Isa
Girim bin Hamzah ( Meninggal dunia )
Setiausaha
Hj. Mohd. Zain bin Ghazali
Pen. Setiausaha
Hj. Mohamad bin Jamal
Bendahari
Abu Bakar bin Hamzah
Ketua Penerangan
Dato' Wira Osman bin Abdul
Ahli Majlis
Saad bin Md. Noh
Abdullah bin Hanafi
Hashim bin Hamid
Yahaya bin Ahmad
Che Kair bin Ismail
Mansor bin Ali
Hj. Darus bin Ahmad
Hj. Ridzuan bin Ahmad
Ramli bin Hassan
Ab. Rahim bin Mokhtar
Mohd. Idris bin Lebai Hashim
Roslan bin Dahaman
Azmi bin Hasan
Datuk Kpt(B) Ab. Karim bin Sulaiman
Azman bin Jaafar
Abu Bakar bin Abdullah
Abd. Shukur bin Abd. Rahman
Zulkifli bin Mat Deris
Wan Rashid bin Wan semail
Yob bin Awang Kechil
Abdullah bin Abd. Rahman
Dato' Hj. Razali bin Md. Noor
Datu Akjan Bali bin Mohamad
Ab. Rahim bin Othman
Mohd. Sharil bin Abd. Aziz
Mohamad Yatim bin Md. Rejab
Dato' Abd. Rahman bin Ibrahim
Shahidan bin Md. Noor
Musa bin Ainnie
PENDANGAN MUFTI PERLIS TENTANG YOGA
KUALA LUMPUR Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin hari ini mula menegur Majlis Fatwa Kebangsaan tentang isu pengharaman yoga yang diumumkan baru-baru ini.
Walaupun pada dasarnya, beliau bersetuju ada unsur agama lain dalam yoga, pergerakan senaman itu menurut beliau tidak seperti air yang sudah tercemar yang sukar untuk dipisahkan.
“Majlis Fatwa jangan hanya mengharamkan saja tapi berilah alternatif. Banyak lagi amalan-amalan sukan yang diambil dari budaya lain seperti tai chi, judo, taekwando. Semua sukan ini bukan asal usul Islam tetapi diamalkan kerana ianya baik untuk kesihatan,” jelas Dr Asri dalam satu temubual telefon sebentar tadi.
Dr Asri difahamkan tidak hadir dalam mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan berkenaan kerana dikatakan kurang selesa dengan sikap diskriminasi JAKIM kepadanya dan kenyataan Pengarah JAKIM yang tidak berapa senang dengan pandangan alternatif beliau.
Pun begitu, ini tidak menghalang beliau untuk memberi satu lagi pandangan tentang fatwa ‘yoga’.
“Pengamal-pengamal yoga yang beragama Islam sepatutnya ada alternatif dengan diberikan satu versi amalan yoga yang terpisah dengan pergerakan yang terlalu jelas menyamai agama lain, bacaan-bacaan yang bertentangan dengan agama Islam dan kepercayaan karut. Versi yoga yang disyorkan ini seharusnya mengekalkan pergerakan yang baik untuk kesihatan.
“Tanggalkan yang bertentangan sahaja, samada pergerakan, bacaan atau kepercayaan. Kekalkan pergerakan yoga yang baik untuk kesihatan,” jelas Dr Asri.
Kata Dr Asri lagi, Majlis Fatwa Kebangsaan sepatutnya tidak terlalu kaku.
“Fatwa yang dikeluarkan pada zaman sekarang hendaknya jangan terlalu kaku. Berilah alternatif yang memisahkan amalan yoga yang mengandungi unsur agama dengan amalan yoga yang baik untuk kebaikan kesihatan. Sekiranya ada kelebihan dari segi kesihatan dan ianya memanfaatkan, itu boleh dikekalkan.
“Pergerakan manusia itu tidak semestinya berkaitan dengan agama. Sama seperti amalan judo, misalnya. Apa yang tidak sesuai, dihapuskan saja dan diambil manfaatnya. Kita kekalkan pergerakan yang meafaatkan badan,” jelas Dr Asri.
Beliau juga berharap Majlis Fatwa memberi ruang untuk umat Islam melihat alternatif.
Sabtu lepas, Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Pengerusi, Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin mengumumkan Majlis Muzakarah Kebangsaan (yang bersidang pada 22 hingga 24 Oktober di Kota Bharu) bersetuju memutuskan bahawa apa jua bentuk amalan yang mengandungi unsur-unsur tersebut adalah dilarang kerana bertentangan dengan Islam.
Umat Islam negara ini diminta tidak mengamalkan senaman yoga yang didapati mengandungi unsur-unsur keagamaan, mentera dan pemujaan.
Tambah beliau, amalan fizikal senaman yoga tanpa unsur-unsur tersebut pada zahirnya tidaklah menjadi kesalahan.
Namun, beliau menasihati umat Islam agar meninggalkan amalan tersebut kerana dikhuatiri akan menghakis akidah mereka.
“Tiga perkara yang boleh menghakis akidah umat Islam adalah kepercayaan di hati, menerusi perkataan dan perbuatan.
“Memandangkan terdapat elemen tersebut dalam amalan yoga, maka umat Islam wajib memelihara akidah mereka daripada terhakis. Saya nasihatkan mereka tinggalkannya (yoga) dan pilih senaman lain seperti berbasikal,solat, zikir dan sebagainya,” kata beliau pada sidang media hari itu.
Selain Malaysia, amalan yoga telahpun diharamkan di Singapura dan Mesir, katanya.
Abdul Shukor berkata, pada peringkat ini, program kesedaran mengenai amalan itu akan diperluaskan ke seluruh negara melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Jelasnya, pelaksanaan dari dari sudut undang-undang terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.
“Kuasa perlaksanaan dari sudut undang-undang terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Setelah ia diwartakan barulah kita boleh tahu apa tindakan yang boleh dikenakan ke atas mereka yang masih mengamalkannya,” katanya.
Awal bulan lalu pensyarah Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Zakaria Stapa menasihati orang Islam yang mengamalkan senaman yoga supaya menghentikannya kerana bimbang boleh memesongkan akidah.
Menurut Zakaria, yoga yang berasal daripada masyarakat Hindu, menggabungkan unsur keagamaan dan penyembuhan jiwa.
“Mereka mengamalkan yoga kerana percaya boleh menyatukan mereka dengan Tuhan,” katanya.
Yoga adalah amalan kesihatan yang diperkenalkan sekitar 3,300 sebelum Masihi, dikatakan dapat membantu melambatkan proses penuaan, mengurangkan risiko diabetes, darah tinggi, lelah dan penyakit berkaitan jantung.
Mstar
YOGA DIHARAMKAN
Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan umat Islam mengamalkan yoga secara sistematik, yang membabitkan unsur-unsur fizikal dan spiritual kerana ia bertentangan dengan syariat Islam.
Pengerusinya, Datuk Dr Abdul Shukor Husin bagaimanapun berkata, amalan fizikal iaitu senaman dalam yoga, tanpa adanya unsur-unsur mentera dan pemujaan pada zahirnya tidak menjadi kesalahan.
Namun, katanya, ia tidak digalakkan kerana dikhuatiri boleh menghakis akidah seseorang Muslim memandangkan ia merupakan salah satu komponen daripada keseluruhan amalan yang diharamkan itu.
“Amalan yoga yang berasal dari masyarakat Hindu mempunyai tiga peringkat, peringkat pertama adalah fizikal iaitu senaman, peringkat kedua adalah mentera dan pemujaan bagi mendapatkan ketenangan dan peringkat ketiga adalah penyatuan diri dengan tuhan.
“Oleh itu ahli muzakarah bersetuju memutuskan apa jua jenis atau bentuk amalan yang mengandungi unsur-unsur tersebut adalah dilarang dan bertentangan dengan ajaran Islam,” katanya.
Abdul Shukor berkata, perkara itu diputuskan dalam persidangan Anggota Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan ke-83 yang bersidang 22-24 Oktober lalu di Kota Bharu, Kelantan dan akan dipanjangkan kepada majlis-majlis agama negeri untuk diwartakan.
“Selain Malaysia, amalan yoga telahpun diharamkan di Singapura dan Mesir,” katanya.
Abdul Shukor berkata, pada peringkat ini, program kesedaran mengenai amalan itu akan diperluaskan ke seluruh negara melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Beliau turut menasihatkan masyarakat Islam supaya berhati-hati dan berwaspada dengan perkara yang boleh memesongkan akidah, serta perlu mengkaji secara mendalam mengenai sesuatu amalan sebelum melakukannya.
Beliau berkata, terdapat banyak amalan lain dalam Islam yang boleh dilakukan bagi menjaga kesihatan dan mendapatkan ketenangan termasuk mengamalkan sembahyang dan berzikir.
Yoga adalah satu pakej senaman yang telah diamalkan sejak 3,000 tahun sebelum Masihi dan dikatakan boleh melambatkan penuaan, mengurangkan risiko kencing manis, lelah dan penyakit jantung. — Bernama
Isnin, 24 November 2008
MAJLIS PERKAHWINAN DAN JEMPUTAN
Pada musim cuti sekolah ini kita adik-beradik sebuk dengan aktiviti jemputan kenduri perkahwinan anak-anak kita , saudara seperjuangan kita yang belum kawin dan yang nak kawin lagi alhamdulillah disini-lah dapat kita bertemu dan bermesra PEKIDA kuala rompin telah menerima jemputan tidak kurang dari 50 jemputan dari hari ini hingga 30hb. november 2008 apa yang diharapkan kepada saudara semua, saudara kita di Rompin tidak mampu untuk bergerak dalam masa 1 hari ada hampir 5 buah rumah kenduri. maaf sajalah kepada yang tidak dapat berkunjung. dirompin sahaja terdapat beberapa kenduri bermula dari 22hb. lalu.
pada 25hb. 11. 2008 jemputan di Pekan, Jengka, Bera, Lepar dan kuantan, 26hb. di Selancar, Purun, Jengka dan Temerloh. 27hb. 11.2008 jemputan di Lipis, Terangganu, Kelantan dan Kedah di Pahang pula di Lipis, Bentong, Tanah Rata dan Mempaga, 28hb.11.2008 satu jemputan dari Negeri Perlis dan 6 kenduri di Negeri Pahang. 28hb. 11 . 2008 terdapat 2 jemputan dari Negeri Perlis, 1 jemputan dari Negeri Kedah , 1 jemputan dari Negeri Johor dan satu dari Melaka. pada 29hb. 11 .2008 terdapat 4 jemputan dari Negeri Pahang, 1 jemputan dari Negeri Johor. pada 30hb. 11 . 2008 terdapat 3 jemputan dalam daerah Rompin. Melalui Blog ini saya mewakili Saudara Kita Che Omar dari Perumahan Felda Keratong 4, mewakil Che Omar ingin menjemput saudara semua ke Majlis Sambut menantu anaknya mulai 29hb.11.2008 malam hingga 30hb.11.2008 dengan kehadiran semua kita dapat mengiratkan lagi hubungan.
Kepada Majlis yang Ahli dari Rompin tidak dapat hadir saya mewakili saudara-saudara di Rompin terlebih ingin memohon kemaafan kerana tidak dapat hadir.
BANJIR DIKUALA ROMPIN
dibawah ini juga disertakan gambar banjir di Rompin pada bulan December 2007 dan berakhir pada Februari 2008. Memandangkan ketika ini hujan mula turun di Rompin. Gambar ini disediakan untuk renungan semua dan dijadikan teladan bagi menghadapi banjir yang akan berlaku
Sabtu, 22 November 2008
PEKIDA MALAYSIA
Dalam ruang bloger dan homepage terdapat berbagai ruang dikeluarkan atas nama PEKIDA Malaysia sama ada pembuat laman tersebut adalah ahli sah atau ahli tempilan. Bagitu juga Kad Ahli PEKIDA ada yang asli dan ada yang tiruan. Jika saudara perhati betul-betul perbezaan ternyata kedua-duanya.
Disini juga terdapat berbagai pertubuhan yang menggunakan logo PEKIDA MALAYSIA ada yang diperolehi dengan izin dan ada yang main sambar aje. Atau lebih sesuai lagi di panggil Logo PEKIDA MALAYSIA " Piang ". Walau bagaimana pun biarlah tujuan yang diterokai dan dilalui biarlah kepada asas perjuangan bukan digunakan untuk kepentingan diri sendiri. Ikutilah ajaran Allah dan Sunnah Nabi, insyallah kita akan dapat apa yang kita hajati.
Perjuangan kita untuk Agama, Bangsa dan Negera dan mendaulatkan Raja Raja melayu dan mempertahankan Negara dari kekecohan.
Arah tuju kita biarlah selaras dengan ajaran Islam, Amalkan yang makrof dan jauhi yang mungkar.
Landasan Pertama
Tuhanku Allah Yang Maha Mencipta, Maha Mengusai dan Maha Mengatur.
Allah Berfirman
" Allah adalah Pencipta segala sesuatu " ( Az-Zumar :62 )
Landasan kedua
Islam adalah mengesakan Allah dan mentaatinya serta meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah
" Dan siapakah yang lebih baik agamanya daripada orang yang iklas menyerah dirinya kepada Allah, sedang dia pun mengerjakan kebaikan ( An-Nisa ' 125 )
PROGRAM SMARTHERBS BERSAMA PEKIDA
LAWATAN YBHG. PRESIDEN KE MERSING
Pada 19hb. Novembar 2008 Saudara Presiden Pekida Malaysia Tuan Haji Jamaluddin telah membuat lawatan ke Daerah Mersing, Johr dan merasmikan Pekida Zon Endau di Perkampungan FELDA Endau. Kehadiran Ahli tidak kurang dari 300 orang, jemputan khas yang hadir terdiri dari Pengerusi PEkida Daerah Muar, Batu Pahat, Johor Bahru, Kota Tinggi dan Pontian. YBHG. Presiden juga menceritakan dengan panjang lebar tentang kedudukan PEKIDA sekarang. Motif kedatangan nya kedaerah-daerah untuk memulihkan dasar perjuangan PEKIDA yang telah dicemari oleh berbagai pertubuhan tanpa kelulusan pendaftaran pertubuhan tetapi berlebelkan PEKIDA . Beliau berharap agar semua Ahli dapat mendaftar sebagai ahli pekida secepat mungkin. Tentang kad PEKIDA yang sah hanya dikeluarkan di sungai Petani dan boleh di salurkan melalui sekreteriat PEKIDA yang akan dibuka di Kampung Baru , Kuala Lumpur tidak lama lagi ( sekreteriat akan beroperasi mulai 1hb.12.2008 ).
Jadual lawatan YBHG. Presiden ke Endau
18.11.2008
2.00 pagi - Tiba di Hotel Seri Malaysia Tg. Gemok Rompin.
9.00 pagi - Majlis Perjumpaan dengan Ahli Pekida Kuala Rompin
12.00tgh - Majlis Makan tengah hari bersama Ahli Pekida Kuala Rompin
2.00ptg - Majlis Perasmian PEKIDA Zon Endau.
4.00ptg - Majlis Minum Petang Bersama Ahli Pekida Kuala Rompin.
5.00ptg - Bertolak Balik Ke Sungai Petani
Sabda Nabi Muhamad SAW
Sesiapa Pemerintah yang memerintah rakyat muslimin lalu mati dalam keadaan menipu mereka itu balalasannya tidak lain melainkan Allah mengharamkan bau syurga
Hadith diriwayatkan oleh Robaai bin muawiq