CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Selasa, 15 September 2009

MAZIDUL BONGKAR APA ITU PEKIDA




Jam 3 petang 10 September 2009, saya ke Jalan Horly, Bukit Bintang, Kuala Lumpur bertemu Pengerusi Pekida Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ayahanda Roslan Dahaman. Roslan, 55 tahun, anak kelahiran Kangar, Perlis menyertai Pekida pada usia 19 tahun, 28 tahun kemudian beliau dilantik sebagai ayahanda.

Hampir 2 jam kami bersembang di pejabat terbaharu Pekida Wilayah itu. Pelbagai isu disentuh, ada sensitif, ada tidak. Majoriti temubual dirakam akan disiarkan pada 30 September 2009, jam 9 malam di ‘360’.

Roslan dikenali dengan nama ‘Lan Gajah’ di kalangan ahli Pekida, mungkin kerana saiz tubuhnya agak besar. Beliau lancar berkata-kata dan mudah didekati.

“TV tak pernah lagi interview tetapi Harian Metro adalah,” ujar Roslan.

Mungkinkah ’360’ bakal menjadi program TV pertama merungkai ‘kemelut’ didepani Pekida? Barangkali.

“Ramai takut, bila cakap fasal Pekida, siapa nak jumpa? Inikan nak datang kepejabat,” usik saya.

Menurut Roslan, lebih 2 juta ahli Pekida berdaftar dan tidak berdaftar di seluruh negara.

“Masa saya jadi pengerusi Pekida Bukit Bintang, lebih 15,000 ahli berdaftar di bawah saya”

“Adakah Pekida itu Tiga Line dan Tiga Line itu Pekida?,” soal saya.

“Pekida tidak ada kena mengena dengan Tiga Line. Pekida, persatuan berdaftar, Tiga Line tidak. Registrar Of Company patut kena siasat Tiga Line tu apa sebenarnya sebab dia ‘persatuan’ tidak berdaftar,” jelas Roslan selamba.

Rakaman soal-jawab lain, biarlah saya ‘simpan’ dahulu buat masa ini. Tetapi saya yakin perkara bakal didedahkan melalui kenyataan ‘panas’ Roslan akan mengejutkan ramai penonton.

KOMEN
Kalau nak cantik lagi Mazidul kena ke Sungai Petani berjumpa dengan ayahanda Jamaluddin. Dapat tahu jumlah ahli PEKIDA yang sebenar, berapa Daerah yang terdapat PEKIDA DAERAH. Maklumat lengkap di sana.

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails