Cuti sekolah , Bila cuti sekolah Jemputan Kawin datang macam Kad Hari Raya, Kami PEKIDa Zon Pantai Rompin, Pahang mendapat jemputan perkahwinan satu semenanjung, 2 keping dari Perlis, 3 keping dari Kedah, 1 keping dari Perak , Satu dari Melaka dan 6 keping dari Johor. Apa yang merisaukan tarikh tarikh tersebut terdapat juga kenduri di dalam Zon. Melalui Blog ini kami memohon jutaan keampunan jika tidak ada seorang pun saudara dari PEKIDA Zon Pantai Rompin menghadiri jemputan yang telah diterima. Walaupun jemputan itu dari Pahang sendiri, jika berlaku pertembungan tarikh dengan Zon Rompin Pantai . Kemungkinan Besar semua ahli tidak dapat hadir.
Mehon maaf dari kami semua. Lain kali ada lagi kan.
ASSALAMMUALAIKUM.
Sabtu, 30 Mei 2009
CUTI RAYA KAWIN PUN BEJELA
Ahad, 24 Mei 2009
Melontar di Jamrah " Untuk bakal Jemaah Haji "
Haji: Antara falsafah, tokok tambah dan nas
**Artikel ini tulisan Dr Mohd Asri dicadangkan untuk bacaan **
Ajaran Islam menentang sebarang unsur keberhalaan. Umat Islam tidak menyembah Kaabah, sebaliknya hanya menghadapkan wajah ke arah Kaabah bagi memenuhi arahan Allah juga kesatuan dalam ibadah. Pada awalnya umat Islam menghadap ke arah Masjid al-Aqsa, kemudian Nabi s.a.w. memohon agar dipilih Masjidilharam sebagai arah kiblat. Lalu Allah menerima harapan baginda. Maka pemilihan arah kiblat Allah adalah ketetapan Allah. Kita tidak menjadikannya seperti agama-agama berhala.
Seorang penceramah haji dalam satu penyampaiannya menyatakan bahawa apabila seseorang melontar di jamrah, dia hendaklah melontar dengan sekuat mungkin dan penuh kemarahan terhadap syaitan yang selalu menghasut kita. Menurutnya, ini kerana jemaah haji ketika itu sedang melontar syaitan yang berada di situ.
Para hadirin ada yang terfikir: Apakah syaitan yang begitu bijak menipu dan menghasut manusia menjadi begitu bodoh sehingga sanggup tunggu di jamrah-jamrah pada waktu haji untuk membiarkan diri mereka dilontar oleh jutaan manusia? Dia bertanya saya tentang kekeliruan itu. Saya berkata, syaitan memang jahat dan dilaknat, namun saya juga tidak fikir untuk mereka menunggu agar dilontar pada hari-hari haji. Saya rasa syaitan tidak sebodoh itu. Beliau kehairanan dengan jawapan saya. Dia bertanya kebingungan: Habis, apakah agama menceritakan sesuatu yang bohong? Saya katakan: Tidak! Tetapi ustaz itu yang cuba berfalsafah tentang ibadah tanpa merujuk kepada dalil dan akal yang waras.
Entah berapa banyak para penceramah yang ‘sewaktu dengannya’. Jika penceramah berkenaan membaca dan memahami nas, tentu dia tidak membuat huraian seperti itu. Dalam hadis daripada Ibn ‘Abbas, katanya: Pada pagi Hari ‘Aqabah (musim haji) Rasulullah s.a.w. bersabda kepadaku ketika baginda berada di atas kenderaannya: Kutipkan untukku (batu-batu kecil untuk melontar jamrah al-‘Aqabah). Aku pun mengutip batu-batu kecil untuk baginda yang kesemuanya sebesar biji kacang. Apabila aku meletaknya ke dalam tangan baginda, baginda pun bersabda: (Ya) sebesar ini! Jauhilah kamu ghulu (melampau) dalam agama, kerana sesungguhnya ghulu dalam agama telah membinasakan mereka yang sebelum kamu. (Diriwayatkan oleh al-Nasa‘i, Ibn Majah, al-Baihaqi dan Ahmad. Dinilai sahih oleh Ibn Khuzaimah dan al-Albani).
Nabi s.a.w. dalam hadis ini memuji Ibn ‘Abbas kerana mengutip batu yang kecil kerana itu memadai. Tidak benarkan melampaui batas dengan mengutip batu-batu yang melebihi ukuran sepatutnya. Baginda juga mengingatkan bahawa rosaknya agama mereka yang terdahulu adalah kerana melampaui batasan yang diajar oleh para Rasul. Dalam erti kata lain, menokok tambah yang bukan-bukan merosakkan agama.
Jika batu-batu yang dilontar itu bertujuan melontar syaitan, tentu tidak memadai dengan anak-anak batu yang kecil. Dengan kefahaman yang salah ini jugalah sesetengah jemaah dari negara-negara tertentu melontar dengan batu atau bahan lain yang melebihi saiz yang disuruh. Akhirnya bukan syaitan yang sengsara tetapi jemaah lain yang cedera.
Sesiapa yang ingin berfalsafah tentang agama, hendaklah merujuk kepada nas-nas yang termaktub dalam al-Quran dan sunah. Walaupun sebahagian amalan haji itu mempu- nyai latar sejarahnya, namun kita yang menunaikan haji melaksanakannya sebagai memenuhi arahan Allah dengan contoh amalan yang ditunjukkan oleh Rasulullah. Sama seperti kita rukuk, sujud dan segala pergerakan lain dalam solat, kita laksanakan dengan kaedah dan contoh yang ditunjuk oleh Rasulullah.
Sesetengah kita pula yang ingin berangkat ke Mekah mempunyai pelbagai kepercayaan yang bukan-bukan. Ada yang menganggap bahawa jika seseorang yang hendak pergi haji itu sudah berada dalam kenderaan, dia tidak boleh berpatah balik jika ada barang yang tertinggal. Nanti kononnya akan mati di Mekah dan tidak pulang ke rumah lagi.
Kepercayaan ini adalah khurafat. Jika ia benar, alangkah beruntung seseorang yang meninggal dalam perjalanan melaksanakan ibadah! Ada pula yang menganggap bahawa ada upacara khas berangkat ke haji. Maka seseorang tidak boleh berangkat sehingga upacara ‘bawa turun’ ke Mekah diadakan. Padahal Nabi s.a.w. dan para sahabah yang berangkat dari Madinah ke Mekah ketika itu tidak pernah melakukan upacara itu semua. Apa yang baginda ajar adalah doa dan adab-adab musafir.
Seseorang yang menunaikan haji perlu faham teras-teras akidah secara jelas. Jika tidak, dibimbangi mereka tersasar. Bukan sedikit yang kita lihat jemaah haji sesete- ngah negara yang mengusap batu, bukit dan apa sahaja binaan di Mekah dan Madinah yang menimbulkan kekaguman dalam jiwanya. Bahkan beberapa tahun dahulu sebelum telaga zamzam ditutup seperti sekarang, saya pernah melihat ada yang mengusap-usap binaan moden sekeliling telaga berkenaan.
Ada yang semasa tawaf cuba mengoyak kelambu (Kiswah) Kaabah kononnya untuk disimpan kerana ada keajaibannya. Mereka lupa kelambu tersebut adalah tenunan zaman sekarang yang selalu ditukar ganti. Kilangnya di Mekah dengan pelbagai peralatan canggih. Mengoyak kelambu bererti memusnah harta awam dan mencuri. Apakah jenis keberkatan yang mereka cari dari barangan curi dan khianat? Perkara seperti ini jika tidak dikawal dunia Islam akan hanyut seperti sebahagian ajaran tarekat dan Syiah yang mempertuhankan segala unsur yang mereka kagumi, termasuklah mempertuhankan guru-guru atau imam-imam mereka.
Sebab itu Sayidina Umar memerintahkan agar ditebang pokok yang pernah Rasulullah dan para sahabah melakukan baiah (ikrar setia) al-Ridwan di bawahnya, kerana orang ramai mula datang dan bersolat di tempat tersebut. (Lihat: Ibn Hajar, Fath al-Bari, 11/490, Beirut: Dar al-Fikr). Bimbang berlakunya fitnah dalam akidah, warisan sejarah berharga pun terpaksa dihapuskan.
Ajaran Islam menentang sebarang unsur keberhalaan. Umat Islam tidak menyembah Kaabah, sebaliknya hanya menghadapkan wajah ke arah Kaabah bagi memenuhi arahan Allah juga kesatuan dalam ibadah. Pada awalnya umat Islam menghadap ke arah Masjid al-Aqsa, kemudian Nabi s.a.w. memohon agar dipilih Masjidilharam sebagai arah kiblat. Lalu Allah menerima harapan baginda. Maka pemilihan arah kiblat Allah adalah ketetapan Allah. Kita tidak menjadikannya seperti agama-agama berhala.
Kita hanya tunduk mengabdikan diri kepada Allah. Allah Yang Maha Suci dari menyerupai sebarang makhluk itu tidak diwakili oleh apa-apa objek, insan atau haiwan. Jika diandaikan Kaabah itu dicabut dan dipindahkan ke negara lain, umat Islam tidak akan menghadap wajah mereka ke arah yang baru itu atau pergi haji ke negara baru hanya kerana Kaabah di situ. Tetap ke arah Masjidilharam dan Mekah yang asal. Bukan objek yang disembah, tetapi menunaikan ibadah berdasarkan arah dan tempat yang diperintahkan Allah.
Firman Allah: (maksudnya) Kerapkali Kami melihat engkau (Wahai Muhammad), berulang-ulang mengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau menghadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu hadapkan wajahmu ke arah Masjid Al-Haram dan di mana sahaja kamu berada maka hadaplah wajah kamu ke arahnya (al-Baqarah 144).
Dalam sejarah, puak Qaramitah yang amat terkutuk pernah menyerang Mekah, mencuri Hajarul Aswad, membahagi-bahagikan kelambu Kaabah, dan mencuri pintunya. Mereka membawa Hajarul Aswad ke negara mereka Hijr. Hajarul Aswad berada di sana di antara tahun 319H sehingga tahun 339H. Akhirnya dikembalikan (lihat: Ibn Kathir, Al-Bidayah wa al-Nihayah, 11/236, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).
Namun umat Islam tidak pula menukar tempat haji ketika itu, pergi ke negara Qaramitah. Kerana, bukan batu yang dipuja. Justeru itu, ‘Umar bin al-Khattab apabila datang mencium Hajarul Aswad berkata: “Sesungguhnya aku mengetahui, engkau hanyalah batu yang tidak memberi manfaat dan mudarat. Jika tidak kerana aku melihat Rasulullah menciummu, nescaya aku tidak akan menciummu.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Oleh kerana Rasulullah menciumnya sebagai syiar ibadah maka kita pun menciumnya, bukan kerana ia mempunyai sebarang kesaktian atau unsur ketuhanan. Demikian juga tawaf, sai, wukuf dalan kesemua dilakukan dengan kadar yang ditunjukkan oleh Rasulullah dan dengan akidah yang diajar baginda. Jika ini tidak difahami, maka itulah yang kita lihat ada yang memanjat Jabal Rahmah di Arafah kononnya untuk menyeru nama-nama kaum keluarga atau kenalan agar dapat datang menunaikan haji pada tahun-tahun berikutnya. Padahal perkara-perkara tersebut tidak dilakukan oleh Nabi dan para sahabah.
Firman Allah: (maksudnya) Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya petunjuk (yang dibawanya), dan dia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman, Kami akan memberikannya peluang untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya, dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya dalam neraka jahanam; dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali. (surah al-Nisa 115).
Ini bukan bererti kita menafikan unsur keberkatan dan rahmat Allah yang melimpah yang diturunkan di tempat-tempat mulia lagi terpilih. Allah Maha Mengetahui bahawa hamba apabila merindui Tuhannya, dia ingin merintih, merayu dan mencari tempat dan masa yang dapat menjadi dirinya lebih dekat kepada Tuhannya. Maka dipilih tempat-tempat mulia ini melebihi tempat lain seperti Mekah dan Madinah, zamzam dan Kaabah, Mina dan Arafah. Seperti Allah memilih waktu-waktu yang dilimpahi rahmat-Nya melebihi waktu yang lain seperti malam al-Qadr, bulan Ramadan, hari Jumaat, demikianlah juga hari-hari waktu ibadah haji.
Maka insan Muslim, ketika melalui tempat atau waktu yang dirahmati itu hendaklah segala jiwa dan perasaan mengaitkan sepenuh kerahmatan dan kebaikan yang akan diperolehnya di tempat atau waktu berkenaan adalah kurniaan Allah semata. Hanya daripada- Nya. Allah punca utama segala kebaikan itu; bukan masa, objek ataupun tempat. Jika perasaan dibentuk demikian rupa, maka segalanya menjadi kecil dan kerdil di hadapan jiwa tauhid yang melimpahi ruang keimanan seorang insan.
Ibadah haji juga mengajar erti membulat niat dan nekad hanya kerana Allah. Apalah yang menarik jika kota Mekah itu dilihat di sudut muka bumi dan kesuburannya. Lembah yang kering-kontang tanpa tumbuh-tumbuhan. Namun, manusia tidak pernah putus-putus mengunjunginya, sejak Nabi Ibrahim membina Kaabah yang mulia. Allah memilih tempat yang demikian rupa, agar setiap yang datang ke Mekah tertumpu niatnya untuk mengabdikan diri kepada Allah, bukan untuk melancong dan berseronok suka.
Firman Allah: (maksudnya) Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Mekah) yang tiada tanaman padanya, di sisi rumahmu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan solat (memakmurkannya dengan ibadat) maka jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ), dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan, semoga mereka bersyukur. (surah Ibrahim: 37).
Dalam ibadah haji dan umrah, seorang Muslim dapat merasai kesinambungan sejarah agama ini, sejak Nabi Ibrahim sehingga ke hari ini. Perjuangan membela dan menegak tauhid yang kudus dan lurus bukan bermula dalam beberapa hari ini, atau beberapa tahun, bahkan umur perjuangan ini sudah ribuan tahun.
Firman Allah: Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa: “Wahai Tuhan kami! terimalah daripada kami (amal kami); Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui;. “Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepada-Mu, dan Jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepada-Mu, dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara Ibadat kami, dan terimalah taubat kami; Sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani; “Wahai Tuhan kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat-Mu dan mengajarkan mereka al-Kitab (al-Quran) serta hikmah (sunah atau kebijaksanaan) dan membersihkan mereka . Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana” (surah al-Baqarah 127-129).
Siapa sangka gerakan yang dimula oleh dua orang nabi, berkesinambungan sehingga ke hari ini. Bagi setiap zaman ada yang meneruskan perjuangan mereka. Sekalipun para pembela tauhid dan menegak titah perintah tulen Tuhan itu akan menghadapi pelbagai rintangan yang tidak pernah putus. Ada yang dihina, dituduh, diusir, ada yang dipenjara, ada yang dibunuh dan berbagai-bagai penderitaan.
Namun, para penerus perjuangan Ibrahim tidak pernah putus asa terhadap kebangkitan ajaran Nabi Ibrahim. Ini kerana mereka sedar bukan mereka yang memula dan mengakhiri perjuangan ini. Sebaliknya perjuangan ini bermula sejak ribuan tahun dan akan terus ada penyambungnya setiap zaman. Nabi Muhammad s.a.w. adalah penyambung agung. Perjuangan ini tidak mati dengan dibunuh atau mati seorang pejuang, kerana hasrat dan seruan perjuangan akan disuburi oleh rahmat dari langit. Jemaah haji mesti menghayati hakikat ini ketika memijak tempat yang telah Nabi Ibrahim mulakan perjuangannya.
Isnin, 18 Mei 2009
JAWATANKUSA PEKIDA NEGERI PAHANG
Pengerusi :Zulkifli b.Md Idris (Pengerusi Daerah Kuantan)
Timbalan Pengerusi :Wan Rashid b.Wan Semail(Pengerusi Daerah Bera)
Setiausaha :Razman b.Rajab
Bendahari :Ahmad b.Amzah
Ketua Penerangan :Ibrahim b.Ahmad (Pengerusi Daerah Bentong)
Daerah Lipis :Mat Rejab b.Saat
Daerah Raub :Mohamad Salleh
Daerah Temerloh :Ramli b.Mat Taha
Daerah Pekan :Abdullah b.Shafie
Daerah Jerantut :Yob b.Awang Kechik
Daerah Rompin :Abd Aziz b.Udin
Daerah Maran :Ust.Hj.Hamid b.Saad
AJK Lantikan :M.Samueil b.Mohd Kameil
AJK Lantikan :Ir.Johar Arifin b.Khalid
AJK Lantikan :Mohd Sayuti b.Zakaria
Jumaat, 15 Mei 2009
Wahai AYAHANDA PEKIDA & ABG LONG PEKIDA, AHLI PEKIDA serta yang berada di dalam Jemaah 30.
Sedarkah kamu akan perjuangan kamu yang telah lari dari perjuangan Rasulullah yg sebenar. Janganlah sesekali kamu berjuang di atas nama bangsa. Kerana Rasulullah SAW telah melarangnya.
“Bukanlah dari kami orang-orang yang menyeru kepada assabiyyah, berperang atas dasar assabiyyah dan mati kerana (mempertahankan) assabiyyah” [HR Abu Daud].
Renungilah juga arahan Saidina Ali Abi Talib kepada Malik Al-Ashtar, yang dipilih menjadi wakilnya di Mesir "Apabila penduduk di bawah jagaan kamu menghadapi bebanan hidup, bersungut kerana kerosakan tanaman mereka, kerana rosaknya tali air atau kerana hujan tidak turun atau kerana berubahnya keadaan bumi ditenggelami banjir atau dimusnah kemarau, ringankanlah kesusahan mereka sebagaimana kamu akan berusaha menyelesaikan masalah yang sama yang menimpa pada diri sendiri. Sesungguhnya, kerosakan yang berlaku pada bumi berpunca daripada kesengsaraan hidup penduduknya dan penduduknya sengsara apabila orang yang memerintah negeri asyik mengumpul harta untuk kepentingan sendiri, apabila mereka sendiri tidak yakin akan kekalnya pemerintahan mereka dan apabila mereka tidak mengambil iktibar daripada kejadian-kejadian tidak baik (yang berlaku di sekeliling mereka)".
Begitu juga dengan kata-kata khalifah Umar Bin Abdul Aziz. Pada hari kedua beliau dilantik menjadi khalifah, beliau menyampaikan khutbah umum. Dihujung khutbahnya, beliau berkata, “Wahai manusia, tiada nabi selepas Muhammad SAW dan tiada kitab selepas al-Quran. Aku bukan penentu hukum malah aku adalah pelaksana hukum Allah SWT. Aku bukan ahli bid’ah malah aku seorang yang mengikut sunnah, aku bukan orang yang paling baik di kalangan kamu sedangkan aku cuma orang yang paling berat tanggungannya di kalangan kamu, aku mengucapkan ucapan ini sedangkan aku tahu aku adalah orang yang paling banyak dosa di sisi Allah SWT”. Beliau kemudian duduk dan menangis. "Alangkah besarnya ujian Allah SWT kepadaku", sambung Umar Ibn Abdul Aziz. Beliau pulang ke rumah dan menangis sehingga ditegur isterinya, “Apa yang Amirul Mukminin tangiskan?” , beliau menjawab, “Wahai isteriku, aku telah diuji oleh Allah SWT dengan jawatan ini dan aku sedang teringat kepada orang-orang yang miskin, ibu-ibu yang janda anaknya ramai, rezekinya sedikit, aku teringat orang-orang dalam tawanan dan para fuqara’ kaum Muslimin. Aku tahu mereka semua ini akan mendakwaku di akhirat kelak dan aku bimbang aku tidak dapat menjawab hujah-hujah mereka sebagai khalifah kerana aku tahu, yang menjadi pembela di pihak mereka adalah Rasulullah SAW’’. Isterinya juga turut mengalirkan air mata.
Wahai saudaraku, wahai kaum Muslimin,
Kembalilah ke jalan Islam dan memperjuangkan Islam bukan atas dasar memperjuangkan Assabiyah iaitu bangsa kerana Rasulullah SAW tidak mengaku akan umatnya yang memperjuangkan assabiyah…
Rasulullah SAW telah mengkabarkannya kepada seluruh manusia bahawa bukanlah dari umat Muhammad jika mereka memperjuangkan bangsa.
Adakah kita hanya mengamalkan ajaran Islam separuh masa dan separuh lagi kita meninggalkannya...???
Allah SWT berfirman :
" Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu " (Al-Baqarah(2):208)
Bersatulah saudaraku dengan kalimah Lailahaillallah Muhamadulrasulullah…!!!
Bersatulah kita di bawah panji kebesaran Islam…!!!
Ingatlah wahai saudaraku...
Sekecil kecil dan sebesar-besar amalan di dunia akan di hitung di akhirat kelak.
"Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya.Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula."(Al-Zalzalah : 7-8)
MAMPUKAH KITA MENJAWABNYA NANTI APABILA KITA BERDEPAN DENGAN ALLAH SWT...???
copy dan paste jebbat
Sabtu, 2 Mei 2009
KEMANA ARAH TUJU 30
Mengikut perjuangan yang dikatakan perjuangan 30, terdapat beberapa nama yang seperti
1. PEKIDA
2. 36
3. 77
4. Semerah padi
5. PAPIM
6. Khairat Kematian
Terdapat juga nama-nama lain dalam arah tuju yang sama. Tetapi tidak ada usaha atau daya juang untuk menyatukan pertubuhan ini untuk dijadikan satu gabungan atau disatukan. Perjuangan mereka adalah satu, kea rah amal makruf nahi mungkar. Adakah perjuangan pertubuhan diatas benar-benar berlaku atau sekadar simbul perjuangan, itu terletak kepada ahli yang menjerumuskan diri kedalam pertubuhan tersebut.
Usaha-usaha boleh dijalankan bagi menyatukan mereka ini, selalunya pemimpin atasan yang boleh mencorakkan arah tuju pertubuhan ini. Hanya harapan jika ada usaha-usaha penyatuan dibuat perlu mencari satu arah tuju yang tidak memecah belahkan keahlian. Kita boleh mengambil contoh dari penyatuan parti politik dalam Malaysia atau membuat satu gabungan yang mantap.
Pergaduhan, kepentingan diri, keegoan, dan hasat dengki, mempertikaikan jawatan harus dibuang dalam hati kepimpinan. Hadith nabi ada menyebut.
Dari Abu Hurairah r.a Rasulullah bersabda, “ 3 golongan yang akan selalu di beri pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah swt ,seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya” (Hadith riwayat Thabrani) dikeluarkan oleh Ibnu Abi Hatim, dari Ad Dur Al Mantsur.
“Bukanlah dari kami orang-orang yang menyeru kepada assabiyyah, berperang atas dasar assabiyyah dan mati kerana (mempertahankan) assabiyyah” [HR Abu Daud].
Renungilah juga arahan Saidina Ali Abi Talib kepada Malik Al-Ashtar, yang dipilih menjadi wakilnya di Mesir "Apabila penduduk di bawah jagaan kamu menghadapi bebanan hidup, bersungut kerana kerosakan tanaman mereka, kerana rosaknya tali air atau kerana hujan tidak turun atau kerana berubahnya keadaan bumi ditenggelami banjir atau dimusnah kemarau, ringankanlah kesusahan mereka sebagaimana kamu akan berusaha menyelesaikan masalah yang sama yang menimpa pada diri sendiri. Sesungguhnya, kerosakan yang berlaku pada bumi berpunca daripada kesengsaraan hidup penduduknya dan penduduknya sengsara apabila orang yang memerintah negeri asyik mengumpul harta untuk kepentingan sendiri, apabila mereka sendiri tidak yakin akan kekalnya pemerintahan mereka dan apabila mereka tidak mengambil iktibar daripada kejadian-kejadian tidak baik (yang berlaku di sekeliling mereka)"
Rabu, 22 April 2009
Kekanda Pekida Zon Pantai Rompin
Jika Saudara Ke Rompin, Nama-nama dibawah boleh dicari dan di hubungi
Kuala Rompin.
Kanda Zurin bin Azimat.
Selendang
Kanda Ahmad bin Hanafiah
Janglau/ Kg. Jawa
Kanda Sahak bin Mat Desa
Tanjung Gemok
Kanda Azizan bin Harun
Kg. Setajam/Kg. Kurnia
Hj. Mohd. Rejab bin Saidin
Kg. Sarang Tiong/Pianggu
Kanda Yaacob bin Hj. Mat
GAMBAR PERSIDEN PEKIDA MALAYSIA
Ada Blog-blog yang masih yang menceritakan tentang PEKIDA masih lagi tidak mengenali atau meletakkan gambar orang lain dan dibawah tercatit Jawatan Persiden PEKIDA Malaysia. Sedih rasanya. diatas diletakan gambar Persiden yang paling baru untuk di copy dan paste. Gambar yang satu lagi boleh pilih dalam tajuk Pemutihan Ahli Pekida di blog ini juga
Terima kasih.
Jumaat, 20 Mac 2009
UNDI JANGAN TAK UNDI
DISEBELAH TERDAPAT UNDIAN UNTUK ANDA MENGUNDI. UNDILAH JANGAN TAK UNDI, SOKONGAN ANDA MENGUNDI KITA DAPAT MENILAI TAHAP PANDANGAN MASYARAKAT MALAYSIA TERHADAP PERANAN PEKIDA.
TERIMA KASIH
Sabtu, 7 Mac 2009
DARI ALLAH KITA DATANG KEPADA ALLAH KITA KEMBALI
Seorang kerani di Pejabat PEKIDA Sungai Petani telah meninggal dunia pada malam 5hb. Mac 2009. Puan Fatimah yang bertugas sebagai kerani di Pejabat Pekida, Jalan Pasar Sungai Petani telah meninggal Dunia.
Beliau menderita sakit kanser Payu Dara sejak tahun 2008. Disin kami Pekida Kuala Rompin mendoakan agar Rohnya ditempatkan bersama-sam orang yang beriman. Amin.
Beliau semasa hidup berkerja bagitu tekun dan penuh didikasi menyelesaikan masalah Ahli, Derma Kematian Ahli dan Keluarga ahli. Beliau juga dapat menyelesaikan masalah ahli dengan cepat dan tangkas. Semenjak Pejabat Pekida di pindahkan semula ke Sungai Petani dialah tulang belakang bagi menyelesaikan masalah Ahli Ahli PEKIDA seluruh malaysia. Kini pejabat PEKIDa di Sungai Petani tinggal 2 orang staf. yang tinggal Paksu dan Ita.
Daripada dia kita datang kepada dia kita kembali Amin.
Ahad, 1 Mac 2009
JAWATANKUASA PEKIDA ROMPIN ZON PANTAI
Pengerusi
Salim bin Mat Noh
Naib Pengerusi
Abdullah bin Senawi
Ketua Penerangan
Tuan Haji Ali bin Wahab
JawatanKuasa
Hj. Md. Rejab bin Saidin
Abd. Rashid bin Zakaria
Fauzi bin Hassan
Abdul Razak bin Bakar
Yusoff bin Ariffin
Ahmad bin Hafiah
Mohd. Zaidi bin Hj. Ali
Yaacob bin Hj. Mat
Megat Ani bin Megat Jaafar
Ahmad bin Hanafiah
Hasan bin Said
Azizan bin Harun
Setiausaha
Zurin bin Azimat
Jumaat, 20 Februari 2009
MAJLIS DAILOG DAN RAMAH MESRA BERSAMA AHLI PEKIDA
Majlis Dailog dan Remah Mesra Bersama Persiden Pekida Malaysia telah diadakan di Kg. Kasing, Endau Pahang pada 18hb. Februari 2009. Dalam ucapan penutupnya Hj. Jamaludin ingin agar semua ahli kembali ke jalan perjuangan yang sebenar. Beliau juga akan menjalankan pemutihan ahli-ahli pekida seluruh malaysia, walaupun akan menerima cabaran, tentangan dan berbagai lagi. Perjuangan bagi memertabatkan Agama , Bangsa dan Raja-raja Melayu perlu diteruskan sehingga akhir hayat.
Jumaat, 16 Januari 2009
PERASMIAN DAN PELANCARAN KOPERASI PEKIDA DAERAH BERA
Pada 14hb. Januari 2009 koperasi PEKIDA Daerah Bera telah ditubuhkan dan di lancarkan dengan nama Koperasi PEKIDA Daerah Bera. Dalam Pelancaran tersebut Tuan Haji Jamaluddin presiden PEKIDA Malaysia berharap agar ahli-ahli koperasi PEKIDA Daerah Bera dapat memberi kerjasama dan dapat memajukan koperasi dengan daya usaha yang bersungguh-sungguh bagi memantapkan arah tuju koperasi PEKIDA daerah Bera.
Beliau juga akan meninjau perjalanan koperasi PEKIDA di Daerah Bera dan Daerah lain yang akan menubuhkan Koperasi.Walau bagaimanapun PEKIDA Daerah yang ditubuhkan akan diletakkan di bawah Koperasi PEKIDA Malaysia. Tujuannya bagi menyelaraskan perjalanannya kerana jika berlaku perkara yang tidak manis nama PEKIDA juga akan tercemar, Ahli-ahli PEKIDA sedia maklum nama PEKIDA sudah dicemari oleh beberapa individu bagi tujuan kepentingan diri sendiri. Menyentuh nama baik PEKIDA beliau berkata sebagai contoh berita yang tersebar dalam Harian Metro beberapa minggu yang lalu, Undang-undang tubuh PEKIDA sudah dinyatakan apa yang perlu dibuat apa yang perlu dilakukan. Kita bercakap hendaklah berpandu kepada undang-undang tubuh PEKIDA jangan mengikut perasaan atau pengaruh untuk kepentingan diri. Jika ungkapan kita tidak diminati ahli, tetapi unkapan itu berpandu kepada undang-undang tubuh PEKIDA.
Mengakhiri ucapan beliau berharap dalam keadaan kegawatan ekonomi, isu Asia Barat,isu Melayu, Ahli-ahli PEKIDA perlu prihatin dan lakulah sesuatu bagi memertabatkan kembali Kehidupan.
Turut hadir dalam Pelancaran koperasi PEKIDA Daerah Bera ialah Ayahanda Shahidan Ayahanda Nor. Mohd.Sharil bin Abd. Aziz,Ayahanda Musa, Ayahanda Rambo, Pemerhati dari daerah Rompin Sdr. Ahmad bin Kassim selepas Pelancaran koperasi Majlis tertinggi membuat lawatan ke HTAA kuantan bagi melawatan Ayahanda Zul yang dimasukan ke Hospital kerana sakit jantung.( Gambar perasmian akan disiarkan kemudian ).
Selasa, 13 Januari 2009
RAMAIKAH ORANG MELAYU MERANA DI NEGARA SENDIRI
Saya ingin anda berfikir, ramaikah orang melayu miskin, ramaikah orang melayu dalam kesusahan, ramaikah orang melayu papa kedana?
Cubalah anda renungkan berapa banyak Bank yang mengeluarkan loan bagi pinjaman peribadi, berapa agensi jualan barang bayar secara ansur-ansur, Berapa banyak " ALONG " yang berkeliaran mencari mangsa, kalo di kaji lagi seberapa ramai berapa ramai bangsa lain seperti cina, india yang membeli barang-barang seperti SINGER dan lain-lain, berapa ramai bangsa cina dan india meminjam Pinjaman Peribadi di Bank Rakyat, Bank Pertanian dan lain-lain. Dari tinjauan rambang yang dibuat dari 50 orang orang melayu 11 orang nama mereka disenarai hitam, tidak boleh membuat sebarang urusan dimana-mana Bank dan lain-lain. 5 orang didapati muflis terus akibat bermacam-macam perkara, ada yang tak mampu membayar hutang Bank, menjamin saudara dan lain-lain.
Dengan kedudukan ini dimana melayu boleh maju dimana melayu boleh berkembang, melayu hanya menjuarai jumlah teramai penagih dadah, muflis dan disenarai hitamkan. cubalah kita renungkan dan fikirkan satu perubahan besar-besaran perlu dibuat. Bila ada kuasa politik digunakan untuk berrasuah,Kalau difikirkan orang melayu pasti berjaya kerana dimana agensi kerajaan 90% orang melayu kenapa tidak boleh berjaya.
Itu belum kita sentoh tentang lani-lain tentang melayu. takut nanti ............
Disini saya berharap dapat kuasa ajaib yang dapat membantu orang melayu kearah CEMERLANG GEMILANG DAN TERBILANG.
Sabtu, 10 Januari 2009
LAWATAN AYAH RAMBO KE ROMPIN
Pada minggu ini lawatan Ayahanda Rambo ke Rompin, Lawatannya bagi tujuan mengadakan perbincangan dan susun atur kemajuan ekonomi adik beradik. Ayah Rambo bersama YBHG. Ayahanda Jamaludin berada di Kuala Rompin beberapa hari. Dengan Kehadiran mereka Ahli-ahli PEKIDA dapat mengadakan majlis beramah mesra dan menguatkan lagi perjuangan dalam keadaan Umat Islam Khasnya dan Bangsa Melayu am-nya dalam musim lemah dan bercelaru.
Jumaat, 9 Januari 2009
Keindahan dan Chalet di Pulau tioman
Jika anda ingin berihat bersama keluarga anda dijuemput ke Pulau Tioman. Di Pulau Tioman Anda boleh bermalam di Kampung Tekek ( Pusat Perniagaan di Pulau ini ), Kg. Air Batang, Kg. Salang, Kg. Juara, Kg. Mukut, Kg. Nipah, Kg. Genting dan Kampung Paya.
Dalam semua kampung yang diatas saya mencadangkan anda bermalamlah dahulu di Kampung Juara atau Kg.Mukut di Kampung Juara sewa Chaletnya tidak melebihi RM100.00 di tepi pantai, tidak ada gangguan kesebukan pantainya cantik dan mengadap laut lepas Laut Cina Selatan. Kg. Mukut pula satu kampung Tradisonal yang masih utuh dengan kemelayuan, pantai nya berbatu dan sedikit pasir. Chaletnya pula dicelah-celah rumah penduduk kampung hidup kita macam dalam kampung.Kampung Nipah pantainya tidak besar tetapi sesuai bagi mereka yang ingin lari dari kesebukan manusia dan kenderaan. Bagi remaja yang inginkan hiburan Paya dan Genting memang sesuai kerana dua kampung ini menjadi tumpuan pelancung kaum cina ..... paham-paham aje lah. Pusat membeli belah bebas cukai di Kg. Tekek perjalanan ke Kg. Tekek melalui Jeti Tg. Gemok. Feri pertama pagi dan feri akan balik ke Tg. Gemok dan sampai lebih kurang pukul 6.00ptg . itu saja perkhidmatan di Negeri Pahang. Pintu masuk kedua di Mersing Johor.
Khamis, 8 Januari 2009
RAMAI ORANG MELAYU NAK KAYA CEPAT
Sekarang ni banyak syarikat yang menawarkan marketing plan yang kononnya yang jauh lebih senang dan cepat menguntungkan. Malah ada diantaranya yang menyatakan KONONNYA tak perlu menaja, tak perlu beli produk dan sebagainya.
Join saja, pilih package, bayar, kemudian dapat post-dated cheque 2 keping yg boleh ditunaikan dalam masa 1 dan 2 bulan berikutnya. Nampak sangat mudah kan? Tiap-tiap bulan kerjanya cuma cashkan cheque sahaja. Kononnya kita beli produk, tapi tak ambil. company tolong jualkan produk kita pada customer mereka. Wah…
bijak sungguh perniagaan begini. Sudah pastilah sangat senang menarik orang-orang tua, orang-orang kampung yang cetek ilmu, atau maaf kata, orang-orang melayu yang sangat kemaruk nak kaya tapi kalau boleh nak cara yang paaaaling mudah! Nah… dalam tak sedar terjebak dalam kegiatan money game (dulu orang panggil Skim Cepat Kaya). tapi kalau saya cakap begitu, pastilah mereka-mereka ini akan kata “Eh.. tak.. ni bukan money game. ni company kukuh. kita guna sistem jualan semula. akta ni ada dalam AJL punya terms bla.. bla.. bla..”.
Sahabat… sebelum ini orang-orang yang menyertai program-program seperti EM-Pay, ABFund, Buluhmas, Jasmeen , Noradz Travel, Eastana Farm dan sebagainya juga mengatakan program mereka sah, legal, syarikat kukuh dan sebagainya sehinggalah ianya di banned oleh Bank Negara. Bila dah kena banned barulah menyengeh dekat orang bawah “Nak buat macamana… ni la risiko dia. bukan ko jer, aku pun kena…” Persoalannya, adakah anda mahu tunggu pada masa dan ketika itu baru sedar? Adakah itu risiko yang anda sanggup ambil? Ah! kalau kena banned, bukan kita sahaja yang rugi, company pun rugi. Benarkah? Anda tahu kah samada company ada berapa akaun? Anda tahu tak sekiranya company awal-awal lagi dah salurkan sebahagian keuntungan atas nama syarikat lain? Anda sedar tak mengapa company secara perlahan-lahan cuba mengubah dasar perniagaan kepada yang lebih bersifat fizikal? Ingat, kita memperkenalkan sesuatu bisnes atau perniagaan kepada orang bukan sekadar menjaja syarikat, marketing plan dan sebagainya tetapi turut menjaja muka, nama baik dan maruah diri kita sendiri. Jika kita memperkenalkan program yang berasaskan MoneyGame a.k.a Skim Cepat Kaya kepada sahabat ataupun saudara kita dan kemudiannya syarikat tersebut tutup, bungkus, lingkup, lari atau sebagainya, memadai kah dengan hanya berkata “Nak buat macamana… aku pun kena tipu juga…”. Kemudian dua tiga hari selepas itu, promote skim lain pula. Begitu mudah kah?
Berapa ramai yang tertipu tetapi bila syarikat kena banned, asset dibekukan, so kita pun merasakan kita tak boleh buat apa-apa. Kita rasa company tu pun susah sebab semua assetnya dah dibekukan. Benarkah begitu keadaannya? Kalau sebelum ini duit yang anda semua laburkan dia telah parking atau laburkan dibawah nama company lain pula nak kata apa? Anda melopong, company kononnya kena banned, asset company kononnya dibekukan, tetapi pengasasnya kaya raya dengan sebahagian besar duit kita yang tertipu. kerana itulah company-company begini selepas setahun mereka akan cuba diversify perniagaan mereka kepada fizikal business seperti mewujudkan franchais, perhotelan, cafe dan sebagainya. Adakah anda tahu dan adakah anda boleh pastikan samada cabang-cabang business tersebut menggunakan nama dan akaun syarikat yang sama? Hehehehe. Diorang ni guna concept rocket nak terbang ke angkasa lepas. kepala pergi, ekor lepas. Sampai satu stage lagi, kepala pergi badan lepas. At the end, diorang tetap kaya raya dengan ‘perniagaan sah’ yang pada mulanya tak dapat dilakukan akibat ketiadaan modal. Tapi akhirnya boleh direalisasikan dengan modal-modal yang diberikan oleh kita-kita semua yang nak sangat kaya cepat ni.
Orang yang buat Money Game ni bukan orang-orang bodoh saudara. Mereka kebanyakannyan terdiri dari orang yang pakar dalam bidang perundangan, mahir dalam akta AJL dan sangat arif dalam pelan pemasaran berangkai. Jadi sangat mudah mereka mengelirukan dan memutar-belitkan fakta bagi memperlihatkan apa yang mereka buat kelihatan sah dah legal. Saya berikan satu contoh dibawah:
-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-
Company A merupakan pengeksport kambing gurun dari Turki untuk pasaran dalam dan luar negara (atas kertas la. Yang sebenarnya, kita pun tak tahu. Maklumlah… kawan yang promote). Dia memperkenalkan satu sistem yang kononnya digelar Smart Partnership (ni apa-apa nama pun boleh asalkan bunyinya sedap. Contohnya joinventure, smart franchais, sell back dan sebagainya). Jadi kalau anda nak join, anda boleh beli kambing gurun ini dengan harga borong sebanyak RM500 seekor dan syarikat akan menjualkannya dengan harga RM900 seekor dalam masa 2 bulan. Tapi disebabkan company memang sudah ada customer tetap diseluruh malaysia so company yakin memang boleh jual punya so company bagi siap-siap cek post-dated sebanyak 2 keping bernilai RM450 setiap satunya. Sekeping korang hanya boleh tunaikan bulan hadapan, dan sekeping lagi hanya boleh ditunaikan 2 bulan lagi. Kenapa dua bulan kena tunggu? Oooo sebab itu kambing kami import, kena quaranteen dulu taknak bagi ada penyakit, lepas tuh beru dipindahkan ke kandang dan diberi makanan secukupnya kasi gemuk. So proses ni yang mengambil masa selama 2 bulan ni. Tapi anda tak perlu risau,kita ada contract dan agreement. Bila u sign sahaja, kitorang akan terus bagi u post dated cheque. Beerti you hanya bayar Rm500, terus dapat RM900.. semua kerja-kerja, company akan uruskan. kalau u nak beli 10 ekor terus, Rm5000 dan u akan dapat post dated cheque Rm9000. Kalau u perkenalkan kawan sistem Smart partnership ni,pihak syarikat akan memberikan komisyen 5% daripada pembelian downline anda bla.. bla.. bla…
-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-
Baca betul-betul senario yang saya berikan diatas dan perbandingkanlah dengan sistem perniagaan atau pelaburan atau apa sahaja konsep perniagaan yang anda ceburi sekarang sekiranya ada. Walaupun produknya berbeza-beza, tapi modus operandinya sama. Sekali pandang nampak tiada masalahkan? Sekali dengar nampak ianya logik, boleh diterima akal, dan mesti ramai yang mengatakan ini satu jalan buat duit yang sangat mudah dan menguntungkan. Sebenarnya konsep ini telah digunapakai oleh pengusaha-pengusaha skim cepat kaya semenjak 10 tahun dulu lagi. Cuma masa tu tiada lah promosi melalui laman web, website replika dan sebagainya ni. Ianya tidak semestinya kambing. tapi saya ambil contoh kambing gurun bagi menunjukkan kepada anda yang Money game ni boleh merupa pelbagai bentuk. Jangan kata kamping gurun, Mangkuk tanah liat untuk makanan ayam telur pun boleh buat satu bentuk konsep perniagaan begini. Nampak tak sistem yang diperkenalkan oleh company A tersebut. Sekali pandang langsung takde masalah kan? Sama seperti kita beli kambing harga RM500 kemudian jual dengan harga RM900. Cuma bezanya semuanya company A ni akan uruskan untuk kita. So apa masalahnya? Sah apa perniagaan macam ni….??! Hehehehe… Fikir balik!
Dibawah ni beberapa tips untuk menilai program atau skim perniagaan yang anda ceburi dan sertai itu sah, money game atau tidak. Dan “Syarikat pernah keluar surat khabar” bukanlah satu aspek daripadanya! Dah banyak company yang masuk paper, malah siap ada iklan kat tv (lihat contoh MW yang popular satu masa dulu) rupanya beroperasi disebalik skim cepat kaya.
1) Jika menkaji apa-apa marketing plan, jangan terlalu ghairah dengan keuntungan lumayan yang dijanjikan kepada pihak agent semata-mata sebaliknya cuba kaji dimana keuntungan pihak syarikat daripada marketing plan tersebut. Jika terlalu banyak insentif kepada agent abih macamana pula syarikat boleh dapat keuntungan? darimana pula datangnya wang berkenaan? (Tolong la jangan jawab dari penjualan produk tadi company boleh buat untung sebab kalau betul company dah ada pelanggan tetap untuk menjualkan produk-produk mereka apa perlunya lagi agent? Baik company jual sendiri dan mereka boleh dapat keuntungan 100% tanpa perlu mengagihkan sebahagian besar kepada agent)
2) Kaji kenapa di awal perlaksanaan program-program sebegini kenapa syarikat hanya mensyaratkan agent untuk menyertai 1 lot atau 1 akaun sahaja. Kemudian apabila rangkaian agent sudah berkembang baru pelan-pelan lain seperti family package, gold package dan bermacam lagi gelaran diberikan kepada mereka yang ingin membeli banyak lot sekaligus untuk keuntungan yang lebih cepat dan maksimum kononnya? nak tahu kerana apa? Kerana dari awal-awal lagi company tahu dengan marketing plan ini mereka akan overpaid pada agent. Walaupun sistem pembayaran bonus telah di drag (heret) kepada 2 bulan dengan post-dated cheque tadi (jadi semasa pembayaran bonus pada bulan pertama mereka ada sebahagian lagi wang pelaburan dalam pool untuk menampung pay-out bulan berikutnya yang mana pada bulan berikutnya sudah pasti wang pool akan bertambah dengan kemasukan agent baru dan pembelian semula agent lama. Dengan ini company sentiasa dalam keadaan hanya menggunakan sebahagian dari duit terkumpul untuk tujuan payout dan sebahagian lagi sentiasa ada sebagai backup) tetapi jika tiada agent baru yang menyertai skim berkenaan dibawah rangkaian agent tersebut beerti company takkan ada duit pool untuk dibayar kepada agent utk bulan kedua. Jadi untuk melimitkan risiko dalam tempoh melihat trend ini, jadi company limitkan 1 lot untuk seorang. (Biar banyak agent dulu. Biar network berkembang dulu. Jadi ianya akan lebih senang dimanipulasikan). Then bila rangkaian agent sudah makin berkembang, orang dah mula yakin, baru sorang boleh beli lebih kerana company dah ada duit pool yang besar dan kadar kemasukan atgent baru bertambah dari masa ke semasa.
3) Jika anda mendapat iklan promosi dari rakan-rakan anda berkenaan satu skim yang boleh buat keuntungan tanpa menaja dan sebagainya, tanya kepada diri anda, “jika dah tak perlu menaja, apa kejadahnya yang dia beria-ria promote kat aku suruh aku join ni?”
4) Jika mereka kata “Money game takde produk, sedangkan kita ada produk..”. Tanya balik diri kita sendiri benarkah? Kita boleh yakinkan orang dengan cerita-cerita yang diajarkan oleh upline atau oleh pengasas skim berkenaan. Tapi biasanya jauh disudut hati kita kita boleh tahu yang sebenarnya ini 100% money game yang tak memerlukan produk langsung. Produk hanya digunakan sebagai topeng/wayang bagi memudahkan kita nak menerangkan kepada prospek dan downline berkenaan marketing plan skim yang kita jalankan. Hakikatnya, upline kita tak pernah beli dan guna produk tersebut…. kita sendiri tak pernah beli dan guna produk tersebut… malah kita sendiri tak pernah expect untuk downline atau prospek kita beli dan guna produk tersebut… dari mula memang kita nak suruh dia join, letak duit sekian-sekian, kemudian dapat untung. pas tuh dia plak nanti akan cari orang buat perkara yg sama. Kalau ini yang berlaku kepada kita, Jangan kata kalau kita mampu tipu tuhan, tapi jika diri kita sendiri pun kita tak boleh tipu, maka tak payah lah… yang kita nak tipu ni kebanyakannya orang susah… sebangsa dengan kita… kadang-kadang tu bukan siapa-siapa tetapi saudara-mara dan sahabat handai kita sendiri. Tak kesian ke?
5) Apa bila ditanya soalan berkenaan LEGAL aspek, biasanya mereka-mereka ini akan ‘quote’kan akta-akta dan syarat-syarat sah yg terkandung didalam lesen AJL. Sebagai contoh:
Mengikut PERATURAN-PERATURAN JUALAN LANGSUNG (SKIM DAN PERJALANAN) 2001, bahagian PERJANJIAN, No.2(c) menjelaskan:
“atas permintaan peserta itu, orang yang menjalankan apa-apa perniagaan jualan langsung hendaklah membeli balik apa-apa barang yang boleh dipasarkan yang telah dijual kepada peserta itu dalam masa enam bulan yang dahulu pada suatu harga yang tidak kurang daripada sembilan puluh peratus amaun yang dibayar”
Tetapi, bila ditanya company ni ada AJL Licence ke tak? Dijawab, “Ooo kita bukan exactly termaktub bawah AJL, sebab kita punya business adalah trading bla.. bla.. bla..” Oit?! Gitu pulok!!
6) Setiap company yang menjalankan money game atau skim cepat kaya ini, mereka dari awal lagi telah mempunyai dan merancang ‘jalan keluar’ mereka (exit plan). Mereka telah merancang terlebih dahulu yang plan ini akan berjalan untuk berapa lama, dan bilakan masanya untuk mereka memberhentikan operasi dan sebagainya. kerana itu pengasas-pengasas skim begini biasanya dah meletakkan expired date untuk perniagaan yang mereka jalankan. Tiada yang pernah bertahan lebih dari 2 tahun. Kebiasaannya mati selepas 1 tahun lebih sahaja. Ini bukan semata-mata kerana akhirnya ia pasti akan di benteras oleh pihak bank negara atau kerajaan, tetapi mereka sendiri yang memang nak tutup bisnes mereka. kenapa? Kerana trend pasaran pasti akan menurun. Marketing plan yang dulunya hangat, akan beransur-ansur menyejuk. Kadar kemasukan agent baru akan menurun. Jika 20% daripada agent berhenti dan tidak meneruskan pelaburan, re-purchased, re-consumption atau apa sahaja gelaran yang diberikan, beerti dalam tempoh 1 bulan sahaja company akan ‘overpaid’ kepada agent. Tambahan pula jika waktu tersebut turn-over capital telah meningkat keangka belasan atau puluhan jutaan ringgit. Bayangkan sebenarnya berapa kerugian yang terpaksa ditampung untuk membayar kesemua imbuhan sekiranya kesemua agent mengambil keputusan untuk berhenti. Jadi sebelum perkara ini terjadi, mereka akan stop dan lari dengan baki 50% duit pool yang ada (kan sekeping cheque lagi hanya boleh diapprovedkan selepas 2 bulan..? So paham-paham jer la. Walaupun anda berjaya menunaikan cek yang pertama… tapi adakah anda cukup yakin yang cek kedua anda tersebut ‘Sempat’ untuk anda tunaikan?) Adakah anda mempunyai exit plan?
Tujuan saya menulis pasal Money game atau Skim cepat kaya ini bukanlah kerana saya cemburu atau iri hati dengan pendapatan mereka-mereka ini. Tapi saya sebenarnya simpati kepada yang betul-betul susah dan terdesak yang mana mereka kononnya merasakan hanya inilah penyelesaian kepada masalah kewangan mereka tetapi akhirnya hilang kisah dari susah nak senang, langsung jadi bertambah melarat sebab kena tipu. Tambah simpati bila yang ditipu dan yang biasanya terjebak dengan skim-skim begini bukanlah orang lain, sebaliknya bangsa melayu yang lazimnya seagaama dengan saya. Dan tambah menyedihkan bila ada yang menyertainya apabila ia disogok-sogokkan dengan hadiah perjalanan umrah, haji dan sebagainya.
Saya yakin dari 100 orang yang menyertai skim perniagaan sebegini, 10 orang daripadanya dah tahu ianya berisiko tetapi hanya mencuba. Tetapi bagaimana dengan 90 orang lagi yang betul-betul yakin dan percaya bulat-bulan kepada orang yg memperkenalkan skim ini kepada mereka? Bagaimana pula kalau dah kita sedar sistem perniagaan ini tak sah dan cara perolehan wangnya juga tidak sah, abis bagaimana pula dengan ibadat haji dan umrah yang dibiayai dengan wang ini tadi? Biasalah… yang dibelakangnya yang buat plan pun bukannya orang islam. “Aiiya.. ini manyak bagut maa.. pasti mereka suka punyerr”. Samalah keadaannya bila salah seorang teman saya berbangsa cina mengatakan; “Ini halal maa.. daging ayam!”. Sebab bagi mereka melayu (islam) cuma tak makan babi. Melayu makan ayam. Mereka tak tahu yang ayam pun kalau tak disembelih, adalah haram. Mereka tak tahu walaupun ayam, dan walau ia disembelih sekalipun tetapi kalau tak mengikut syarat sah sembelihan ianya tetap haram.
Walau bagaimana pun dalam mengulas isu money game ini, saya tak nak ulas dari konteks agama sebab saya kurang arif. Mungkin boleh rujuk dengan Ustaz Zaharuddin atau yang lain-lainnya. Saya cuma mengulas dari sudut aqlinya sahaja.
Harapan saya, kepada yang terasa dirinya sekarang berada dalam permainan money game ini, baiklah berhenti sekarang sebelum terlajak lebih jauh lagi. Rugi duit mungkin tidak sekiranya anda dah lama menyertai dan anda rasakan sudah balik modal. Tetapi sekurang-kurangnya anda tidak akan jadi mangsa sumpah seranah, maki hamun dan caci maki orang bawahan anda sekiranya terjadi apa-apa selepas ini. Nama, air muka dan maruah diri bukanlah boleh dinilai dengan wang ringgit…
Copylah artikel saya ini dan publishkan dalam blog anda atau forwardkan ke email rakan-rakan serta saudara mara kita supaya sama-sama kita membantu menyebarkan mesej ini kepada yang lain.
Selasa, 6 Januari 2009
PERLEMBAGAAN PEKIDA MALAYSIA
PERLEMBAGAAN PEKIDA MALAYSIA
PERLEMBAGAAN BARU PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA (PEKIDA MALAYSIA)
FASAL 1
1. PERTUBUHAN
1.1 NAMA:
Pertubuhan ini bernama PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA atau PEKIDA MALAYSIA.
1.2 IBU PEJABAT:
Alamat tempat urusan Pertubuhan ini ialah
No. 5 A, Jalan Pasar, 08000 Sungai Petani,
Kedah Darul Aman.
Alamat tempat urusan tidak boleh tanpa mendapat kebenaran dari Pendaftaran Pertubuhan terlebih dahulu.
1.3 LOGO:Logo PEKIDA MALAYSIA
A) berbentukan Buku/Kitab menggambarkan ilmu, iman dan taqwa.
b) Obor menggambarkan memberi penerangan dan menyampaikan ilmu pengetahuan serta
kemahiran hidup.
c) Tangan berjabat salam melambangkan persahabatan, persaudaraan dan silaturrahim diantara satu dengan lain.
d) Warna hijau melambangkan agama Islame) Warna kuning melambangkan
kedaulatan Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Raja-Raja Melayu.
f) Warna merah melambangkan keberanian,keperwiraan dan kecekalan dalam merealisasikan matlamat perjuangan.
1.4 BENDERA:
Bendera PEKIDA MALAYSIA ialah:
a) Warna Hijau diatas
b) Warna Kuning ditengah
c) Warna Merah dibawah
d) Logo PEKIDA MALAYSIA ditengah tengah warna kuning.
1.5 PENAUNG/ PENASIHAT
Majlis Tertinggi PEKIDA MALAYSIA akan melantik seorang penaung diperingkat pusat dan seorang penasihat kehormat di peringkat pusat dan negeri.Manakala pengerusi ayahanda akan
menjadi penasihat pusat dan negeri yang akan dibentuk sebagai sebuah Badan Penasihat PEKIDA MALAYSIA yang akan menjalankan tugas sebagai penasihat di semua peringkat.
1.6 BAHASA RASMI:
Bahasa rasmi PEKIDA MALAYSIA ialah Bahasa Melayu.
FASAL 2
TUJUAN/ MATLAMAT:
2.1 Menegak dan memperjuangkan syiar Islam sesuai dengan ajaran Al-Quran dan Hadis.
2.2 Mengujudkan taat setia yang kukuh dan tidak berbelah bahagi kepada
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertua Agong, Sultan-Sultan, Dan Raja-Raja Melayu.Kerajaan dan Pemerintah dan mematuhi Perlembagaan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara.
2.3 Mengujudkan sumber kewangan masyarakat Islam dan menubuhkan Yayasan serta
menggalakan ahli untuk bekerjasama memberi bantuan dan sokongan bagi meningkat dan meninggikan taraf kehidupan umat Islam di segala bidang serta mengadakan atau menebus harta, bangunan, dan lain-lain harta.
2.4 Menganjurkan kerja dan usaha amal kebajikan untuk faedah ahli-ahli.
2.5 Mempertahankan Negara dari ancaman musuh dan anasir jahat, komunis, dan golongan anti Islam.
2.6 Mendirikan institusi pendidikan dan menjadikan bidang pendidikan sebagai
tugas penting dan utama yang perlu dilaksanakan untuk ahli, anak-anak mereka dan masyarakat umum.
AHLI-AHLI:
3.1 KEAHLIAN PEKIDA MALAYSIA:
Keahlian terbuka kepada semua orang Melayu yang beragama Islam dan Warganegara Malaysia yang taat dan patuh kepada ajaran-ajaran Islam.
3.2 JENIS AHLI:Ahli PEKIDA MALAYSIA
Terbahagi kepada (2) kategori:
a) Ahli Biasa
b) Ahli Seumur Hidup.
3.3 SYARAT-SYARAT MENJADI AHLI:
a) Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada lapan belas ( 18 ) tahun.
b) Mengaku untuk menurut sepenuhnya syarat-syarat menjadi ahli, sanggup menerima dan mematuhi Perlembagaan dan dasar-dasar rasmi PEKIDA MALAYSIA.
3.4 TANGGUNGJAWAB,
SYARAT DAN HAK AHLI:
a) Setiap Ahli mestilah:
i. pendaftaran mengikut bab 6.1
a) dan Yuran Tahunan mengikut bab 6.1(b).
ii. Wajib taat dan patuh kepada Perlembagaan PEKIDA MALAYSIA.
iii. Menjalankan semua arahan majlis Tertinggi dan patuh kepada segala yang telah dicapai dan diarah.
iv. Berusaha memajukan dan menjayakan segala projek, rancangan dan kegiatan MALAYSIA.
v. Berusaha menyatu padukan ahli-ahli PEKIDA MALAYSIA bangsa Melayu dan Warganegara keseluruhannya.
vi. Mengadakan dan mempertingkatkan daya usaha bagi menambah, mengembang, memperkukuh, dan mempertahankan ahli dan nama baik PEKIDA MALAYSIA.
b) Tiap-tiap Ahli mempunyai hak seperti berikut: bercakap dan bersuara, mengemukakan pendapat dan mengundi dalam mesyuarat-mesyuarat PEKIDA MALAYSIA.
ii. Berhak untuk memilih dan dipilih untuk sebarang jawatan dalam PEKIDA MALAYSIA.
iii. Berhak mendapat pertolongan,bantuan dan lain-lain faedah sebagai ahli
3.5 PERMOHONAN MENJADI AHLI:
Permohonan untuk menjadi ahli hendaklah dibuat didalam satu borang khas dan mestilah dicadangkan dan disokong oleh ahli lama yang telah menjadi ahli lebih daripada setahun.
Permohonan mestilah dihantar kepada Majlis Tertinggi melalui Pengerusi Daerah.
3.6 PENERIMAAN
MENJADI AHLI:
a) Setiausaha Daerah hendaklah mengemukakan permintaan dan Permohonan di Mesyuarat Jawatankuasa Daerah dengan seberapa segera untuk mendapat persetujuan Jawatankuasa, seterusnya mengemukan permohonan untuk mendapat kelulusan Majlis Tertinggi.
c) Majlis Tertinggi hendaklah menimbang segala permintaan
menjadi ahli dan memutuskan sama ada menerima, menolak atau menangguhkan permohonan. Majlis Tertinggi mempunyai hak untuk menolak sebarang permohonan tanpa perlu memberikan sebab keputusan tersebut.
3.7 LUCUT MENJADI AHLI:
a) Sekiranya ahli dengan sengaja melanggar Perlembagaan PEKIDA MALAYSIA. Keahlian adalah gugur dengan sendirinya dan Majlis Tertinggi berhak dan akan menghantar surat pemecatan rasmi sebagai ahli kepadanya.
b) Ahli yang didapati gila atau fikiran tidak siuman atau seumpamanya.
c) Gagal menjelaskan yuran tahunan selepas diberi notis selama tiga Bulan.
d) Menarik diri.
3.8 RAYUAN BAGI AHLI YANG DIPECAT:
a) Ahli yang telah dipecat boleh membuat rayuan kepada Majlis Tertinggi dengan mengemukakan permohonan melalui pengerusi daerah dan disokong oleh pengerusi negeri.
b) Bagi seorang ahli yang telah dipecat, kelayakan untuk memohon kembali menjadi ahli tempoh edahnya ialah selama satu (1) tahun.
FASAL 4 4. SUSUNAN ORGANISASI
4.1 BENTUK SUSUNAN:
a) Perhimpunan Agong
b) Negeri :
Ahli Majlis Perhubungan Negeri dilantik oleh Presiden dengan mendapat persetujuan
Ahli Majlis Tertnggi (AMT)
c) Daerah :
Ahli jawatankuasa Daerah dipilih oleh mesyuarat Agong Daerah.
4.2 TATA PERTUBUHAN MAJLIS/ JAWATANKUASA:
a) Pusat : Mengandungi Ahli Majlis Tertinggi yang dipilih dalam perhimpunan Agong.Tertakluk bab
4.4. b) Negeri :
Mengandungi Pengerusi dan timbalan Pengerusi yang
dilantik oleh Presiden.Tertakluk bab 4.13.
c) Daerah :
i. Dipersetujui dan diluluskan oleh Majlis dalam sebuah daerah pentadbiran kerajaan.
ii. Mempunyai sekurang-kurangnya 150 orang ahli berdaftar. kepada bab 4.19. 4.3 MAJLIS TERTINGGI (MT):Majlis Tertinggi (MT) menjadi badan tertinggi yang berkuasa
menjalankan segala urusan pentadbiran dan hal-ehwal PEKIDA dibawah kuasa dan perintah perhimpunan Agong.MT berkuasa penuh menjalankan sebarang langkah bagi pihak Perhimpunan Agong pada masa ketiadaannya, tetapi segala
langkah dan tindakan tersebut mestilah dimaklumkan kepada Perhimpunan Agong.
4.4 MAJLIS TERTINGGI HENDAKLAH MENGANDUNGI:
a) Presiden
b) Timbalan
c) Tiga (3) orang Naib Presiden
d) Setiausaha Agong
e) Penolong Setiausaha Agong
f) Bendahari Agong
g) Ketua Penerangan
h) Tidak lebih daripada dua puluh tiga (23) orang yang dipilih
oleh Perhimpunan Agong.
i) Tidak lebih daripada tujuh (7) orang yang dilantik oleh Presiden.
4.5 Setiausaha Agong,Penolong Setiausaha Agong, Bendahari Agong Ketua Penerangan dan tujuh (7) orang ahli Majlis Tertinggi hendaklah dilantik oleh Presiden dan akan memegang jawatan mereka selama tiga (3) tahun kecuali diperbaharui atau mereka meminta berhenti ataupun diberhentikan.
4.6 TUGAS AHLI MAJLIS TERTINGGI IALAH:
a) Presiden:
i. penuh terhadap pengurusan dan kesempurnaan perjalanan PEKIDA.
ii. Melantik Pengerusi dan Timbalan Pengerusi PEKIDA Negeri dan Daerah.
iii. Memanggil dan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi. bersama dengan Setiausaha Agong atau Bendahari bagi semua akaun simpanan atas nama PEKIDA.
b) Timbalan Presiden:
i. Membantu tugas-tugas Presiden.
ii. Bertanggungjawab sebagai Pemangku Presiden sewaktu ketiadaan Presiden.
iii. Mempengerusikan Mesyuarat Majlis tertinggi sewaktu ketiadaan Presiden. Presiden:
i. Membantu tugas-tugas Presiden dan Timbalan Presiden
ii. Mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi sewaktu ketiadaan Presiden dan Timbalan Presiden.
iii. Bertanggungjawab sebagai Pemangku Presiden dan tanggungannya apabila ketiadaan Presiden dan Timbalan Presiden.
d) Setiausaha Agong:
i. Bertanggungjawab langsung kepada Presiden.
ii. Boleh dilantik sebagai Pengurus Operasi PEKIDA.Bertanggungjawab sepenuhnya mentadbir perjalanan dan operasi PEKIDA.
iv. Bertanggungjawab melapurkan kepada Presiden segala tindakan perjalanan PEKIDA MALAYSIA. Menyediakan Penyata Tahunan, menerangkan aktiviti PEKIDA MALAYSIA masa setahun ke setahun kepada Majlis Tertinggi.
v. Bertanggungjawab atas kesempurnaan mesyuarat Majlis dan Perhimpunan Agong.
vi. Berhak menubuhkan Sekretariat dan memilih pegawai-pegawai dengan persetujuan Tertinggi. e) Penolong Setiausaha Agong i. Membantu tugas-tugas Setiausaha Agong. ii. Menjalankan segala tugas Setiausaha Agong sewaktu ketiadaan beliau.
f) Bendahari Agong:
i. Bertanggungjawab atas kesempunaan perjalanan kewangan PEKIDA MALAYSIA.
ii. Bertanggungjawab menyediakan Penyata Kewangan untuk diperiksa oleh Jurukira yang dilantik oleh Perhimpunan Agong.
iii. Membentang Penyata Kewangan dan Butir Kira-kira Kewangan yang telah disahkan oleh Presiden dan Setiausaha Agong dalam sidang majlis Tertinggi.
iv. Membentang Penyata Kewangan dan Butir Kira-kira Kewangan yang telah diperiksa oleh Jurukira dan disahkan oleh Presiden dan Setiausaha Agong.
g) Ketua Penerangan:
i. Bertanggungjawab bagi mengendali kegiatan penerangan dan pendakwah.
ii. Menjadi Pengerusi Jawatankuasa Penerangan Dan Dakwah.
iii. Berhak memilih dan melantik jawatankuasa Penerangan Dan Dakwah dengan persetujuan Majlis Tertinggi.
iv. Melapurkan kepada Majlis Tertinggi kedudukan dan kegiatan penerangan dan dakwah dan lain-lain hal yang berkaitan dengannya.4.7 a)
i. Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa Pusat dan mesyuarat tidak dapat diadakan, maka bolehlah Setiausaha Agung mendapatkan kelulusan Jawatankuasa Pusat secara pengedaran surat
pekeliling.Syarat-syaratmengenainya seperti berikut hendaklah disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa Pusat boleh dianggap sebagai telah diterima:
ii. Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang didalam surat pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap ahli Jawatankuasa Pusat; iii. Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli-ahli Jawatankuasa Pusat mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap cadangan itu dan.
iv. Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak. Sebarang keputusan yang diperolehi melalui surat pekeIiIing hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha Agung kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pusat berikutnya untuk disahkan dan dicatatkan di dalam peringatan mesyuarat.
Ai.i. Ahli Jawatankuasa Pusat yang mungkir menghadiri Mesyuarat
Jawatankuasa Pusat tiga (3) kali berturut-turut tanpa alasan bertulis yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan di dalam Jawatankuasa Pusat.
ii. Jika seorang ahli Jawatankuasa Pusat meninggal dunia atau meletakkan jawatan, calon kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah
Jawatankuasa Pusat melantik ahli Pertubuhan yang lain memenuhkan kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agong Tahunan diadakan.
4.8 Jika Presiden berhenti atau meletak jawatan atas apa sebab sekalipun, maka Timbalan Presiden hendaklah memangku jawatan itu sehingga berkaitan dengannya.
4.9 Tertakluk kepada bab 4.5 seorang ahli Majlis Tertinggi boleh meminta berhenti daripada jawatannya dan jika diterima, Majlis Tertinggi berkuasa melantik penggantinya.
4.10 Jika Presiden dan Timbalannya berhenti dengan apa sebab sekalipun daripada jawatan mereka, Naib Presiden hendaklah memangku jawatan Presiden sehingga seorang Presiden baru dipilih mengikut bab 4.4.
4.11 Jika dua pertiga (2/3) daripada Ahli Majlis Tertinggi berhenti dengan Serentak, maka majlis itu dianggap telah terbubar dengan sendirinya dan ahli-ahli yang tinggal hendaklah dalam tempoh tidak lebih daripada tiga puluh (30) hari daripada tarikh perletakkan jawatan beramai-ramai itu mengadakan Persidangan Agong Khas untuk menubuhkan semula
Majlis Tertinggi.
4.12 TANGGUNGJAWAB DAN KUASA MAJLIS TERTINGGI (MT):
a) Menubuhkan Jawatankuasa Negeri dan Daerah serta menentukan aktiviti menurut Perlembagaan PEKIDA MALAYSIA.
b) Merangka tatacara untuk memberhentikan mana-mana Ahli Majlis tertinggi termasuk yang dipilih melainkan Presiden dengan persetujuan sekurangkurangnya dua pertiga (2/3) daripada jumlah ahli.Jika tindakan mereka didapati bertentangan dengan dasar PEKIDA MALAYSIA atau mereka telah tidak menjalankan kewajipan masing-masing dengan cekap dan sempurna dan Presiden berkuasa melantik penganti mereka yang diberhentikan.
c) Mengarahkan diadakan Mesyuarat Agong Daerah dan Mesyuarat Perwakilan Negeri.
d) Menyelesaikan permasalahan dan perselisihan yang berbangkit diperingkat Negeri dan Daerah.
e) Menjalankan kehendak perlembagaan serta disiplin PEKIDA MALAYSIA dan berkuasa menggantung dan melucutkan keahlian mana-mana ahli.
f) Menggantung atau membubarkan Jawatankuasa Daerah.
g) Menetapkan yuran daerah bagi kelayakan menghantar wakil ke perhimpunan Agong.
h) Menerima dan mempersetujui permintaan menjadi ahli.
i) Mengadakan peraturan-peraturan atau syarat-syarat yang tertentu dalam perkara berkaitan permintaan menjadi ahli.
j) Memutuskan rayuan dari seseorang yang telah ditolak menjadi ahli oleh daerah atas permintaan hendak menjadi ahli biasa.
k) Mengarahkan mana-mana Daerah tanpa perlu memberi sebab untuk menerima dan mendaftarkan dalam daerah tersebut seseorang yang didapati layak untuk menjadi ahli setelah meneliti pendapat daerah yang berkenaan.
l) Memberi kebenaran bertulis kepada seseorang ahli yang telah dipecat atau menarik diri daripada PEKIDA MALAYSIA yang diterima semula sebagai ahli.
m) Menjalankan sebarang pekerjaan atau apa-apa jua langkah selain daripada perkara-perkara yang tersebut diatas bagi kesempurnaan PEKIDA MALAYSIA.
n) Menubuhkan beberapa jawatankuasa biasa kecil yang difikir perlu dan menetukan pekerjaan masing-masing mengikut perlembagaan PEKIDA MALAYSIA.
o) Melantik Firma akauntan Bertauliah bagi mengurus dan menyelia akaun Pertubuhan jika difikirkan perlu.
4.13 TANGGUNGJAWAB MAJLIS JAWATANKUASA PUSATJawatankuasa Pusat boleh memberi perintah kepada Setiausaha Agung dan pegawai-pegawai lain untuk menjalankan urusan-urusan Pertubuhan. Ia boleh menggantung atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak cekap, engkar menjalankan keputusan Jawatankuasa Pusat atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh
merosakkan kepentingan Pertubuhan.
4.14 MAJLIS JAWATANKUASA NEGERI.Majlis Jawatankuasa Negeri menjadi badan yang menjalankan pentadbiran hal-ehwal PEKIDA Negeri dengan mengikut arahan daripada Majlis Tertnggi di peringkat Pusat.Sebarang langkah yang hendak diambil mestilah mendapat persetujuan Majlis Tertinggi dan dilaporkan kepada Majlis Tertinggi untuk makluman dan tindakan.
4.15 MAJLIS JAWATANKUASA NEGERI MENGANDUNGI:
a) Pengerusi
b) Timbalan Pengerusi
c) Setiausaha
d) daerah sebagai Ahli Majlis Jawatankuasa Negeri.
g) Tidak lebih daripada lima (5) orang yang dilantik Negeri.
h) Setiausaha, Bendahari dan Ketua Penerangan dilantik oleh Pengerusi Negeri.
4.16 JAWATANKUASA PERHUBUNGAN NEGERI:
a) Pengerusi:
i. Menjadi Pengerusi Negeri, PEKIDA MALAYSIA dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan PEKIDA Negeri.
ii. Memanggil dan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Jawatankuasa Negeri.
iii. Menandatangani cek bersama Setiausaha atau Bendahari bagi akaun semasa atas nama PEKIDA Negeri.
b) Timbalan Pengerusi:
i. Membantu tugas-tugas Pengerusiii. Mengganti dan menjalankan tugas Pengerusi termasuk mempengerusikan Mesyuarat Majlis Jawatankuasa Negeri sewaktu ketiadaan Pengerusi.
c)Setiausaha:
i. Bertanggungjawab secara langsung kepada pengerusi.
ii. Bertanggungjawab bagi mentadbir perjalanan PEKIDA Negeri.
iii. Bertanggungjawab bagi melapurkan kepada Pengerusi segala tindakan dan perjalanan PEKIDA Negeri.
iv. Menyediakan Penyata Tahunan menerangkan aktiviti PEKIDA Negeri dalam masa setahun ke setahun kepada Majlis Jawatankuasa Negeri.
v. Bertanggungjawab atas kesempurnaan sidang-sidang Majlis Jawatankuasa Negeri.
Berhak menubuhkan sektariat dan memilih pegawai-pegawai yang dipersetujuai oleh Majlis Jawatankuasa Negeri.
d) Bendahari:
i. Bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan kewangan PEKIDA Negeri.
ii. Bertanggungjawab menyediakan penyata kira-kira untuk Negeri.
iii. Membentangkan kenyataan dan butir-butir yang telah disahkan oleh
Pengerusi dan Setiausaha dalam sidang Majlis Jawatankuasa Negeri.
e) Ketua Penerangan:
i. Bertanggungjawab atas kegiatan penerangan dan dakwah
ii. Menjadi Pengerusi Jawatankuasa Penerangan dan Dakwah.
iii. Berhak memilih Jawatankuasa Penerangan dan Dakwah dengan persetujuan Jawatankuasa Negeri.
iv. Melapurkan kepada Majlis Jawatankuasa Negeri kedudukan penerangan, dakwah dan lain-lain hal yang berkaitan dengannya.
4.17 Jika Pengerusi berhenti dengan apa sebab sekalipun daripada jawatannya, maka Timbalan Pengerusi hendaklah memangku jawatannya itu hingga seorang Pengerusi baru dipilih mengikut bab 4.13.
4.18 TANGGUNGJAWAB DAN KUASA MAJLIS JAWATANKUASA NEGERI IALAH:
a) Mengiktiraf Penubuhan Daerah dan menentukan tugas-tugas menurut Perlembagaan PEKlDA MALAYSIA.
b) Menjalankan sebarang tugas-tugas atau apa-apa langkah selain daripada perkara perkara yang tersebut diatas bagi kesempurnaan PEKlDA Negeri.
c) Menubuhkan Biro kebajikan dan khairat antara lain untuk pengurusan jenazah.
4.19 JAWATANKUASA DAERAH:
a) Jawatankuasa Daerah menjadi badan yang menjalankan Pentadbiran hak-ehwal PEKlDA Daerah dibawah.
b) Kekuasaan dan perintah Majlis Tertinggi melalui Majlis
Jawatankuasa Negeri dan menjalankan penguatkuasaan bagi pihak Majlis Tertinggi.
c) Daerah perlu menubuhkan Biro kebajikan dan khairat untuk kepentingan ahli antara lain untuk pengurusan Jenazah.
4.20 JAWATANKUASA DAERAH HENDAKLAH MENGANDUNGI:
a) Pengerusi
b) Timbalan Pengerusi
c) Setiausaha
d) Bendahari
e) Tidak lebih daripada 15 orang Jawatankuasa yang dipilih atau di sahkan oleh Mesyuarat Agong Daerah.
g) Tidak lebih daripada 3 orang Jawatankuasa yang dilantik oleh Pengerusi.
h) Bagi memudahkan pentadbiran pihak Daerah boleh menubuhkan Jawatankuasa kecil bagi kawasan yang difikirkan perIu.
4.21 Pengerusi, dan Timbalan Pengerusi dipilih
didalam mesyuarat Agong Daerah pada tiap-tiap tiga (3) tahun sekali dan mereka akan, memegang jawatan itu selama tiga (3) tahun.
4.22 Setiausaha, Bendahari, Ketua Penerangan dan tiga (3) orang Jawatankuasa dilantik oleh
Pengerusi.Daerah dengan persetujuan Jawatankuasa dan akan memegang jawatan selama tiga (3) tahun kecuali mereka berhenti atau diberhentikan.
4.23 TUGAS JAWATANKUASA DAERAH IALAH:
a) Pengerusi:
i) Menjadi PEKIDA Daerah dan.bertanggangjawab atas kesempumaan pentadbiran Daerah.
ii) Memanggil dan mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Daerah.
iii) Menandatangani cek bersama Bendahari atau Setiausaha bagi akaun simpanan
atas nama PEKIDA Daerah.
b) Timbalan Pengerusi:
i) Membantu tugas-tugas ketua dan tanggungannya ketika ketiadaan ketua.
ii) Mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Daerah apabila Pengerusi tidak hadir.
c) Setiausaha:
i) Bertanggungjawab secara langsung mentadbir perjalanan PEKIDA Daerah
ii) Bertanggungjawab melapor kepada pengerusi segala tindakan dan perjalanan PEKIDA Daerah.
iv) Menyediakan Laporan Tahunan menerangkan aktiviti PEKIDA, Daerah kepada Persidangan
Perwakilan Daerah.
d) Bendahari:
i) Bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan kewangan PEKIDA Bertanggungjawab menyediakan Penyata kira-kira untuk diperiksa oleh Pemeriksa Kira-kira yang dilantik oleh
Perwakilan Daerah.
ii) Membentangkan kenyataan dan butir kira-kira dalam Mesyuarat Jawatankuasa Daerah.
iii)Menandatangani cek bersama Pengerusi atau Setiausaha bagi akaun simpanan PEKIDA Daerah.
e) Ketua Penerangan:
i) Bertanggungjawab keatas kegiatan Penerangan Dakwah.
ii) Berhak melantik Jawatankuasa Penerangan dan Dakwah Daerah.
iii) Melapur kepada Jawatankuasa Daerah kedudukan penerangan dan Dakwah peringkat Daerah
dan lain kegiatan yang berkaitan dengannya.
4.24 Jika Pengerusi berhenti dengan apa-apa sebab sekalipun daripada jawatannya, maka Timbalan Pengerusi hendaklah memangku jawatannya itu sehingga Pengerusi baru dilantik mengikut bab 4.18.
4.25 Seseorang Ahli Jawatankuasa Daerah yang dipilih boleh meminta berhenti daripada jawatannya.
Keputusan menarik diri tersebut tidak boleh diganti semula kecuali Jawatankuasa yang dilantik.
4.26 Jika 2/3 Ahli Jawatankuasa Daerah berhenti.dengan serentak maka Jawatankuasa dianggap telah dibubar.
4.27 TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA DAERAH:
a) Menyediakan lapuran tahunan Daerah, menerangkan aktiviti PEKIDADaerah kepada
Perhimpunan Agong.
b) Menjalankan sebarang kegiatan atau apa langkah seliaan daripada perkara -perkara yang
tersebut diatas bagi kesempurnaan PEKIDA Daerah. FASAL 5 5. SUSUNAN MESYUARAT 5.1 SUSUNAN MESYUARAT PEKIDA MALAYSIA.Susunan mesyuarat PEKIDA MALAYSIA yang dijalankan adalah seperti berikut:
a)Perhimpunan Agong:Perhimpunan Agong hendaklah diadakan tiap-tiap tahun mengandungi:
i) Ahli Majlis Tertinggiii) Pengerusi-Pengerusi Negeri, wakilnya dipersetujuai oleh Majlis Tertinggi.iii) Pengerusi dan sepuluh (10) orang wakil Daerah untuk seratus lima puluh (150) orang yang menjelaskan yuran dan berikutnya satu (1) wakil daripada seratus lima puluh (150) orang ahli yang menjelaskan yuran.
b) Korum untuk mesyuarat Agong dianggap cukup jika wakil wakil yang hadir, tidak kira jumlahnya lebih daripada jumlah wakil bagi setengah (1/2) bilangan Daerah yang layak untuk menghadiri mesyuarat Agong.
c) Jika kuorum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan
untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pusat; dan jika kuorum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu, maka berkuasalah wakil-wakil yang hadir menjalankan mesyuarat pada hari itu tetapi tidaklah berkuasa meminda undang-undang Pertubuhan dan membuat keputusan-keputusan mengenai semua ahli.
d) MESYUARAT AGONG DAERAH:
Mesyuarat Agong Daerah hendaklah diadakan pada tiap-tiap tahun mengandungi:
i) Ahli Jawatankuasa Daerah.
ii) Ahli yang menjelaskan wang pendaftaran dan yuran tahunan sebagaimana Bab 6.1 a, b dan c.
e) MESYUARAT/JAWATANKUASA
i) Mesyuarat/Jawatankuasa hendaklah diadakan sekurang-kurangnya (dua) 2 bulan sekali.
ii) Lebih dari separuh Ahli Jawatankuasa adalah cukup bilangan bagi menjalankan mesyuarat Jawatankuasa. MASA MESYUARAT AGONG DAERAH.
a) Mesyuarat Agong hendaklah diadakan tidak lewat daripada 31hb bulan Julai
tiap-tiap tahun atau tarikh yang akan diputuskan oleh Ahli Majlis Tertinggi (AMT).
b) Mesyuarat Perwakilan Daerah diadakan tidak lewat daripada 31hb bulan Mei tiap-tiap tahun.
c) Sekiranya terdapat sesuatu hal yang tidak dapat dielakkan, maka mesyuarat-mesyuarat ini bolehlah ditunda kepada satu tarikh yang sesuai yang telah diputuskan oleh Ahli Majlis Tertinggi (AMT).d) Notis mesyuarat-mesuarat ini hendaklah dikeluarkan sekurang-kurangnya tempoh 14 hari sebelum diadakan.
5.3 Mesyuarat Agong Daerah hendaklah dijalankan dengan undi angkat tangan kecuali kalau
diputuskan oleh perwakilan dengan cara undi sulit maka satu borang khas hendaklah digunakan untuk undian tersebut.
5.4 TUGAS DAN KUASA PERSIDANGAN/MESYUARAT:
a) PERHIMPUNAN AGONG :
i) Membentang Tahunan dan Penyata Kewangan, yang disiapkan oleh Majlis Tertinggi.
ii) Menentukan dasar-dasar PEKIDA MALAYSIA untuk menjalankan rancangan dan kegiatannya.
iii) Membentang dan membahaskan usul-usul yang dibawa oleh para perwakilan yang telah dikemukakan 2 minggu terlebih dahulu.
iv) Memilih ahli Majlis Tertinggi mengilkut Memilih Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap mengikut bab 5.6.
v) Melantik 2 orang Pemeriksa mengikut bab 6.9 (a)
vi) Mengusulkan kepada Majlis Tertinggi jika difikirkan perlu supaya meminda perlembagaan
mengikut perkembangan yang berlaku kepada umat Islam dari semasa ke semasa meninggikan syiar Islam dan taraf kehidupan umat Islam.
vii) Mengawasi pergerakan Majlis tertinggi yang dibentuk oleh Majlis Tertinggi.
viii) Melantik Pemeriksa Kira-kira yang bertauliah dan menentukan bayaran perkhidmatan jika difikir mustahak.
b) MESYUARAT AGONG DAERAH:
i) Membentangkan Penyata Tahunan dan Penyata Kewangan yang disiapkan oleh Jawatankuasa
Daerah.
ii) Memilih Jawatankusa Daerah mengikut bab 4.18.
iii) Memilih Pengerusi mengikut bab 5.6.
iv) Melantik 2 orang Pemeriksa Kira-kira mengikut bab 6.9.
v) Mengusulkan kepada jika difikirkan perIu supaya meminda perlembagaan mengikut perkembangan yang berlaku kepada umat Islam dari masa kesemasa untuk meninggikan syiar Islam dan taraf kehidupan umat Islam.
5.5 TUGAS MESYUARAT MAJLIS/JAWATANKUASA:
a) Membahas Menimbang dan mengesahkan catitan mesyuarat yang lalu. mengesahkan Penyata Kewangan yang lalu.
c) Membincang perkembangan PEKIDA MALAYSIA dari semasa semasa.
d) Membuat rancangan yang dirasakan baik untuk kemajuan PEKIDA MALAYSIA dari semasa ke semasa. Lain-lain perkara yang dirasakan perlu untuk kebaikkan PEKIDA MALAYSIA dan lain-lainnya.
5.6 PENGERUSI TETAP/TIMBALAN PENGERUSI TETAP:
a) Dua orang ahli biasa dipilih didalam perhimpunan Agong dan mesyuarat Daerah.
b) Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap akan menjalankan tugas secara berganti-ganti semasa Perhimpunan Agong dan Mesyuarat Agong Daerah.
c) Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap dipilih mengikut Masa pemilihan Majlis Tertinggi dan Jawatankuasa Daerah.
d) Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi akan membuat keputusan apabila undi didapati sama dalam perhimpunan Agong dan Mesyuarat Perwakilan Daerah.
FASAL 6 6. KEWANGAN
6.1 Bayaran Masuk /Yuran:
a) Bayaran masuk menjadi Yuran tahunan sebanyak RM 12.00 setahun.
c) Yuran seumur hidup sebanyak RM 250.00 d) ahli denganjumlah yang tidak terbatas.
6.2 Sumber-sumber Lain:
a) Hasil-hasil lainnya dari kegiatan yang dilancarkan oleh MajIis Tertinggi dan Jawatankuasa Negeri.
b) Sebarang sumber kewangan yang akan dikutip atau penganjuran
untuk kutipan derma oleh semua pihak hendaklah mendapat . kelulusan Majlis Tertinggi.
6.3 Pembahagian/Peruntukan Kewangan:
a) Wang Pendaftaran Masuk dan lain-lain sumber.i) 30 % diserahkan kepada Daerah kepada Pusat b) Wang Yuran Tahunan:
i) 20 % diserahkan kepada Daerah. Peruntukan Negeri:
i) Bantuan dari pusat 100 % ii) Daya usaha Negeri adalah untuk Negeri.
Tertinggi Majlis Jawatankuasa Negeri dan Jawatankuasa Daerah hendaklah mengadakan kira-kira dan membuka Akaun Semasa.
6.5 Akaun Cadangan Umum: Kira-kira kewangan yang dimasukkan kedalam akaun ini adalah:
a) wakaf, sedekah hadiah dan sebagainya.
b) Semua wang yang telah diluluskan oleh Majlis Tertinggi.
6.6 Wang:
a) Pengeluaran Wang yang lebih dari Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu (RM 10,000.00) hendaklah mendapat persetujuan dari Majlis Tertinggi.
b) Pengerusi/ Ketua, Setiausaha atau Bendahari berhak mengeluarkan wang tidak daripada Ringgit Malaysia Seribu (RM1,000.00) untuk keperluan pertubuhan.
6.7 Wang Tunai :
a) Bendahari Majlis Tertinggi Negeri boleh menyimpan wang tunai sebanyak Ringgit Malaysia Seribu (RM: 1,000.00)
b) Bendahari
Jawatankuasa Daerah boleh menyimpan wang tunai sebanyak Ringgit Malaysia Lima Ratus (RM500.00). c) Bendahari, Jawatankuasa Daerah boleh menyimpan wang tunai sebanyak Ringgit Malaysia Tiga Ratus Lima Puluh. (RM 350.00).
6.8 Bantuan Tambahan dan Bantuan Khas:Sebarang permintaan untuk mendapatkan bantuan
tambahan dan bantuan khas daripada semua peringkat (Majlis/Jawatankuasa) hendaklah dikemukakan kepada MajIis Tertinggi untuk diluluskan.
6.9 Pemeriksa Kira-Kira:a) Dua (2) orang ahli biasa akan dilantik didalam Perhimpunan Agong dan Mesyuarat Perwakilan Daerah sebagai pemeriksa kira-kira.
a) Pemeriksa Kira-kira bertugas menyemak dan mengesahkan Penyata Kewangan
Tahunan dan Kira-kira untuk Perhimpunan Agong dan Mesyuarat Perwakilan Daerah.
b) Pemeriksa Kira-kira dilantik mengikut jangka masa perlantikan Majlis Jawatankuasa.
d) Satu Firma Audit yang bertauliah hendaklah dilantik jika difikirkan perlu. FASAL 77. PEMEGANG AMANAH7.1 Tiga (3) orang Pemegang Amanah yang berumur lebih daripada 21 tahun hendaklah dilantik didalam mana-mana mesyuarat Agong Tahunanan, dan mereka akan berkhidmat selama yang dikehendaki oleh Pertubuhan. kepada mereka diamanahkah semua harta tetap kepunyaan Pertubuhan dengan menandatangani suatu Surat Amanah (Deed of Trust).
7.2 Pemegang amanah tidak boleh menj ual, menarik balik atau menukarkan harta kepunyaan Pertubuhan dengan tidak ada persetujuan dan kuasa yang diberikan oleh mana-mana
Mesyuarat Agong.
7.3 Seseorang Pemegang Amanah boleh dilucutkan daripada jawatannya oleh Mesyuarat Agong
Oleh sebab uzur kerana penyakit, tidak siuman, tidak berada didalam Negeri atau kerana
lain sebab yang menyebabkan ia tidak boleh menjalankan tugasnya atau pekerjaannya tidak memuaskan.Jika berlaku kematian, perletakan jawatan atau pembuangan bagi seorang Pemegang amanah, maka kekosongan itu bolehlah dilantik oleh Majlis Jawatankuasa. FASAL
8 0. UNDANG-UNDANG AM:
8.1 Untuk menjayakan tujuan yang terdapat dalam bab 2 dalam Perlembagaan ini maka
seluruh ahli Majlis/Jawatankuasa semua peringkat diberi kuasa supaya aktif bergerak disegala bidang sesuai untuk kebaikan dan faedah pertubuhan ini.
8.2 PEKlDA boleh memiliki harta yang boleh dialeh (moveable) dan harta yang tidak
boleh dialeh (immoveable).
8.3 Peraturan Tambahan: Peraturan tambahan khasnya Peraturan Kebajikan Am dan lain-di bentuk dari semasa ke semasa, jika dipandang perlu sebagai tambahan dari perlembagaan ini yang akan diluluskan oleh Perhimpunan Agong.
8.4 Pindaan Perlembagaan:a) Pindaan Perlembagaan dilakukan oleh Perhimpunan Agong
Tahunan.Ahli-ahli boleh mengemukakan cadangan pindaan setelah diluluskan oleh Mesyuarat Daerah dan kemudiannya dikemukakan semula dalam Perhimpunan Agong Tahunan melalui Mesyuarat Perwakilan Daerah. Permohonan pindaan Perlembagaan ini hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa enam puluh (60) hari daripada keputusan pindaan itu hendak dibuat. Pindaan Perlembagaan ini hanya dikuatkuasakan setelah diluluskan
oleh Pendaftar Pertubuhan.
8.5 Penafsiran Perlembagaan: Sekiranya berlaku salah pengertian tentang penafsiran dalam
beberapa perkara dalam Perlembagaan ini, maka keputusan Majlis Tertinggi adalah muktamat kecuali dirombak oleh keputusan Perhirnpunan Agung.
8.6 Pembubaran PEKIDA MALAYSIA:
a) Pembubaran PEKlDA MALAYSIA dilakukan sekiranya perhimpunan Agong sebulat suara memutuskan bahawa ianya patut dibubarkan.
b) Pembahagian wang ringgit kepunyaan PEKIDA MALAYSIA setelah ditolak segala hutang piutang dan segala tanggungan akan diputuskan oleh Perhimpunan
c) Jika sekiranya ada tanggungan lagi, maka tertanggunglah kepada Ahli PEKIDA
MALAYSIA yang ada pada masa itu.
8.7 Singkatan-Singkatan:
a) PA - Perhimpunan Agong
b) MT Majlis Jawatankuasa Negerid) MJMJN - Mesyuarat Jawatankuasa Majlis Jawatankuasa Negerie) MAD Agong Daerahf) JD - Jawatankuasa Daerahg) MP - Majlis Penasihath) MPA - PERKARA-PERKARA AM
9.1 Semua Ahli Majlis/Jawatankuasa pertubuhan ini dan lain-lain pegawai yang menjalankan tugas dalam pcrtubuhan ini hendaklah warganegara Malaysia yang berbangsa Melayu dan beragama Islam.
9.2 Pertubuhan ini tidak boleh mengadakan apa-apa perhubungan atau pengabungan diluar Malaysia kecuali dengan kebenaran bertulis YB Menteri Hal-Ehwal Dalam Negeri.
9.3 Tahun kewangan pertubuhan ini bermula pada 1hb.Januari,dan berakhir pada 31hb.Disember tiap-tiap tahun.
9.4 Ahli Majlis/Jawatankuasa berkuasa melantik Iain-Iain ahli bagi memenuhi kekosongan didalam Majlis/Jawatankuasa tersebut dan beberapa Jawatankuasa kecil.
9.5 Seseorang pelajar Universiti atau Kolej tidak akan diterima menjadi ahli pertubuhan ini kecuali dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Cansellor Universiti yang berkenaan.
Ahad, 28 Disember 2008
PEMUTIHAN PEKIDA DI DAERAH ROMPIN.
Dengar berita pemutihan Ahli PEKIDA Daerah Rompin akan diadakan pada bulan Januari 2009. Disamping itu YBHG. Tuan Hj. Jamaluddin telah merestui menubuhkan Biro-Biro di beberapa tempat dalam daerah Rompin agar pergerakan PEKIDA dapat diselaraskan dengan adanya Biro-biro atau zon Pekida. Walau bagaimana pun pentadbiran tetap dibawah PEKIDA Daerah Rompin. Jika berjaya pemutihan dibuat dianggarkan ahli pekida daerah Rompin tidak kurang dari 7,000 orang.
Walau apa pun dicadangkan akan berlaku juga cacat celanya PEKIDA Daerah Rompin kerana kepimpinan peringkat Kebangsaan ada masalah pemutihan bagitu juga peringkat Daerah. Kita sama-sama berdoa agar pemutihan akan berjaya. Dalam PEKIDA jurang antara orang lama dengan orang baru masih tebal. Orang lama mempertahanan ketokohannya. Orang Baru tak mampu dengan cara lama kepimpinan. Kalau ikut perlembagaan PEKIDA pasti tidak akan berlaku perselisihan.untuk semua ahli yang ingin melihat Perlembagaan PEKIDA Insyallah akan datang saya akan siarkan sepenuhnya perlembagaan tersebut.
Rabu, 24 Disember 2008
Jumaat, 19 Disember 2008
MASYARAKAT ORANG ASLI KE DUA TERAMAI DI DAERAH ROMPIN
Gambar Masyarakat Orang Asli di Rompin
Daerah Rompin selain dari Masyarakat orang melayu ke 2 teramai di Daerah Rompin ialah Masyarakat Orang Asli yang terdiri dari Masyarakat Orang Melayu Asli keturunan JAKUN Masyarakat ini bertutur dalam bahasa melayu lama. Jika kita menonton filem melayu sekitar awal penerbitan filem Melayu perkataan yang digunakan seperti mamak digunakan kepada bapa suadara. ada beberapa perkataan lain yang pernah saya dengar ketika menonton filem lama tersebut adalah perkataan-perkataan yang dilafaskan oleh pelakun adalah bahasa suku kaum JAKUN.Jika anda ke Rompin anda akan temui Perkampungan Orang Asli seperti Kg. Kundang, Kampung Amak, Kg. Kedaik, Kg. Taman, Kg. Jemeri, Kg. Kerpai, Kg. Batu tiga dan Kampung Batu 8 semua kampung ini dapat dilihat ketika kita dari Muadzam Shah atau dari Kuantan menghala ke Mersing. Sebahagian dari pada mereka di pengaruhi adat istiadat Orang Melayu dan mengikut adat cina.