CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Selasa, 15 September 2009

MAZIDUL BONGKAR APA ITU PEKIDA




Jam 3 petang 10 September 2009, saya ke Jalan Horly, Bukit Bintang, Kuala Lumpur bertemu Pengerusi Pekida Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ayahanda Roslan Dahaman. Roslan, 55 tahun, anak kelahiran Kangar, Perlis menyertai Pekida pada usia 19 tahun, 28 tahun kemudian beliau dilantik sebagai ayahanda.

Hampir 2 jam kami bersembang di pejabat terbaharu Pekida Wilayah itu. Pelbagai isu disentuh, ada sensitif, ada tidak. Majoriti temubual dirakam akan disiarkan pada 30 September 2009, jam 9 malam di ‘360’.

Roslan dikenali dengan nama ‘Lan Gajah’ di kalangan ahli Pekida, mungkin kerana saiz tubuhnya agak besar. Beliau lancar berkata-kata dan mudah didekati.

“TV tak pernah lagi interview tetapi Harian Metro adalah,” ujar Roslan.

Mungkinkah ’360’ bakal menjadi program TV pertama merungkai ‘kemelut’ didepani Pekida? Barangkali.

“Ramai takut, bila cakap fasal Pekida, siapa nak jumpa? Inikan nak datang kepejabat,” usik saya.

Menurut Roslan, lebih 2 juta ahli Pekida berdaftar dan tidak berdaftar di seluruh negara.

“Masa saya jadi pengerusi Pekida Bukit Bintang, lebih 15,000 ahli berdaftar di bawah saya”

“Adakah Pekida itu Tiga Line dan Tiga Line itu Pekida?,” soal saya.

“Pekida tidak ada kena mengena dengan Tiga Line. Pekida, persatuan berdaftar, Tiga Line tidak. Registrar Of Company patut kena siasat Tiga Line tu apa sebenarnya sebab dia ‘persatuan’ tidak berdaftar,” jelas Roslan selamba.

Rakaman soal-jawab lain, biarlah saya ‘simpan’ dahulu buat masa ini. Tetapi saya yakin perkara bakal didedahkan melalui kenyataan ‘panas’ Roslan akan mengejutkan ramai penonton.

KOMEN
Kalau nak cantik lagi Mazidul kena ke Sungai Petani berjumpa dengan ayahanda Jamaluddin. Dapat tahu jumlah ahli PEKIDA yang sebenar, berapa Daerah yang terdapat PEKIDA DAERAH. Maklumat lengkap di sana.

DUA GOLONGAN YANG AKAN MENJADI ISI NERAKA




Ertinya:
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda, "Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor Iembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang¬ lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya".

H.R. Muslim

Kebenaran sabdaan Rasulullah saw. ini dapat kita lihat dari realiti masyarakat yang ada pada hari ini. Ada golongan yang suka memukul orang dengan cemeti tanpa soal-siasat, bertindak kepada manusia dengan hukum rimba. di sini, kita dapat lihat perkara ini terjadi di kalangan kita sendiri. Bagaimana seseorang di tahan tanpa perbicaraan dan pengadilan. Perkara ini tidak pernah di terjadi ketika pemerintahan islam di bawah kepimpinan Rasulullah s.a.w. Lihatlah betapa terbuktinya kerasulan Rasulullah sehinggakan baginda mengetahui akan berlakunya penindsan sedimikian di akhir zaman.

Ramai perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang. Maksudnya, kalau kita hendak katakan berpakaian pun boleh, kerana masih ada secarik kain di atas badan, dan kalau kita hendak katakan bertelanjang pun boleh, kerana walau pun berpakaian tetapi hanya dengan secarik kain sahaja, maka samalah dengan bertelanjang. Atau pun ia berpakaian dengan pakaian yang sangat tipis sehingga menampakkan warna kulit dan mencorakkan bentuk aurat. Kemudian berjalan sambil menghayun-hayunkan badan dengan sanggul yang besar, seperti gob unta.Realiti kehidupan ummat sekarang terutamanya wanita professional dan yang kurang didikan agama hari ini mencebik bibirnya apabila tajuk ini disebutkan. Perkara maksiat lebih mudah berlaku seandainya wanita tidak menjaga aurat mereka tetapi ada golongan wanita berpendapat lelaki sengaja melakukan perkara buruk kepada wanita kerana ingin menunjukkan kekuasaannya terhadap wanita. ini di jadikan hujjah oleh sesetengah wanita yang tidak mahu menutup aurat.

Hakikatnya, sebagai hamba Allah SWT dan umat Rasulullah SAW kita diajar untuk merujuk Al-Quran dan Al-Hadith bagi mendapat kepastian tentang baik buruk dan benar salahnya sesuatu perkara itu. Dalam hal ini, Allah SWT berfirman :-

"Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu." (al-Ahzab: 59)

Jilbab, iaitu pakaian yang lebarnya semacam baju kurung untuk dipakai oleh kaum wanita bagi menutupi tubuh badannya. Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menerangkan "Sebahagian perempuan Jahiliah apabila keluar rumah, mereka suka menampakkan sebahagian kecantikannya, misalnya dada, leher dan rambut, sehingga mereka ini diganggu oleh laki-laki fasik (jahat) dan yang suka berzina, kemudian turunlah ayat di atas yang memerintahkan kepada orang-orang perempuan Islam untuk melabuhkan jilbabnya itu sehingga semua bahagian-bahagian tubuhnya yang boleh membawa fitnah itu tidak kelihatan. Dengan demikian secara zahirnya pula mereka itu akan dikenali sebagai wanita yang terpelihara (‘afifah) serta tidak mudah diganggu oleh orang-orang yang suka kejahatan atau orang-orang munafik.

Jadi jelasnya, bahawa ayat tersebut memberikan ‘illah (alasan) utama perintah ini adalah kerana bimbang wanita muslimah diganggu oleh orang-orang fasik dan menjadi perhatian orang-orang yang suka berzina. Bukanlah ketakutan yang timbul dari perempuan itu sendiri atau karena tidak percaya kepada mereka, sebagaimana anggapan sebahagian orang, tetapi ia adalah kerana sebahagian wanita yang suka menampakkan perhiasannya, berjalan dengan penuh lenggang lengguk dan bicaranya dibuat-buat manja, sering menarik perhatian nafsu lelaki dan menjadikannya sasaran orang-orang yang suka berzina. (Petikan dari kitab Al-Halal wal Haram fil Islam dengan sedikit pindaan)

Ayat ini juga jelas menunjukkan bahawa salah satu target utama menutup aurat yang diletakkan oleh Allah SWT adalah sebagai kaedah dan cara terbaik bagi mengelakkan wanita Islam dari diganggu dan disakiti.

kesimpulannya, Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk ke dalam syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya, walaupun semerbak wanginya telah tercium dari jarak perjalanan selama 500 tahun sebelum sampai kepadanya

Ahad, 13 September 2009

ROMPIN TRANSIT HAIWAN EKSOTIK


ROMPIN, 13 Sept (Bernama) -- Pasukan Gerakan Marin (PGM) Daerah Rompin merampas haiwan eksotik seberat 12 tan yang cuba diseludup keluar dalam satu serbuan di Jeti Lama Tanjung Gemok di sini pada hari Ahad.

Ketua Bahagian Operasi/Risikan Wilayah 3 PGM DSP Mohd Hassan Hashim berkata dalam serbuan pukul 3 pagi yang dijalankan oleh lima pasukan daripada Gerak Khas Wilayah 3 hasil maklumat orang awam itu turut berjaya menahan dua lelaki berusia dalam lingkungan 40-an dan 50-an.

" Haiwan eksotik yang dirampas ialah daging beruang, biawak dan burung hantu dengan nilai rampasan dianggarkan RM400,000 termasuk sebuah bot. Ketika serbuan dijalankan, dua lelaki sedang memunggah puluhan kotak ke atas sebuah kapal kargo di jeti itu.

"Pemeriksaan awal mendapati mereka cuba menyeludup secara haram pelbagai spesies haiwan eksotik dari negara ini iaitu biawak, daging beruang meliputi tangan, kaki dan badan tanpa kepala serta burung hantu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Hassan berkata kesemua binatang liar berkenaan dipercayai datang dari Tanjung Malim, Perak yang dibawa dengan menggunakan sebuah lori ke Tanjung Gemok.

Katanya lokasi di Tanjung Gemok itu juga dipercayai sebagai transit oleh penyeludup mengumpulkan barangan berkenaan dan haiwan eksotik yang dimuatkan ke dalam bot kargo itu dipercayai dibawa ke tengah laut sebelum dipunggah ke sebuah bot lain dan membawanya ke negara jiran.

"Kedua-dua lelaki berkenaan kini ditahan untuk siasatan lanjut," katanya.

-- BERNAMA

Related Posts with Thumbnails