CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sabtu, 13 Jun 2009

hayatilah cerita ini

1. Yunus bin Abi Syabib berkata:

“Aku melihat Umar bin Abdul Aziz tawaf di sekeliling ka’bah dalam keadaan tali pinggangnya tenggelam dalam lipatan perutnya kerna gemuknya. Ini sebelum beliau menjadi khalifah. Setelah mana beliau menjadi Khalifah, kalau aku hendak aku boleh menghitung bilangan tulang rusuknya tanpa aku menyentuhnya , pasti aku boleh melakukannya.”

Komen: Ini kerana kepimpinan bukan kemuliaan tetapi suatu amanah yang berat. Ini benar2 dihayati oleh Umar sehingga jawatan menyebabkan dia kurus. Bukannya seperti kebanyakan pimpinan sekarang yang menyebabkan jawatan pimpinan menjadi rebutan dan jambatan untuk menuju kemewahan. Kita lihat bagaimana putera raja yang hidupnya semakin lama semakin mewah. Berikut potongan berita tersebut:

"Sebuah pesawat gergasi Airbus A380 yang berharga £300 juta (RM1.68 bilion) direka khas untuk seorang kerabat diraja dari Asia Barat, lapor sebuah akhbar semalam.

Namun, apabila pengubahsuaian pesawat itu siap tiga tahun lagi, ia bakal menjadi jet peribadi terbesar di dunia."


2.Khalifah Abu Ja’far bin Mansur telah bertanya kepada anak Umar bin Abdul Aziz “Berapakah banyak wang simpanan Umar ketika beliau mula-mula memegang jawatan khalifah?”

Anaknya menjawab “40 ribu dinar (wang emas).”

Abu Ja’far bertanya lagi “Berapa pula ketika beliau wafat?”

Anaknya menjawab “ 4 ratus dinar, kalau dia panjang umur lagi pastilah semakin berkurangan.”

Umar memegang jawatan Khalifah bukannya untuk menghimpun duit. Ini kerana keseronokan menghimpun duit boleh melalaikan seorang dari menjalankan kewajipan agamanya. Firman Allah swt:

ألهاكم التكاثر . حتى زرتم المقابر

“Perbuatan kamu yang saling berbangga dengan harta itu melalaikan kamu dari ketaatan dan bersedia untuk keakhirat.sehinggalah kamu mati dan ditanam di kubur.” (1-2 at-Takasur)

Kita lihat bagaimana pemimpin di zaman sekarang, walaupun gaji sudah banyak tetapi ia tidak membuatkan pemimpin itu puas. Lihat sahaja seorang menteri di Britain yang meminta perbelanjaan yang melampau dengan mengorbankan duit rakyat. Menteri Kehakiman, Shahid Malik digantung tugas kerana membuat tuntutan perumahan lebih AS$98,000 (RM347,841) dalam tempoh tiga tahun.

3. Maslamah bin Malik berkata:

Aku telah menziarahi Umar bin Abdul Aziz ketika beliau sakit dan aku dapati bajunya kotor. Aku berkata kepada isterinnya Fatimah “Hai Fatimah basuhlah baju Amirul Mukminin.” Jawab Fatimah “Aku basuh insyaAllah.”

Apabila aku menziarahinya semula aku dapati bajunya masih lagi kotor. Aku pun berkata “Hai Fatimah, bukankah aku telah menyuruhmu membasuh baju Amirul Mukminin. Sesungguhnya manusia menziarahinya.” Fatimah menjawab “Demi Allah, bajunya hanya ada satu.”

Komen: Beliau hanya mempunyai sehelai baju. Namun pemimpin sekarang bertukar kenderaan seperti tukar baju. Rakyat menderita tidak ada rumah dan perlindungan tetapi mereka sibuk bincang pasal hendak tukar kenderaan. Baru sahaja naik jadi exco sudah tukar kereta dan rumah mewah. Pemimpin yang jahat pada zaman ini sibuk dengan makan duit rakyat, adapun pemimpin yang dianggap baik sibuk dengan masalah ekonomi dan menjadikannya masalah utama. Kurang sibuk tentang hukum Allah yg diabaikan, kemaksiatan berleluasa, kejahilan rakyat terhadap agama dan perkara yang berkait dengan pembangunan ruh.

4. Amru bin Muhajir telah menyebut:

“Sesungguhnya Umar bin Abdul Aziz menyalakan pelita kerajaan hanya untuk urusan orang-orang Islam. Apabila telah selesai urusan tersebut beliau akan memadamnya dan menggunakan pelitanya sendiri.”

Komen: Penyalahgunaan wang rakyat terjadi dimana-mana. Saya memperingatkan diri saya dan pemegang amanah rakyat walaupun dalam lingkungan yg sedikit supaya tidak menyalahgunakan amanah. Lihat orang yang yang telah mati dalam peperangan. Para sahabat menyatakan dia syahid. Namun Rasulullah saw bersabda:

كلا إني رأيته في النار في بردة غلها

“Dia tidak sama sekali mendapat pahala syahid. Sesungguhnya aku melihatnya berada di dalam neraka kerana sehelai selimut yang dia khianati.” (Hr Muslim)

5. Suatu hari Umar bin Abdul Aziz berkata kepada isterinya “Wahai Fatimah, adakah engkau mempunyai duit dirham(perak) untuk aku membeli anggur?” Isterinya menjawab “Tidak ada.” Umar bertanya lagi “Engkau ada duit fulus (tembaga)?” Fatimah menjawab “Tidak ada.” Fatimah mengadap suaminya , seraya berkata “Engkau adalah amirul mukminin tetapi tidak ada duit langsung untuk membeli anggur.” Umar menjawab:

هذا أهون علينا معالجة الأغلال غدا في جهنم

“Perkara ini lebih mudah untuk kita hadapi daripada menghadapi belenggu di neraka jahannam pada hari kiamat kelak.”

Komen: Umar tidak ada elau makanan dan sebagainya. Tetapi kita lihat bagaimana satu ketika bagaimana elaun hari raya untuk menteri, exco dan wakil rakyat bernilai 250,000 setahun di sebuah negeri di Malaysia. Umar hendak menjamah anggur pun tiada duit. Pemimpin sekarang segala2nya ada elaun. Ini adalah penyalah gunaan wang rakyat. Wang inilah yang boleh menghancurkan bangsa disebabkan perebutan, rasuah, kes jenayah dan sebagainya. Semuanya berpunca dari wang. Nabi saw bersabda:

لكل أمة فتنة وفتنة أمتي المال

“Setiap ummatk mempunyai fitnah yang boleh merosakkan mereka. Fitnah umatku adalah harta.” Hr Tirmizi

Ya Allah selamatkan kami dari fitnah harta

Kesimpulan: Dizaman pemerintahan beliaulah sejarah Islam tercipta, bagaimana tidak seorang pun yang layak menerima zakat kerana rakyatnya sudah senang belaka.

Rujukan: al-Malul Am wa Ahkamuhu Fil Feqhil Islam oleh Muhammad Said al-Baghdadi dan laman akbar di internet.



Barack Obama telah menyampaikan ucapan yang ditujukan kepada masyarakat Islam sedunia pada hari khamis 4 jun. Beliau yang sampai di mesir pukul 9.10 pagi dan meninggalkan mesir pada pukul 6 petang telah memberi ucapan selama 45 minit di universiti Kaherah (cairo universiti).


Beri Salam dan baca ayat al-Quran


Beliau memberi salam setelah masuk ke dalam dewan. Sepanjang ucapannya beliau telah membaca tiga potong ayat al-Quran:


1. ayat 70 surah al-Ahzab:


يأيها الذين أمنوا اتقوا الله وقولوا قولا سديدا


“Wahai orang-orang beriman hendaklah kamu bertakwa kepada Allah dan berkatalah dengan kata yang benar.”


2. Ayat 32 Surah al-Maidah:


من قتل نفسا بغير نفس فكأنما قتل الناس جميعا


“Sesiapa yang membunuh seseorang bukan kerana dia yang membunuh orang yang lain; seolah-olah telah membunuh semua manusia.”


3. Ayat 13 surah al-Hujurat:


يأيها الناس إنا خلقناكم من ذكر وأنثى وجعلناكم شعوبا وقبائل لتعارفوا


“Wahai manusia sesungguhnya kami mencipta kamu terdiri dari lelaki dan perempuan, dan kami jadikan kamu terdiri dari berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu saling mengenal.”


Ucapan Obama cuba menunjukkan dia ingin menunjukkan kelainannya dari presiden2 amerika yang lepas. Dia cuba membina hubungan yang baru dengan dunia Islam dan cuba mencari simpati masyarakat Islam terhadap Amerika.


Kenyataan rasmi ikhwanul Muslimin terhadap ucapan Obama


Pada hari Sabtu 6 JUN laman web Ikhanul Muslimin telah mengeluarkan kenyataan rasminya terhadap ucapan obama. Secara ringkasnya ada lima point dalam kenyataan tersebut seperti berikut:


1. Sesungguhnya prinsip-prinsip umum yang disebut oleh Presiden Obama di dalam ucapannya seperti hak-hak kemanusian, perlunya ada perbincangan secara terhormat dan saling mempercayai dan yang lain-lain adalah perkara yang tidak ditolak oleh sesiapa pun.


2. Sesungguhnya ungkapan-ungkapan emosi dan bahasa diplomasi yang digunakan obama tidak merealisasikan keadilan dan tidak mengembalikan hak orang Islam yang telah rampas di Palestin, Iraq, Afghanistan, Pakistan dan lain-lain negara Islam yang telah ditumpahkan darah orang Islam siang dan malam. Dimana ini adalah perancangan dan tipudaya dari kerajaan Amerika.


3. Kenyataan Obama yang menyatakan dokongan yang berterusan kepada orang Yahudi di palestin untuk mendapat keamanan dan menyatakan pejuang palestin tidak berhak untuk melawan penjajah zionis, menyamakan perampas dan orang yang dirampas haknya dan menyamakan pembunuh dan mangsa bunuh adalah menunjukkan bahwa obama menjejaki jalan Presiden2 amerika yang terdahulu.


4. Ucapannya yang panjang tentang masalah ekonomi, pengangguran, perlunya beri peluang kerja kepada pemuda-pemuda dan sebagainya adalah satu ucapan umum yang perlu kepada pemulihan politik sebenar. Adapun ucapannya tentang hak2 wanita dan pendidikan, ini adalah perkara yang telah diketahui oleh umat Islam melalui nilai2 dan prinsip Islam yang agung.


5. Cubaan untuk memujuk hati dan perasaan orang Islam dengan ayat-ayat al-Quran yang dibacanya, menyebut peristiwa dalam sejarah Islam, ucapannya tentang nilai-nilai toleransi, dan tamadun Islam yang memberi saham kepada kebangkitan serta kemajuan manusia tidak akan berjaya untuk mencapai tujuan disebalik ucapan tersebut. Ia tidak dapat menawan hati orang Arab dan orang Islam. Ini hanya keran satu perubahan kecil dari segi cara yang digunakan Amerika, sedangkan penggunaan jentera ketenteraan masih lagi berterusan di Afghanistan dan Pakista. Lebih-lebih lagi penjajahan terhadap Iraq masih lagi berterusan.


6. Ucapannya tentang seruan kepada demokrasi yang perlu ada di dalam Negara Arab dan Islam sedangkan dia memajamkan matanya terhadap kerajaan diktator dan sistem yang zalim yang berlaku diluar Negara2 Islam.


Oleh kerana yang demikian Ikhwanul Muslimin menganggap ucapan Ini hanya sekadar kempen untuk memulihkan hubungan yang membuang masa. Amerika cuba untuk mencantikkan rupa amerika yang dikotori dengan kezaliman, peperangan, jenayah permusuhan dan menumpah darah umat arab dan Islam diserata dunia terutama di Palestin.


Kesimpulan: Diatas adalah rumusan yang boleh didapati dari kenyataan rasmi ikhanul Muslimin. Bagi penulis, sepatutnya ke tiga ayat al-Quran tadi lebih terkena batang hidung Obama dan kerajaan Amerika. Ini kerana pertumpahan darah masih lagi berlaku di Iraq dan Afghanistan. Amerika hendaklah keluar dari Negara Islam itu demi untuk mereliasikan ucapan Obama. Amerika juga perlu mencabut senjata Nuklear Israel sebelum menyentuh projek Nuklear Iran. UMAT ISLAM INGINKAN PERLAKSANAAN BUKAN SEKADAR UCAPAN.

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails