CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sabtu, 20 Jun 2009

ADAPTASI KALIMAH BISMILLAH BUAT KEKASIH


Sayang
Nabi Muhammad s.a.w bersabda
"Tiada seorang hamba pun menggucapkan Bismillah
KECUALI
Allah perintahkan malaikat yang bertugas
Mencatat amal manusia untuk dicatatkan
Ke dalam buku induknya 400 kebaikan"

Sayang
Bacalah bismillah 21 kali
Kala tidurmu setiap hari
Maka kau akan aman
Tiada gangguan syaitan
Tiada kecurian
Dijauhi bala
Dihindari maut mendadak

Sayang
Amalkan Bismillah setiap kali
Ketika jimak halal kita
Nescaya bakal lahir
Zuriat kita yang soleh
Cerdik dan terbuka hatinya
Agar kita menerima kebajikan
Setiap hela nafasnya

Sayang
Disamping kita berkerja
Jangan lupa amalkan
Bacalah Bismillah 313 kali
Berselawat atas Rasullullah 100 kali
Sebaiknya disetiap pagi Ahad
Disaat mentari terbit
Mengadaplah ke Kiblat
Nescaya Allah memberi rezeki
Tiada terduga oleh kita
Bersama fadhal dan kemurahan-Nya

Sayang
Bacalah Bismillah 786 kali
Tiuplah ke air
Berikan cahayamata kita minum
Pada setiap matahari terbit
Bacalah selama 7hari berturut
Nescaya hilanglah bebalnya
Mudahlah akan ia menghafal apa yang pelajari

Sayang
Bacalah Bismillah sekiranya kau gentar
Kalamana kau berhadapan dengan orang bengis
Bacalah 50kali dihadapannya
InsyaAllah dia akan tunduk padamu
Mungkin ia akan takut padamu

Sayang
Amalkan Bacaan Bismillah
Pada bila-bila masa
Disetiap memulakan sesuatu perkara
Ajarilah zuriat kita
Ajarilah muridmu
Agar mereka beramal
Yakin kita pada Allah

Selasa, 16 Jun 2009

Ideologi Kamal Atartuk Di Turki

deologi Kamal Atartuk Di Turki

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tie dan topi (sesuai dengan kehendak barat)
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden"
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan
10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara Islam
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Menganggap dirinya Tuhan sama seperti Firaun.

Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?". Oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan". Beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

KEMATIAN KAMAL ATARTUK YANG MENYEKSAKAN

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah:
1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung
3. Penyakit darah tinggi
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam.

Pembantu-pembantuny a juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau. Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk. Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang! Pada 26 September 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya .

Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (saya tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya) . Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama Etna Grafi (kalau tak silap dengar) Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).

Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan mar-mar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu mar-mar.

Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!"

Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

Sabtu, 13 Jun 2009

hayatilah cerita ini

1. Yunus bin Abi Syabib berkata:

“Aku melihat Umar bin Abdul Aziz tawaf di sekeliling ka’bah dalam keadaan tali pinggangnya tenggelam dalam lipatan perutnya kerna gemuknya. Ini sebelum beliau menjadi khalifah. Setelah mana beliau menjadi Khalifah, kalau aku hendak aku boleh menghitung bilangan tulang rusuknya tanpa aku menyentuhnya , pasti aku boleh melakukannya.”

Komen: Ini kerana kepimpinan bukan kemuliaan tetapi suatu amanah yang berat. Ini benar2 dihayati oleh Umar sehingga jawatan menyebabkan dia kurus. Bukannya seperti kebanyakan pimpinan sekarang yang menyebabkan jawatan pimpinan menjadi rebutan dan jambatan untuk menuju kemewahan. Kita lihat bagaimana putera raja yang hidupnya semakin lama semakin mewah. Berikut potongan berita tersebut:

"Sebuah pesawat gergasi Airbus A380 yang berharga £300 juta (RM1.68 bilion) direka khas untuk seorang kerabat diraja dari Asia Barat, lapor sebuah akhbar semalam.

Namun, apabila pengubahsuaian pesawat itu siap tiga tahun lagi, ia bakal menjadi jet peribadi terbesar di dunia."


2.Khalifah Abu Ja’far bin Mansur telah bertanya kepada anak Umar bin Abdul Aziz “Berapakah banyak wang simpanan Umar ketika beliau mula-mula memegang jawatan khalifah?”

Anaknya menjawab “40 ribu dinar (wang emas).”

Abu Ja’far bertanya lagi “Berapa pula ketika beliau wafat?”

Anaknya menjawab “ 4 ratus dinar, kalau dia panjang umur lagi pastilah semakin berkurangan.”

Umar memegang jawatan Khalifah bukannya untuk menghimpun duit. Ini kerana keseronokan menghimpun duit boleh melalaikan seorang dari menjalankan kewajipan agamanya. Firman Allah swt:

ألهاكم التكاثر . حتى زرتم المقابر

“Perbuatan kamu yang saling berbangga dengan harta itu melalaikan kamu dari ketaatan dan bersedia untuk keakhirat.sehinggalah kamu mati dan ditanam di kubur.” (1-2 at-Takasur)

Kita lihat bagaimana pemimpin di zaman sekarang, walaupun gaji sudah banyak tetapi ia tidak membuatkan pemimpin itu puas. Lihat sahaja seorang menteri di Britain yang meminta perbelanjaan yang melampau dengan mengorbankan duit rakyat. Menteri Kehakiman, Shahid Malik digantung tugas kerana membuat tuntutan perumahan lebih AS$98,000 (RM347,841) dalam tempoh tiga tahun.

3. Maslamah bin Malik berkata:

Aku telah menziarahi Umar bin Abdul Aziz ketika beliau sakit dan aku dapati bajunya kotor. Aku berkata kepada isterinnya Fatimah “Hai Fatimah basuhlah baju Amirul Mukminin.” Jawab Fatimah “Aku basuh insyaAllah.”

Apabila aku menziarahinya semula aku dapati bajunya masih lagi kotor. Aku pun berkata “Hai Fatimah, bukankah aku telah menyuruhmu membasuh baju Amirul Mukminin. Sesungguhnya manusia menziarahinya.” Fatimah menjawab “Demi Allah, bajunya hanya ada satu.”

Komen: Beliau hanya mempunyai sehelai baju. Namun pemimpin sekarang bertukar kenderaan seperti tukar baju. Rakyat menderita tidak ada rumah dan perlindungan tetapi mereka sibuk bincang pasal hendak tukar kenderaan. Baru sahaja naik jadi exco sudah tukar kereta dan rumah mewah. Pemimpin yang jahat pada zaman ini sibuk dengan makan duit rakyat, adapun pemimpin yang dianggap baik sibuk dengan masalah ekonomi dan menjadikannya masalah utama. Kurang sibuk tentang hukum Allah yg diabaikan, kemaksiatan berleluasa, kejahilan rakyat terhadap agama dan perkara yang berkait dengan pembangunan ruh.

4. Amru bin Muhajir telah menyebut:

“Sesungguhnya Umar bin Abdul Aziz menyalakan pelita kerajaan hanya untuk urusan orang-orang Islam. Apabila telah selesai urusan tersebut beliau akan memadamnya dan menggunakan pelitanya sendiri.”

Komen: Penyalahgunaan wang rakyat terjadi dimana-mana. Saya memperingatkan diri saya dan pemegang amanah rakyat walaupun dalam lingkungan yg sedikit supaya tidak menyalahgunakan amanah. Lihat orang yang yang telah mati dalam peperangan. Para sahabat menyatakan dia syahid. Namun Rasulullah saw bersabda:

كلا إني رأيته في النار في بردة غلها

“Dia tidak sama sekali mendapat pahala syahid. Sesungguhnya aku melihatnya berada di dalam neraka kerana sehelai selimut yang dia khianati.” (Hr Muslim)

5. Suatu hari Umar bin Abdul Aziz berkata kepada isterinya “Wahai Fatimah, adakah engkau mempunyai duit dirham(perak) untuk aku membeli anggur?” Isterinya menjawab “Tidak ada.” Umar bertanya lagi “Engkau ada duit fulus (tembaga)?” Fatimah menjawab “Tidak ada.” Fatimah mengadap suaminya , seraya berkata “Engkau adalah amirul mukminin tetapi tidak ada duit langsung untuk membeli anggur.” Umar menjawab:

هذا أهون علينا معالجة الأغلال غدا في جهنم

“Perkara ini lebih mudah untuk kita hadapi daripada menghadapi belenggu di neraka jahannam pada hari kiamat kelak.”

Komen: Umar tidak ada elau makanan dan sebagainya. Tetapi kita lihat bagaimana satu ketika bagaimana elaun hari raya untuk menteri, exco dan wakil rakyat bernilai 250,000 setahun di sebuah negeri di Malaysia. Umar hendak menjamah anggur pun tiada duit. Pemimpin sekarang segala2nya ada elaun. Ini adalah penyalah gunaan wang rakyat. Wang inilah yang boleh menghancurkan bangsa disebabkan perebutan, rasuah, kes jenayah dan sebagainya. Semuanya berpunca dari wang. Nabi saw bersabda:

لكل أمة فتنة وفتنة أمتي المال

“Setiap ummatk mempunyai fitnah yang boleh merosakkan mereka. Fitnah umatku adalah harta.” Hr Tirmizi

Ya Allah selamatkan kami dari fitnah harta

Kesimpulan: Dizaman pemerintahan beliaulah sejarah Islam tercipta, bagaimana tidak seorang pun yang layak menerima zakat kerana rakyatnya sudah senang belaka.

Rujukan: al-Malul Am wa Ahkamuhu Fil Feqhil Islam oleh Muhammad Said al-Baghdadi dan laman akbar di internet.



Barack Obama telah menyampaikan ucapan yang ditujukan kepada masyarakat Islam sedunia pada hari khamis 4 jun. Beliau yang sampai di mesir pukul 9.10 pagi dan meninggalkan mesir pada pukul 6 petang telah memberi ucapan selama 45 minit di universiti Kaherah (cairo universiti).


Beri Salam dan baca ayat al-Quran


Beliau memberi salam setelah masuk ke dalam dewan. Sepanjang ucapannya beliau telah membaca tiga potong ayat al-Quran:


1. ayat 70 surah al-Ahzab:


يأيها الذين أمنوا اتقوا الله وقولوا قولا سديدا


“Wahai orang-orang beriman hendaklah kamu bertakwa kepada Allah dan berkatalah dengan kata yang benar.”


2. Ayat 32 Surah al-Maidah:


من قتل نفسا بغير نفس فكأنما قتل الناس جميعا


“Sesiapa yang membunuh seseorang bukan kerana dia yang membunuh orang yang lain; seolah-olah telah membunuh semua manusia.”


3. Ayat 13 surah al-Hujurat:


يأيها الناس إنا خلقناكم من ذكر وأنثى وجعلناكم شعوبا وقبائل لتعارفوا


“Wahai manusia sesungguhnya kami mencipta kamu terdiri dari lelaki dan perempuan, dan kami jadikan kamu terdiri dari berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu saling mengenal.”


Ucapan Obama cuba menunjukkan dia ingin menunjukkan kelainannya dari presiden2 amerika yang lepas. Dia cuba membina hubungan yang baru dengan dunia Islam dan cuba mencari simpati masyarakat Islam terhadap Amerika.


Kenyataan rasmi ikhwanul Muslimin terhadap ucapan Obama


Pada hari Sabtu 6 JUN laman web Ikhanul Muslimin telah mengeluarkan kenyataan rasminya terhadap ucapan obama. Secara ringkasnya ada lima point dalam kenyataan tersebut seperti berikut:


1. Sesungguhnya prinsip-prinsip umum yang disebut oleh Presiden Obama di dalam ucapannya seperti hak-hak kemanusian, perlunya ada perbincangan secara terhormat dan saling mempercayai dan yang lain-lain adalah perkara yang tidak ditolak oleh sesiapa pun.


2. Sesungguhnya ungkapan-ungkapan emosi dan bahasa diplomasi yang digunakan obama tidak merealisasikan keadilan dan tidak mengembalikan hak orang Islam yang telah rampas di Palestin, Iraq, Afghanistan, Pakistan dan lain-lain negara Islam yang telah ditumpahkan darah orang Islam siang dan malam. Dimana ini adalah perancangan dan tipudaya dari kerajaan Amerika.


3. Kenyataan Obama yang menyatakan dokongan yang berterusan kepada orang Yahudi di palestin untuk mendapat keamanan dan menyatakan pejuang palestin tidak berhak untuk melawan penjajah zionis, menyamakan perampas dan orang yang dirampas haknya dan menyamakan pembunuh dan mangsa bunuh adalah menunjukkan bahwa obama menjejaki jalan Presiden2 amerika yang terdahulu.


4. Ucapannya yang panjang tentang masalah ekonomi, pengangguran, perlunya beri peluang kerja kepada pemuda-pemuda dan sebagainya adalah satu ucapan umum yang perlu kepada pemulihan politik sebenar. Adapun ucapannya tentang hak2 wanita dan pendidikan, ini adalah perkara yang telah diketahui oleh umat Islam melalui nilai2 dan prinsip Islam yang agung.


5. Cubaan untuk memujuk hati dan perasaan orang Islam dengan ayat-ayat al-Quran yang dibacanya, menyebut peristiwa dalam sejarah Islam, ucapannya tentang nilai-nilai toleransi, dan tamadun Islam yang memberi saham kepada kebangkitan serta kemajuan manusia tidak akan berjaya untuk mencapai tujuan disebalik ucapan tersebut. Ia tidak dapat menawan hati orang Arab dan orang Islam. Ini hanya keran satu perubahan kecil dari segi cara yang digunakan Amerika, sedangkan penggunaan jentera ketenteraan masih lagi berterusan di Afghanistan dan Pakista. Lebih-lebih lagi penjajahan terhadap Iraq masih lagi berterusan.


6. Ucapannya tentang seruan kepada demokrasi yang perlu ada di dalam Negara Arab dan Islam sedangkan dia memajamkan matanya terhadap kerajaan diktator dan sistem yang zalim yang berlaku diluar Negara2 Islam.


Oleh kerana yang demikian Ikhwanul Muslimin menganggap ucapan Ini hanya sekadar kempen untuk memulihkan hubungan yang membuang masa. Amerika cuba untuk mencantikkan rupa amerika yang dikotori dengan kezaliman, peperangan, jenayah permusuhan dan menumpah darah umat arab dan Islam diserata dunia terutama di Palestin.


Kesimpulan: Diatas adalah rumusan yang boleh didapati dari kenyataan rasmi ikhanul Muslimin. Bagi penulis, sepatutnya ke tiga ayat al-Quran tadi lebih terkena batang hidung Obama dan kerajaan Amerika. Ini kerana pertumpahan darah masih lagi berlaku di Iraq dan Afghanistan. Amerika hendaklah keluar dari Negara Islam itu demi untuk mereliasikan ucapan Obama. Amerika juga perlu mencabut senjata Nuklear Israel sebelum menyentuh projek Nuklear Iran. UMAT ISLAM INGINKAN PERLAKSANAAN BUKAN SEKADAR UCAPAN.

Rabu, 10 Jun 2009

AWAS SMS BERUNSUR FITNAH







Awas kepada semua saudara, sms berunsur fitnah tersebar dikalangan kita berhati-hati jika sms yang memecah belah sesama islam

Khamis, 4 Jun 2009

PUASA DAN KEIKHLASAN

Puasa banyak mendidik kita soal keikhlasan. Seseorang mungkin bersolat secara tidak ikhlas atau ingin menunjuk. Namun, sukar untuk orang yang berpuasa secara benar tanpa keikhlasan atau ingin menunjuk.

Jika tidak ikhlas tentu dia akan berbuka ketika orang lain tidak nampak. Namun jika dia berpuasa sepanjang hari dengan tidak merosakkannya, tanpa paksaan, dia mempunyai kejujuran.

Maka dalam hadis kudsi, Allah berfirman: Semua amalan anak Adam untuknya, melainkan puasa. Ianya untuk-Ku dan hanya Aku yang membalasnya (riwayat al-Bukhari).

Puasa mampu mendidik kita jujur dan ikhlas. Namun, ikhlas walaupun ringan di lidah, amat berat untuk penghayatan. Betapa ramai yang menyebut saya ikhlas, namun dia belum tentu ikhlas. Jika semangat puasa tidak dibawa keluar mengiringi kita di luar Ramadan, pastilah nilai-nilai hipokrit memenuhi ruang kehidupan kita.

Pada akhir Ramadan baru-baru ini saya menyertai Raja Muda Perlis dan Menteri Besar Perlis bersama rombongan melawat kem-kem tentera kita di sempadan Sarawak-Indonesia. Ini adalah acara tahunan bulan Ramadan kepimpinan negeri Perlis. Sebelum ini banyak tertumpu di Sabah.

Program tersebut selain menghulurkan bantuan, juga bertujuan menggambarkan rasa prihatin serta menimbulkan keinsafan kepada ahli rombongan terhadap pengorbanan angkatan tentera. Mereka telah hidup dalam keadaan yang sukar bagi membolehkan orang lain hidup tenteram.

Demikian sifat setiap pejuang. Mereka rela berkorban dan terkorban demi memastikan kebaikan diperoleh oleh orang lain.

Melihat mereka, saya insaf. Mereka merentasi hidup sepanjang hari dalam keadaan yang tidak selesa. Meninggalkan keluarga dan kemeriahan hidup di tengah desa atau kota. Sedangkan ramai yang di luar sana bergembira dan berpesta sehingga terlupa mengingati pengorbanan mereka. Atau seakan berasa keamanan yang dikecapi adalah percuma yang terhasil kerana duit dan harta.

Padahal mereka lupa atau sengaja melupakan bahawa di sana ada insan-insan yang bertarung nyawa untuk membayar harga keamanan ini. Sebab itu untuk para perajurit, jika mereka berjuang untuk gaji bulanan semata, itu satu kesilapan kerana jumlah gaji seperti mereka boleh diperoleh tanpa perlu mengorban kesenangan dan nyawa sedemikian rupa. Jika mereka berjuang untuk dikenang, mereka juga silap.

Manusia sebenarnya ramai yang tidak mengenang budi. Bukan sekadar seorang tentera, pemimpin ternama lagi berjasa pun, jika hilang kuasa, ramai yang akan lupa. Harta dan kerakusan hidup lebih bermaharajalela Apa yang hendak dihairankan jika manusia melupai jasa sesama manusia, sedangkan kepada Allah pun ramai tidak bersyukur kepada-Nya.

Firman Allah: (maksudnya) Dan sesungguhnya Tuhanmu (Wahai Muhammad) sentiasa melimpah-ruah kurnia-Nya kepada umat manusia tetapi kebanyakan mereka tidak bersyukur. (Surah al-Naml: 73).

Jasa

Sebab itu sesiapa yang berbuat jasa agar tidak dilupai, dia mungkin kecewa pada akhir hayatnya. Namun yang berbuat jasa kerana Allah Yang Maha Esa lalu mengharapkan ganjaran-Nya tidak akan merana jiwa. Biarlah manusia melupakan, namun Tuhan tidak pernah mengecewakan hamba-hamba-Nya yang jujur. Maka seorang pejuang mestilah terlebih dahulu membetulkan titik tolak ini dalam hidupnya.

Nabi s.a.w. apabila ditanya: “Seseorang yang berperang untuk mendapatkan harta rampasan, seseorang yang berperang agar dipuji dan seseorang yang berperang untuk memperlihatkan kehebatannya, siapakah di antara mereka yang berada di jalan Allah?” Rasulullah menjawab: Sesiapa yang berperang untuk meninggikan kalimah Allah (tertegak), maka dia berada di jalan Allah.(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Jika titik tolak ini tidak dibetulkan, hidup kita akan dipenuhi kekecewaan. Seperti seorang ibu atau bapa jika dia membesarkan anak hanya kerana inginkan jasa dikenang, tentu dia akan kecewa, jika yang berlaku sebaliknya. Namun, jika pada awal lagi dia merasakan membesarkan anak dengan penuh tanggungjawab adalah perintah Allah yang mesti ditunaikan, maka apa pun yang berlaku, perasaan kecewa dapat diringankan. Walaupun tidak dinafikan perasaan keinsanan itu tetap akan mengguris kalbu. Namun mengingati keadilan Allah dapat merubat jiwa yang parah.

Justeru, bagi para pejuang umat, atau pemberi sumbangan jasa kepada umat manusia, ubat paling utama untuk dibekalkan dalam jiwa adalah keikhlasan dengan mengharapkan pahala dari Allah dalam semua gerak kerja. Jika tidak kita akan menjadi seperti ulama-ulama pengampu yang berjuang untuk pangkat, nama dan perdampingan dengan orang besar.

Apabila semua itu hilang, bicara kekecewaan kedengaran. Mereka bagaikan ‘kupang temaga’ yang tidak ingin dikutip oleh sesiapa, kerana agenda mereka adalah keredaan manusia. Jika ada yang mempunyai nilai hipokrit yang sama, mungkin mereka mempunyai ruang berkongsi kepentingan.

Demikian juga orang-orang politik, yang kecewa kerana jasa mereka tidak disebut orang. Mereka membawa hati yang gundah dan resah. Jika mereka menjadikan seluruh perjuangan itu ibadat kepada Allah, pasti mereka tidak akan kecewa terhadap Allah.

Firman Allah: (maksudnya)Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah agama yang benar (surah al-Baiyyinah: 5).

Firman-Nya juga: (maksudnya) Dan katakanlah (Wahai Muhammad): Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia menerangkan kepada kamu apa Yang kamu telah kerjakan.(Surah al-Taubah: 105).

Perjuangan pula selalu menuntut pengorbanan. Tanpa pengorbanan tidak dinamakan perjuangan. Maka bagi saya, wakil- wakil rakyat yang menjadikan kerusi mereka untuk menambahkan kekayaan tidak layak mendabik dada pada hari kemerdekaan sebagai pejuang rakyat. Para pejuang melakukan agenda perjuangan tanpa kepentingan.

Saya menghormati usaha Menteri Besar Perlis apabila mengumpulkan ribuan rakyat saban malam pada bulan Ramadan dan mengajar mereka agar membetulkan solat dan kefahaman agama. Itu sebagai agenda utama tahun ini. Saban malam saya terpaksa berceramah untuk puluhan ribu rakyat Perlis dan luar Perlis sejak awal Ramadan sehingga ke akhirnya.

Mereka diberikan sumbangan namun terlebih dahulu mestilah mendengar penjelasan mengenai hakikat Islam. Membetulkan solat sekalian rakyat, tidak memberikan faedah kewangan dan politik. Namun ia mempunyai nilai besar di sisi Allah. Jika ada pemimpin politik yang memikir soal solat dan kefahaman agama rakyatnya, ini amat dihargai di zaman ini.

Orang politik jika semua gerak kerja hanya memikirkan kepentingan pilihan raya, maka rakyat akan rosak. Mereka mungkin mengutamakan perkara yang tidak utama dan membelakangkan perkara yang utama hanya kerana politik pilihan raya. Itu bukan perjuangan rakyat dan umat, sebaliknya perjuangan politik kepartian atau peribadi. Bukan politik untuk rakyat, tetapi rakyat dipolitik untuk kepentingan sendiri.

Sama juga, tanpa kejujuran niat, maki hamun orang semasa kempen politik pun dibuat atas nama agama. Saya pernah bertanya mereka yang bermazhab ’suka memaki orang apabila berceramah’: Jika Rasulullah masih hidup dan melihat anda berceramah politik agama seperti ini, adakah anda rasa baginda bangga dan memuji makian anda? Atau baginda akan berkata: Ini bukan caraku.

Dalam hadis al-Imam al-Bukhari daripada Anas bin Malik katanya: “Bukanlah Nabi s.a.w. itu seorang pemaki orang, tidak juga seorang pengucap kekejian dan bukan seorang pelaknat orang lain.”

Namun apabila kepentingan mengatasi kejujuran, agama yang murni dijadikan sandaran untuk cercaan.

Perjuangan umat hendaklah bebas dari ini semua. Perjuangan adalah ketulusan dalam melakukan pengorbanan. Dalam bulan Ramadan yang baru dua hari kita meninggalkannya, banyak mendidik kita erti perjuangan. Malangnya, belum pun Ramadan bermula, media dan iklan mengajak kita beriang-ria pada hari raya. Seakan pemergian Ramadan begitu diharapkan.

Maka masyarakat lebih sibuk bersiap menyambut hari raya dari bersiap memenuhi erti Ramadan. Memang benar hari raya adalah hari kegembiraan. Namun ia datang setelah kita merentasi Ramadan dengan kejayaan.

Kita merayakan hari raya atas arahan Allah: (maksudnya) Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan, maka hendaklah dia berpuasa dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (dengan ketetapan yang demikian itu) Allah mengehendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak mengehendaki kamu menanggung kesukaran. dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya dan supaya kamu bersyukur. (Surah al-Baqarah: 185).

Maka hari raya hari membesarkan Allah dan hari kegembiraan. Orang bukan Islam boleh berkongsi kegembiraan dengan kaum muslimin, tetapi bukan berkongsi hakikat hari raya yang merupakan syiar dan perintah ibadah agama kepada kita.

Kekuatan

Nabi bersolat hari raya di tanah lapang seperti disebut dalam hadis-hadis. Supaya memperlihatkan syiar kekuatan dan kemenangan buat umat ini. Justeru itu, semua insan muslim disuruh menghadiri perhimpunan solat hari raya baginda, termasuk anak dara dan wanita haid.

Kata Umm Atiyyah: “Rasulullah memerintahkan kami (kaum wanita) keluar pada hari raya fitri dan adha; termasuk para gadis, wanita haid, anak dara sunti. Adapun mereka yang haid tidak menunaikan solat tetapi menyertai kebaikan dan seruan kaum muslimin.” (riwayat al-Bukhari).

Inilah kebaikan solat di tanah lapang. Membolehkan semua pihak menyertai dan lebih meriah serta menggambarkan kekuatan hubungan dan perpaduan kaum muslimin. Namun apabila kita yang meninggalkan sunah ini, ramailah yang tidak dapat menyertai perhimpunan hari raya yang penting itu terutamanya kaum wanita. Satu perkara yang patut diberikan perhatian, hari raya kita selalu digambarkan dengan hari kesedihan bukan kemenangan. Media hiburan turut menggembar-gemburkan keadaan itu.

Maka hari raya asyik dikaitkan dengan air mata. Memang, kesedihan kadangkala hadir tanpa diduga. Atau keadaan tertentu menyebabkan kesedihan. Namun mewujudkan suasana dan irama sedih tidak sepatutnya disengajakan dalam menyambut hari raya. Sehingga takbir pun dengan nada kesedihan. Sepatutnya dengan nada yang bersemangat kemenangan.

Peperangan Badar adalah peristiwa penting bulan Ramadan. Tiga ratus tiga belas atau beberapa – ahli sejarah berbeza pendapat – tentera muslimin dapat mengalahkan seribu lebih tentera musyrikin. Namun saya suka melihat di sudut yang lain.

Dalam peperangan Allah menyebut: (maksudnya): (ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhan kamu, lalu ia perkenankan permohonan kamu: Sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan seribu (bala tentera) dari malaikat yang datang berturut-turut.(Surah al-Anfal: 9).

Cubalah bayangkan jika 1,000 malaikat bertempur dengan 1,000 tentera musyrikin. Berapa ramai tentera musyrikin yang akan maut? Sudah pasti kesemua mereka. Bahkan akar umbi tentera mereka di Mekah juga akan hancur. Namun hal ini tidak berlaku. Empat belas tentera muslimin syahid, 70 tentera Quraisy mati dan 70 ditawan. Sebabnya, kedatangan malaikat adalah bagi memberikan ketenangan dan bantuan memastikan kemenangan. Namun kemenangan hakiki tidak berlaku secara percuma. Pertolongan Allah disukat dengan kadar kesungguhan dan usaha.

Kemenangan yang diberikan Allah mestilah berlaku dengan usaha orang Islam sendiri. Jika itulah peristiwa Badar yang Nabi dan malaikat turut serta, tidak diberikan kemenangan percuma melainkan dengan usaha dan pengorbanan. Adakah umat Islam hari ini boleh memartabatkan kembali maruah umat dengan hanya mengeluarkan air jampi atau berdoa semata tanpa usaha pada tahap yang dituntut? Ini mustahil.

Firman Allah: (maksudnya) Wahai orang- orang yang beriman, kalau kamu menolong (agama) Allah nescaya Allah menolong kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.(Surah Muhammad: 7).

Oleh kerana kita tidak menolong agama Allah dalam erti kata yang sebenar, maka kita tidak ditolong dalam mencapai kemenangan.copy dan paste dari http://drmaza.com

Related Posts with Thumbnails