CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Isnin, 27 Julai 2009

KEMANA ARAH PERJUANGAN PEKIDA KINI....................PENING





Mengikut Malaysiakini, GMI akan menugaskan 1000 anggota Unit Amal untuk bertugas ketika himpunan MANSUH ISA. Pada masa yang sama PEKIDA yang merupakan 'budak suruhan UMNO' sudah mendapat sokongan Perkasa dan Persatuan Silat Lincah. Perkembangan ini dipercayai akan menjadikan Kuala Lumpur sebagai pertempuran ISA!.


Hebatnya perhimpunan itu nanti apabila laluan dan tempat berhimpun keduanya adalah berdekatan. Apa yang tidak hebatnya adalah masa perhimpunan terbabit tidak sama. Jika tidak, tentu hebat dan lagi menarik himpunan itu!.

Apa yang menarik perhatian aku adalah berapa ramai puak-puak pencacai UMNO dari PEKIDA yang akan datang untuk menyokong ISA yang jelas tidak mengikut syarak. Himpunan-himpunan UMNO biasanya tidak akan sampai 1000 orang jika tidak dikerah dengan T-Shirt percuma, topi percuma, air kotak percuma, nasi bungkus percuma, wang saku beberapa ringgit dan juga beberapa janji-janji lain.

Ini jauh berlainan dengan hasrat dan kesungguhan penentang akta zalim ISA tersebut yang memang sudah maklum tiada apa yang percuma kecuali air dan gas pemedih mata. Jika bernasib lebih baik, dapat pukulan dan sepakan percuma. Itu belum dikira yang dapat makan percuma dalam lokap.

Apapun, sama-sama kita nantikan perkembangan ini yang semakin menarik. Menarik kerana ini himpunan raksasa pertama selepas Najib jadi PM. Himpunan pertama selepas Hishamudin jadi Menteri Dalam Negeri yang sebelum ini ditentang Himpunan Mansuh PPSMI ketika Hisham menjadi Menteri Pendidikan. Ini lebih menarik! Sudah tentu Hishamudin tidak mahu dia sentiasa tidak glamour dengan dibantah dengan himpunan demi himpunan!!

Aku sudah tidak sabar untuk turun ke KL! KL menjeritlahhhh. Mansuhkanlah ISAA!!!
Petikan dari http://amdang81.blogspot.com/




KOMEN
Apakah perjuangan Sebenar PEKIDA, adakah PEKIDA akan terlibat dengan isu-isu politik, adakah isu ISA akan menyelamatkan atau menegakan perjuangan PEKIDA didalam Pertubuhan PEKIDA ahlinya terdiri dari berbagai parti. Jika PEKIDA terlibat dalam isu ISA ini berarti PEKIDA telah lari jauh dari perjuangan dasar PEKIDA. Ayahanda Jamaluddin harus berfikir lebih matang, tentang perjuangan sebenar. Individu terlibat secara sukarela itu hal lain. Jangan Pecahkan PEKIDA yang sedia maklum sudah berpecah sekarang.
TEPUK DADA TANYA HATI

Ahad, 26 Julai 2009





KUALA LUMPUR – Tindakkan segelintir penarik kereta menggunakan kekerasan s:eperti menarik dan memaksa mangsa keluar kereta serta mengugut seharusnya tidak berlaku.

:Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Kuala Lumpur, Roslan Dahaman berkata, tindakkan mereka menggunakan kekerasan harus dibanteras segera.

“Mereka sanggup bertindak di luar batas kemanusiaan sehingga menimbulkan ketakutan dan trauma kepada mangsa.

“Ada juga kes yang dilaporkan, mereka menarik wanita mengandung dari dalam kereta dan tindakan tersebut mengundang bahaya kandungan wanita tersebut,” katanya ketika ditemui di pejabatnya semalam.

Roslan berkata, polis seharusnya mengambil tindakan yang sewajarnya dan tidak berdiam diri sahaja apabila ada laporan yang dibuat oleh mangsa.

KOMEN

Kebanyakan Ahli 30 adalah penarik kereta, Jika mereka berhemah dan mempunyai ketertiban sebagai seorang Islam dan penegak AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR perkara ini tidak berlaku. Mereka yang mengambil kesempatan diatas pertubuhan ini untuk menjalankan aktiviti dengan sewenang-wenangnya. YA ALLAH kembalilah mereka-mereka ini kejalan yang benar. AMIN....................

Rabu, 22 Julai 2009





“PERJALANAN MALAM” (Isra’) yang ditempuh Nabi dari Mekah ke Baitulmaqdis dan “pengangkatan” (Mi‘raj) Baginda ke langit, pada hakikatnya, adalah dua tahap daripada satu pengalaman mistik, yang berlaku hampir setahun sebelum peristiwa hijrah ke Madinah (cf. Ibn Sa‘d 1/1, 143).


Menurut riwayat hadith yang terkenal – yang banyak dikutip dan dibincangkan oleh Ibn Kathir dalam huraiannya pada surah 17:1, dan Ibn Hajar dalam Fath al-Bari VII, 155 ff. – Rasulullah, yang ditemani Malaikat Jibril, mendapati dirinya dipindahkan dalam suatu malam ke tapak istana Nabi Sulaiman di Baitulmaqdis, di mana Baginda memimpin satu kelompok jemaah Nabi-Nabi terdahulu dalam solat; yang sebahagiannya ditemui semula di langit. Pengangkatan ini, secara khusus, sangat penting dari sudut pandangan teologi Islam justeru kerana dalam rangka pengalaman inilah solat lima waktu difardukan, dengan perintah Allah, sebagai sebahagian daripada ikatan aqidah Islam.
Memandangkan Nabi sendiri tidak memberikan sebarang penjelasan yang kukuh berkait dengan pengalaman ini, maka para pemikir Islam – termasuklah di kalangan Sahabat – sering berbeza pandangan tentang keadaannya yang sebenar. Majoriti para Sahabat berpendapat bahawa Isra’ dan Mi’raj ini kedua-duanya berlaku secara fizikal – dengan perkataan lain, Nabi telah dibawa dengan jasadnya ke Baitulmaqdis dan kemudian ke langit – manakala kalangan minoriti percaya bahawa ia hanya melalui pengalaman ruh. Dalam kalangan yang kecil ini, kita dapati, khasnya, ‘Aisyah, isteri Nabi dan sahabat yang paling dekat dengan Baginda dalam tahun-tahun kerasulan yang berikutnya, yang begitu positif mempertahankan pandangan bahawa “Baginda hanya dibawa dengan ruhnya sahaja (bi-ruhihi), sedangkan tubuhnya tidak meninggalkan tempatnya” (cf. Tabari, Zamakhshari dan Ibn Kathir dalam tafsiran mereka pada surah 17:1); Ulama besar Hasan al-Basri, yang lahir dalam generasi berikutnya, turut mendukung pandangan tersebut (ibid).
Dan berbeza dengan pendirian ini, ahli-ahli teologi Islam yang menegaskan bahawa Isra’ dan Mi’raj ini adalah pengalaman fizikal telah merujuk pada pandangan dan keyakinan majoriti para Sahabat – tanpa, bagaimanapun, berupaya untuk menunjukkan sebarang hadith yang dapat menjelaskan bahawa Nabi sendiri menyatakan demikian. Sebahagian sarjana Islam menekankan maksud ungkapan asra bi-‘abdihi (“Dia memindahkan hambanya di waktu malam”) yang tercatat dalam surah 17:1, dan percaya bahawa ungkapan ‘abd (“hamba”) itu menyerlahkan keadaan makhluk hidup yang sempurna, iaitu, gabungan jasad dan ruh.
Interpretasi ini, bagaimanapun, tidak mengambil kira kemungkinan bahawa ekspresi asra bi-‘abdihi hanya merujuk pada sifat keinsanan Nabi yang sejajar dengan maksud ayat-ayat al-Qur’an lain yang menjelaskan bahawa, Baginda, seperti Nabi-Nabi yang lain, hanyalah hamba Allah yang tidak kekal, dan tiada sebarang keupayaan ajaib. Ini, pada pandangan saya, telah dinyatakan sepenuhnya dalam penyataan akhir pada ayat di atas – “Sesungguhnya – Hanya Dia yang Maha Mendengar, Maha Melihat” – diikuti dengan penjelasan bahawa Nabi telah diperlihatkan ayat-ayat Allah (min ayatina), iaitu, disingkap sebahagian, namun tidak semua, dari kebenaran dan kenyataan sebenar daripada ciptaan Tuhan.
Hujah yang paling ampuh dan meyakinkan bagi mendukung tafsiran ruhaniyah dalam kedua-dua Isra’ dan Mi’raj ini dijelaskan dalam pernyataan simbolik hadith sahih mengenai dua pengalaman ini: tafsiran, yang dilakarkan secara sangat simbolik yang tidak memungkinkan ia difahami secara literal, iaitu dalam bentuk “fizikal”. Justeru, sebagai contoh, Rasulullah mengungkapkan apa yang ditemuinya di Baitulmaqdis, dan seterusnya di langit, beberapa Nabi terawal, yang mana semuanya tanpa ragu telah pun wafat di kurun yang lampau.
Menurut sebuah riwayat hadith (yang dikeluarkan oleh Ibn Kathir daripada riwayat Anas, Baginda menziarahi Nabi Musa di kuburnya, dan mendapatinya sedang bersembahyang. Dalam hadith yang lain, juga dari riwayat Anas (cf. Fath al-Bari VII, 185), Nabi menggambarkan bagaimana, dalam Perjalanan Malamnya, Baginda bertemu dengan seorang perempuan tua, dan ketika itu diberitahu oleh Jibril, “Perempuan tua ini adalah dunia yang fana’ (ad-dunya)”. Dalam riwayat hadith yang lain, dari Abu Hurairah (ibid.), Nabi “melintasi sekumpulan manusia yang sedang menyemai dan mengetam padi, dan setiap kali mereka selesai menuai, [pucuknya] tumbuh semula. Jibril berkata, ‘Mereka ini adalah pejuang di jalan Allah (al-mujahidun).’
Kemudian mereka melintasi sekumpulan manusia yang kepalanya hancur dimusnahkan batu; setiap kali berkecai, ia kembali bulat seperti sediakala. [Jibril] berkata, ‘Ini adalah kalangan yang kepalanya keras tidak mengendahkan sembahyang.’…Kemudian mereka melalui sekelompok manusia yang menghadam daging mentah yang busuk, dan melemparkan daging yang enak dan baik. [Jibril] berkata: ‘Ini adalah golongan penzina.’
Dalam sebuah hadith yang sangat masyhur tentang mi‘raj (dikeluarkan oleh Bukhari) Nabi mengungkapkan kisahnya dengan berkata: “Ketika aku sedang berbaring di atas tanah di sebelah Kaabah [lit., “dalam linkungan hijr”], nah! tiba-tiba datang Malaikat menghampiriku, dan membedah dadaku lalu mengeluarkan hatiku. Dan kemudian bejana emas penuh dengan iman dibawa kepadaku, dan hatiku dibasuh [di dalamnya] dan dipenuhi [dengannya]; kemudian ia ditempatkan semula ke kedudukan asalnya…” Memandangkan “iman” adalah konsep yang abstrak, jelas bahawa Nabi menanggapi persiapan sebelum Mi‘raj ini – termasuk Mi‘raj, dan perjalanan Malam ke Baitulmaqdis – seluruhnya adalah pengalaman ruhiyyah.
Walaupun tiada hujah kukuh untuk meyakini bahawa Perjalanan Malam ke Baitulmaqdis berlaku dengan “jasad”, namun, tiada alasan untuk meragui kebenaran dan realitinya. Ahli teologi Islam yang terawal, yang tidak difikirkan mereka menguasai ilmu jiwa atau psikologi dengan sempurna, telah memutuskan dua alternatif: sama ada ia berlaku dengan fizikal atau sekadar mimpi. Oleh kerana mereka merasakan – dan benarlah – bahawa peristiwa yang menakjubkan ini akan hilang kehebatannya jika dizahirkan dalam alam mimpi, maka mereka berusaha untuk menginterpretasinya dalam pengertian fizikal dan mempertahankan hujah dan pandangan ini dari semua interpretasi lain, seperti yang telah diutarakan oleh ‘A’isyah atau Al-Hasan al-Basri.
Mutakhir ini, bagaimanapun, kita telah mendapati bahawa pengalaman mimpi bukanlah alternatif khusus kepada perlakuan fizikal. Kajian ilmu psikologi moden, walaupun baru bertunas, telah membuktikan bahawa tidak semua pengalaman rohani (iaitu, pengalaman yang tidak melibatkan sebarang organ manusia) hanya bersifat subjektif dalam menjelmakan pengaruh “minda” – apa jua yang dimaksudkan oleh istilah ini – tetapi ia boleh, dalam situasi tertentu, menjadi suatu realiti atau “fakta sebenar” dalam maksud yang objektif bagi perkataan ini daripada semua pengalaman yang dilalui manusia dengan organ fisiologinya.
Kita mengetahui hanya sedikit tentang kualiti dan keupayaan tertentu dari aktiviti psikologi, lantaran itu sangat mustahil untuk mencapai takrif akhir dan muktamad mengenainya. Bagaimanapun, pemerhatian ahli psikologi moden telah mempastikan kemungkinan – yang telah didakwa dari masa lampau oleh ahli mistik daripada seluruh aliran dan fahaman – tentang “kebebasan” sementara ruh manusia daripada tubuhnya. Dalam keadaan pemisahan sementara ini, ruh atau jiwa dapat bergerak bebas dan merantau melangkaui zaman dan tempat, untuk menyaksikan rangkuman kejadian dan fenomena yang lahir dalam realiti dan dimensi yang luas, yang hanya dapat dicerap oleh persepsi simbolik dengan kefahaman yang mendalam, jelas dan menyeluruh.
Tetapi untuk mengungkap dan menzahirkan “pandangan” yang dialami (sebagaimana kami nyatakan kerana kekurangan lafaz dan istilah yang lebih baik) kepada kalangan yang tidak pernah melalui pengalaman seperti ini, maka individu tersebut - dalam hal ini, Rasulullah – terpaksa memerihalkan dan mengungkapnya secara kiasan; dan ini dapat menjelaskan peranan kata-kata kiasan dalam hadith-hadith yang berkait dengan pandangan mistik daripada Isra’ dan Mi’raj ini.
Dalam hal ini, saya ingin menarik perhatian pembaca kepada perbincangan tentang “pengangkatan ruh” oleh salah seorang Ulama besar Islam, Ibn al-Qayyim (Zad al-Ma‘ad II, 48 f.):
“‘A’ishah menegaskan bahawa Perjalanan Malam (Nabi) berlaku dengan ruhnya (bi-ruhihi), sementara tubuh Baginda tidak meninggalkan tempatnya. Hal yang sama juga dinyatakan dari pandangan yang disampaikan oleh Al-Hasan al-Basri. Namun perlu difahami perbezaan antara pernyataan, ‘Perjalanan Malam berlaku dalam mimpi (manaman)’, dan pernyataan, ‘ia [berlaku] dengan ruh tanpa tubuhnya’. Perbezaan antara dua pernyataan ini sangat penting…apa yang dilihat oleh seorang yang bermimpi hanyalah penghasilan semula (amthal) beberapa bentuk pandangan yang telah terbuku dalam fikirannya, lalu dia bermimpi [sebagai contoh] dirinya diangkat ke langit atau dipindahkan ke Mekah atau ke tempat [lain] di dunia, sementara [pada hakikatnya] ruhnya tidak diangkat atau dipindahkan…
“Riwayat yang disampaikan kepada kami berhubung hal Isra’ dan Mi’raj Rasulullah boleh dikelaskan kepada dua kelompok – kumpulan pertama mempertahankan pandangan bahawa pengangkatan berlaku dengan ruh dan jasad, sementara kumpulan kedua menegaskan bahawa ia hanya berlaku dengan ruh, sementara tubuhnya tidak meninggalkan tempatnya. Tetapi pandangan ini [juga] tidak mengertikan bahawa Isra’ dan Mi’raj itu berlaku dengan mimpi: mereka hanya bermaksud bahawa hanya ruhnya sahaja yang melangkah dalam Perjalanan Malam dan diangkat ke langit, dan ruh menyaksikan peristiwa yang [hanya sepatutnya] dapat disaksikan setelah wafat [lit., mufaraqah, “perpisahan”].
Keadaannya dalam situasi tersebut sama dengan keadaan [ruh] selepas mati...tetapi apa yang dialami Rasulullah dalam Perjalanan Malamnya adalah jauh lebih besar dari pengalaman [biasa] yang dilalui ruh selepas mati, dan, tentunya, lebih jauh daripada makna mimpi yang dilihat seseorang dalam tidur…merujuk pada Nabi-Nabi [yang ditemui Rasulullah di langit], ia tidak lain hanyalah ruh mereka yang tinggal di sana selepas berpisah dengan tubuh, sedangkan ruh Rasulullah diangkat ke sana ketika Baginda masih hidup.”
Adalah jelas bahawa pengalaman rohani ini bukan hanya tidak lebih rendah tahapnya, tetapi, sebaliknya, jauh lebih hebat daripada setiap pengalaman yang dilalui dan dicatat oleh anggota tubuh; dan telah jelas tanpa perlu disebut lagi, sebagaimana telah dinyatakan Ibn Qayyim, bahawa ia setanding dengan makna “pengalaman mimpi”, selama pengalaman ini hanya wujud dalam fikiran insan yang bermimpi, sementara pengalaman rohani yang dirujuk di atas tidak kurang “benarnya” (iaitu, objektif) dari yang dilalui “oleh anggota tubuh”.
Dengan menganggap bahawa Isra’ dan Mi’raj ini berlaku dengan ruh dan tidak dengan tubuh, kita tidak menafikan nilai luar biasa yang menyangkut pengalaman kenabian ini. Sebaliknya, telah jelas bahawa pengalaman ini mengatasi keajaiban yang dilalui dalam pengangkatan tubuh, yang memperlihatkan ketinggian syaksiah dan kesempurnaan rohaninya – sesuatu yang kita harapkan daripada seorang pesuruh Tuhan yang sebenar.
Bagaimanapun, adalah mustahil bagi kita manusia biasa untuk dapat memahami secara sempurna pengalaman ruhaniyah sedemikian. Minda kita hanya dapat bekerja bersandarkan elemen daripada kesedaran kita tentang masa dan tempat; dan setiap yang melangkaui batasan dan ruang lingkup ini akan selalu menghalang percubaan kita untuk mencapai maksudnya yang sebenar.
Sebagai kesimpulan, harus diperhatikan bahawa Perjalanan Malam Rasulullah dari Mekah ke Baitulmaqdis, berlaku sebaik sebelum Pengangkatannya, membuktikan bahawa Islam bukanlah suatu kepercayaan baru tetapi merupakan tradisi yang berkesinambungan dari risalah suci yang sama yang disampaikan oleh Nabi-Nabi terdahulu, yang menempati Baitulmaqdis sebagai kediaman rohani mereka. Pandangan ini diperkukuh oleh hadith (dipetik dalam Fath al-Bari VII, 158), yang mana Nabi, dalam Perjalanan Malamnya, telah menunaikan solat di Yathrib, Sinai, Bethlehem, dan lain-lainnya. Pertemuan Baginda dengan Nabi-Nabi yang lain, yang disebut dalam peristiwa ini, menyerlahkan idea yang sama. Hadith yang masyhur daripada babak penting Perjalanan Malam ini di mana Nabi telah memimpin jemaah solat dalam sebuah kuil suci di Baitulmaqdis, yang mana semua para Nabi berdiri membentuk saf di belakang Baginda, menunjukkan secara figuratifnya tentang kepercayaan bahawa Islam, sebagaimana disampaikan oleh Nabi Muhammad, adalah pelengkap dan penyempurna kepada tradisi agama manusia, dan Nabi Muhammad adalah Rasul pembawa risalah Allah yang terakhir dan teragung.

petikan al amin

Khamis, 16 Julai 2009

RACUN DALAM MI KUNING DAN SAUDARA SEPAPAT DENGAN NYA





GEORGE TOWN - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) kesal dengan langkah Kementerian Kesihatan yang tidak mengambil perhatian serius terhadap gesaannya sejak 25 tahun ini berhubung larangan penggunaan asid borik dalam makanan.

Ketika ini, kajian persatuan itu mendapati, penggunaan bahan terlarang yang menjadi agen penyebab kanser dan merosakkan anggota dalaman badan itu semakin meluas dalam bahan makanan yang diminati ramai.

Melalui ujian terbaru CAP, pelbagai jenis makanan seperti bak chang (ladu Cina), mi kuning, kuew teow dan kuih nyonya didapati mempunyai kandungan asid borik yang tinggi.

Pengerusi CAP, S.M. Mohamed Idris berkata, pihaknya telah membuat aduan rasmi terhadap Kementerian Kesihatan berhubung perkara itu sejak 1984 tetapi sehingga kini tiada langkah drastik yang diambil.

"Satu sampel bak chang mengandungi 569 bps (bahagian per sejuta) asid borik, mi kuning pula antara 6.51 hingga 296 bps dan kuih nyonya antara 0.78 hingga 13.5 bps.

"Ia memudaratkan tubuh jika diambil secara rutin dan kebanyakannya terkandung dalam makanan yang kerap dimakan seperti mi dan kuih-muih," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini semalam.

Asid borik adalah toksik yang boleh membawa kepada keracunan, penyakit gastrousus, kerosakan buah pinggang dan hilang selera makan.

Selasa, 7 Julai 2009

BAIAH MENJIJIKAN KLON PEKIDA


Baiah jijik klon Pekida



KUALA LUMPUR: Segelintir individu yang mendakwa menganggotai pertubuhan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) menjalankan upacara baiah (perakuan sumpah setia) pelik dan jijik untuk merekrut ahli baru, termasuk menggunakan daging babi.

Presiden Pekida, Jamaluddin Yusof, mendedahkan individu terbabit sebenarnya bukan ahli Pekida, tetapi menggunakan nama pertubuhan itu untuk keuntungan diri sendiri, termasuk menjual nama mereka kepada golongan tertentu.

“Mereka sanggup menggadaikan maruah Pekida dengan mendakwa boleh dijadikan pengawal peribadi dan mengambil upah melakukan kegiatan tidak berhemah dan tidak bermoral seperti membelasah atau menculik orang.

“Kami mendapat maklumat seperti itu dalam proses pemutihan ahli sejak awal tahun ini hingga sekarang. Mereka yang sukar dikesan dianggap anggota klon Pekida yang mengetahui selok-belok pentadbiran dan pergerakan Pekida,” katanya.





Beliau menjelaskan, proses menjadi ahli Pekida dijalankan secara berakhlak berbanding Pekida klon yang menggunakan cara yang pelik dan jijik.

Antara yang dikesan Pekida ada kumpulan menggunakan daging babi untuk upacara merekrut ahli baru.

“Seseorang ahli baru perlu merangkak di bawah meja dengan di atasnya dipenuhi daging babi. Selepas merangkak, dia akan disuruh menyembah patung Buddha sambil memegang colok dibakar.

“Lebih teruk, rekrut itu diwajibkan toreh tapak tangan dengan pisau hingga mengeluarkan darah sebelum minum darah yang mengalir itu,” katanya.

Darah itu kemudian akan dicampur dengan arak sebelum diminum sebagai syarat menganggotai kumpulan itu.

Jamaluddin berkata, pihaknya tidak boleh mengambil sebarang tindakan terhadap kumpulan terbabit walaupun mengetahui mereka menyelewengkan nama Pekida.

“Tindakan undang-undang hanya boleh dilaksanakan polis dan majlis agama Islam negeri. Kami hanya menyalurkan maklumat,” katanya yang mendakwa ramai orang menyamar mendapatkan gelaran tertentu dalam Pekida seperti Ayahanda dan Abang Long.

Katanya, dengan menggunakan gelaran seperti itu, mereka akan dihormati dan digeruni masyarakat setempat termasuk ahli perniagaan.

Dalam Pekida, beliau menjelaskan ada tiga peringkat iaitu Pekida daerah akan mencadangkan nama tertentu sebagai Ayahanda kepada peringkat negeri untuk diluluskan sebelum disahkan Pekida pusat.

Setakat ini, hanya ada 295 Ayahanda di seluruh negara dan Sabah mencatatkan angka terkecil iaitu tujuh, manakala Melaka mempunyai Ayahanda teramai iaitu 64 orang.

Khamis, 2 Julai 2009






Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.
Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya,
Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.
Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).
* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).
* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.
* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.
* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.
* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.
* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.
* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.
* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.
* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).

Berkata Saidina Ali:
* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam.
Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.
Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.
Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.
Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.
Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:
* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.
Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti.
Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan. Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali.

Bulan Rejab bulan Allah.
Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.

Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka. Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya: "Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar)

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.
Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun. Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.

Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.
REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai. REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya. RAMADHAN menyucikan rohnya.
REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.

Related Posts with Thumbnails