CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Ahad, 28 Disember 2008




PEMUTIHAN PEKIDA DI DAERAH ROMPIN.



Dengar berita pemutihan Ahli PEKIDA Daerah Rompin akan diadakan pada bulan Januari 2009. Disamping itu YBHG. Tuan Hj. Jamaluddin telah merestui menubuhkan Biro-Biro di beberapa tempat dalam daerah Rompin agar pergerakan PEKIDA dapat diselaraskan dengan adanya Biro-biro atau zon Pekida. Walau bagaimana pun pentadbiran tetap dibawah PEKIDA Daerah Rompin. Jika berjaya pemutihan dibuat dianggarkan ahli pekida daerah Rompin tidak kurang dari 7,000 orang.

Walau apa pun dicadangkan akan berlaku juga cacat celanya PEKIDA Daerah Rompin kerana kepimpinan peringkat Kebangsaan ada masalah pemutihan bagitu juga peringkat Daerah. Kita sama-sama berdoa agar pemutihan akan berjaya. Dalam PEKIDA jurang antara orang lama dengan orang baru masih tebal. Orang lama mempertahanan ketokohannya. Orang Baru tak mampu dengan cara lama kepimpinan. Kalau ikut perlembagaan PEKIDA pasti tidak akan berlaku perselisihan.untuk semua ahli yang ingin melihat Perlembagaan PEKIDA Insyallah akan datang saya akan siarkan sepenuhnya perlembagaan tersebut.

Rabu, 24 Disember 2008

Bekas Biarawati Berkata Tentang Xmas






PENTING…!!! Seorang bekas biarawati kristian yang masuk Islam memberitahu dalam ceramahnya haram bagi seseorang umat Islam ucap Selamat Hari Natal.. atau Merry Christ… dan sewaktu dengannya.

Jika anda ucap Gong Xi Fa Chai, maksudnya Selamat Tahu Baru Cina (WALLAHUALAM). Happy Deepavali Selamat Menyambut Pesta Cahaya (WALLAHUALAM), tetapi maksud Selamat Hari Nata.. atau Merry Christ… dan sewaktu dengannya adalah Sejahtera Keatas Tuhan Yesus (NAUZUBILLAH).

Dengan perkataan sahaja kita boleh rosak akidah, yakni murtad. Kita umat Islam beriman LAILAHAILLALLAH yakni TIADA TUHAN DISEMBAH SELAIN ALLAH, jadi ucap Sejahtera Keatas Tuhan Yesus untuk apa (NAUZUBILLAH)? Sebarkanlah perkara ini, berdosa kita jika tak sampaikan benda yang hak. NAUZUBILLAH. LAILAHAILLALLAH.
Sumber dari Sabahdaily.

Jumaat, 19 Disember 2008

MASYARAKAT ORANG ASLI KE DUA TERAMAI DI DAERAH ROMPIN










Gambar Masyarakat Orang Asli di Rompin






Daerah Rompin selain dari Masyarakat orang melayu ke 2 teramai di Daerah Rompin ialah Masyarakat Orang Asli yang terdiri dari Masyarakat Orang Melayu Asli keturunan JAKUN Masyarakat ini bertutur dalam bahasa melayu lama. Jika kita menonton filem melayu sekitar awal penerbitan filem Melayu perkataan yang digunakan seperti mamak digunakan kepada bapa suadara. ada beberapa perkataan lain yang pernah saya dengar ketika menonton filem lama tersebut adalah perkataan-perkataan yang dilafaskan oleh pelakun adalah bahasa suku kaum JAKUN.Jika anda ke Rompin anda akan temui Perkampungan Orang Asli seperti Kg. Kundang, Kampung Amak, Kg. Kedaik, Kg. Taman, Kg. Jemeri, Kg. Kerpai, Kg. Batu tiga dan Kampung Batu 8 semua kampung ini dapat dilihat ketika kita dari Muadzam Shah atau dari Kuantan menghala ke Mersing. Sebahagian dari pada mereka di pengaruhi adat istiadat Orang Melayu dan mengikut adat cina.

Selasa, 16 Disember 2008

PETUA SEMBELIH BINATANG














1. Supaya daging tidak berlemak

1. Ada wudhu’ ketika sembelih binatang
2. Mata pisau disapu terlebih dahulu dengan minyak yang ada dibahagian hidung kita
3. Hulu pisau dibungkus dengan kertas atau sebagainya
4. Mata pisau dikilir atau digerakkan dengan belakang tapak tangan

2. Supaya daging binatang menjadi lembut

a. Mata pisau diletak dekat butir halkum binatang

b. Kedudukan seluruh badan kita jangan berbetulan dengan mata pisau

c. Tahan nafas sewaktu hendak sembelih dan semasa sembelih maka nafas dilepas secara perlahan-lahan

3. Bacaan ketika mahu sembelih binatang supaya daging tidak berbau busuk

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الحَمْدُ

اللّهُمَّ هَذَا هَذَا مِنْكَ وَإِلَيْكَ فَتَقَبَّلْ مِنَّا كَمَا تَقَبَّلْتَهُ مِنْ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ خَلِيْلِكَ وَمِنْ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبِيْدِكَ وَرَسُوْلِكَ اللّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ رِضَاكَ وَالجَنَّةَ

4. Selesai sembelih binatang maka sapukan hujung mata pisau kepada pipi binatang tadi supaya lalat tidak datang menghurungi daging

5. Supaya mencukup atau memadai daging bagi setiap jamuan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ ِلإِيْلاَفِ قُرَيْشٍ إِيلاَفِهِمْ رِحْلَةَ الشِّتَاءِ وَالصَّيْفِ

Hembus dan sapu kepada badan binatang bermula bahu hingga punggungnya

6. Jangan basuh tangan dan mata pisau sehingga binatang sembelihan benar-benar telah mati

Sebaiknya tukang sembelih tidak menjadi tukang yang memandikan mayat kerana biasanya boleh membawa kepada daging menjadi keras

Petua ini diamalkan oleh Tuan Guru Hj Hashim Mudir Pondok Pasir Tumboh

Isnin, 15 Disember 2008

PEMUTIHAN AHLI PEKIDA - HARIAN METRO


Terima kasih Harian Metro kerana berani mendedahkan Kepincangan atau tidak sehaluannya pihak atasan dalam pertubuhan orang melayu yang diberi nama " PEKIDA ". Dari laporan dan pendedahan Harian Metro pada 14hb. December 2008 memang sesuai dan tepat pada masanya dalam kegawatan kaum Melayu.

Muka surat 14 Harian Metro 14 Disember 2008 YBHG Tusn Haji Jamaluddin berkata program pemutihan itu bertujuan membersihkan Pekida daripada ahli-ahli yang terlibat kegiatan negetif membabitkan lebih 15,000 ahli itu, dengan sebahagian besarnya di Selangor dan Kuala Lumpur. Pemutihan yang dilakukan bukan bermaksud terus membuang ahli yang songsang, tetapi kita cuba pulihkan mereka dulu. Jika tidak berjaya, kita lucutkan keahlian mereka.

YBHG. Ayahanda Jaafar berkata, dia bersetuju dengan program pemutihan yang dicadangkan, tetapi mempersoalkan kaedah dan pelaksanaan polisi yang bakal dilaksanakan jika cuba menyisihkan ahli sedia ada,sekalipun ahli itu didapati terbabit dengan gejala negatif dalam pertubuhan itu. Adakah cara yang bakal digunakan kena dengan mereka yang hendak diputihkan?, kenalah guna sempadan dan guna cara yang halus. Jika mereka salah sekali pun.

Dari kedua-dua sedutan dan kefahaman, dirasanya ahli PEKIDA sudah sedia maklum adakah kepincangan ini berlaku di peringkat Ahli PEKIDA atau Kepimpinan tertinggi. Rasanya dah bosan dengan kerenah ini diharap semua ahli PEKIDA faham keadaan sebenar siapa yang bersalah dan siapa yang benar. Hanya mereka mereka yang melakukannya yang tahu - KEMBALILAH KE JALAN ALLAH

Sabtu, 13 Disember 2008

DIMANA ROMPIN, PAHANG




Penempatan Penduduk di Bukit Ibam dan Jeti Kuala Rompin sekitar tahun 60an




Tergerak hati saya kali ini ingin memperkenalkan dimana Daerah Rompin Pahang dirasakan Daerah ke dua terbesar dalam Negeri Pahang. Jika dibandingkan Daerah Rompin sebesar Negeri Sembilan lebih kurang. Penduduk Daerah Rompin terdiri dari suku Kaum Melayu, Orang Asli, Cina, India dan lain-lain Bangsa. Orang Asli adalah suku kaum kedua teramai selepas Orang Melayu. 60% terdiri dari rakyat Negeri Pahang berasal dari Negeri Kedah,Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Johor dan lain-lain. jika dikecilkan lagi bancian tentang jumlah kedatangan rakyat Negeri Lain ke Daerah Rompin, Rakyat Negeri Kedah menjuarai penghijrahan teramai ke Daerah Rompin dengan pembukaan Felda dan tanah sawah. Rompin satu ketika dulu maju dengan perlombongan Bijih Timah Bandar yang paling ramai ketika tahun 60an ialah Kuala Rompin dan bukit Ibam ( Gambar Jeti memunggah Bijih timah ke Luar Negara di Kuala Sungai Rompin ) Ketika itu penghijrahan rakyat dari Negeri Kelantan dan Trangganu berlaku di Rompin. Penutupan Lombong Bijih akhir tahun 70an telah mengundang bala bagi Rompin kerana Kuala Rompin Kembali sepi dilanggar geruda. Rakyat Negeri Kelantan dan Trangganu yang berhijrah ke Rompin ada yang terus menetap di Rompin dan banyak yang balik ke Negeri masing-masing. pada tahun 1978 hingga 1996 dengan pembukaan Felda dan Penerokaan Tanah untuk dijadikan sawah mulalah kedatangan rakyat dari negeri luar. Rompin mula berkembang.
Rompin terdiri dari 5 mukim iaitu Mukim Tioman, Mukim Endau, Mukim Pontian, Mukim Rompin dan Mukim Keratong. Di Mukim keratong percambahan penduduk mungkin perlahan kerana mukim inilah Syarikat gergasi membuka ladang sawit selain dari Ladang Felda. Kampung Tradisional hanya terdapat didiami oleh Rakyat Asal Negeri Pahang hanya 5 kampung. Penempatan Peneroka Felda 17 tempat dan terdapat perkampungan Orang Asli sebanyak 24 kampung. Lebih dari 80 ladang milik syarikat gergasi menempatkan pekerja asing.
Mukim Kuala Rompin adalah mukim yang menempatkan Pusat Pentadbiran Daerah, Bandar Rompin dan Pusat Pelancungan dimana terdapat Hotel bertaraf 3 bintang.
Disini Pembangunan bagitu pesat, dengan industri Sarang Burung Walit.
Mukim Endau tidak ramai Kampung Tradisional dianggarkan dalam 23 buah kampung. Jumlah Penduduk datang dari Felda Selendang 1 hingga 5. Pontian dikenali sebagai kawasan industri Pertanian Kontan.
Mukim Endau terdapat perkampungan Pesawah, dan pintu ke Pulau Tioman.
Mukim Tioman, rasanya tidak perlu diceritakan kerana semua orang tahu keindahannya.

Sabtu, 6 Disember 2008

NEGARA ISLAM ( UNDANG-UNDANG QURAN DAN HADITH )

'Jangan tanya bila Islam akan memerintah tetapi tanya bila masa kita menyumbang kerja-kerja untuk kemenangan Islam. Perjuangan bukan dihampari dengan permaidani merah tetapi dihampari dengan onar dan darah' Iklan



Al-Quran merupakan kitab suci terakhir diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Apabila turunnnya kitab ini maka segala syariat yang terdapat di dalam kitab yang lain termansuh. Inilah hebatnya al-Quran yang diturunkan kepada nabi kita Muhammad s.a.w. yang merupakan nabi akhir zaman.

Keunikan al-Quran yang tidak boleh dinafikan oleh mana-mana pihak kerana ia adalah kitab suci yang kekal sehingga hari kiamat. Ia dibawah peliharaan Allah Yang Maha Agung.

Al-Quran bukan buku novel biasa yang penuh khayalan, jauh sekali buku penglipur lara, tetapi ia adalah kalam Allah yang tidak boleh ditiru oleh orang kafir Quraisy yang hebat dari segi kesusasteraan mereka yang sering dipamerkan di pasar �Ukaz. Allah menjadikan Nabi Muhammad s.a.w. seorang yang ummi, jauh sekali seorang ahli sastera.

Kita sebagai anggota jemaah Islam di negara ini yang sudah meletakkan asas yang kukuh di dalam perlembagaan parti PAS, bahawa rujukan kita ialah al-Quran, hadis, ijma� dan qias.

PAS boleh berjalan sampai kini kerana kita ada rujukan yang asas iaitu al-Quran. Kita tidak pernah hanyut walaupun kita di landa tsunami, taufan dan banjir besar. Kerana kita mempunyai asas yang kukuh dalam perjuangan Islam iaitu al-Quran yang memberi aspirasi perjuangan kepada kita.

1. Al-Quran sebagai petunjuk

"Demikianlah al-Kitab yang tidak ada keraguan padanya memberi petunjuk kepada orang yang bertakwa." (al-Baqarah:2)

Al-Quran bukan diturunkan untuk memberi berkat kepada manusia sahaja, tetapi ia adalah panduan yang mesti dipegang oleh manusia di atas muka bumi ini agar ia tidak terpesong daripada hidup manusia.

Kalau manusia mengambil lain daripada apa yang ditunjukkan oleh al-Quran maka manusia tidak akan berjumpa jalan dan pedoman dan akan berada di dalam kesesasatan yang nyata. Petunjuk al-Quran adalah jelas yang tidak diselindungi falsafah yang berbelit dan cerita dongengan yang direka.

2. Al-Quran sebagai pembeza antara benar dengan yang salah.

Berpegang dengan al-Quran bermakna kita dapat membezakan antara yang benar dengan batil. Kerana al-Quran sebagai penyuluh yang terang, barang pasti ia tidak akan mengkaburkan peganutnya yang kuat berpegang dengan al-Quran.

Kita mampu menghadapi segala bentuk kepalsuan yang dijelmakan oleh musuh-musuh Islam untuk menyekat sokongan terhadap Islam di negara ini. Kita sudah barang pasti ingat bagaimana rakyat di Malaysia yang dikaburkan dengan program Islamisasi tajaan Dr Mahathir Mohamad waktu beliau menjadi Perdana Menteri.

Semua badan-badan dakwah menyokong apa yang kerajaan bawa dengan anggapan bahawa Islam menghijau pada zaman Dr Mahathir. Sewaktu itu PAS menentang arus walaupun kita hanya keseorangan, kerana orang lain semuanya kena ubat bius program Islamisasi. Akhirnya ijtihad PAS yang menentang arus tepat apabila peristiwa pemecatan Dato� Seri Anwar Ibrahim daripada Umno setelah 17 tahun dengan arus Islamisasi.

Sekali lagi rakyat di tipu melalui program Islam Hadhari yang dianjurkan oleh Dato� Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika mula memegang jawatan Perdana Menteri. Pada peringkat awal ramai juga orang sudah terpukau, harapan baru kepada PM baru yang dianggap sebagai keturunan ulama, datuk dan ayahnya sendiri sebagai ulama yang tersohor di sebelah utara.

Harapan baru untuk rakyat Malaysia melihat Islam akan berkembang setelah kecewa dengan Dr Mahathir yang dianggap orang yang tidak boleh diharap memberi tumpuan kepada Islam.

Tetapi alhamdulillah PAS sebagai parti yang berpegang dengan al-Quran terus istiqamah menolak mentah-mentah Islam Hadhari. Maka terpaksa pihak kerajaan mengadakan bengkel untuk menolak hujah PAS.

Dengan berkat petunjuk al-Quran maka tidak berapa lama terserlah wajah manusia yang hipokrit yang hendak Islam dengan gambar Imam Islam Hadhari memegang perempuan dalam satu majlis dan disebar dengan meluas di internet, akhirnya Islam Hadhari sudah tidak relevan seperti juga Umno yang tidak relevan di persada politik tanah air.

Kita yakin Islam Hadhari ciptaan manusia akan mati kerana ia bukan Islam hak milik Allah SWT.

3. Al-Quran mengkhabarkan balasan orang yang dusta kepada Allah SWT

Semua ini menjadi pengajaran kita sebagai duat (pendakwah) perlu memberi pengajaran kepada masyarakat supaya jangan mengulangi tabiat kaum yang sudah dibinasakan oleh Allah SWT.

Pembalasan terhadap kaum yang mendustakan ayat Allah seperti melanda kepada kaum Nabi Nuh yang ditenggelami banjir besar sehingga habis zuriatnya, kaum Hud yang dilanda ribut taufan, kaum nabi Soleh ditimpa gempa bumi.

Kesemuanya ini alah gambaran yang Allah sebut di dalam al-Quran untuk menjadi pengajaran kepada kita supaya kita tidak mengulangi kesilapan mereka. Maka kita sebagai pendakwah perlu memberi amaran supaya masyarakat tidak terjebak dengan kancah kemurkaan Allah.

Sekarang ini negara yang dilanda dengan berbagai kesempitan rezeki (kenaikan barang keperluan), rompakan, pembunuhan di sana sini. Semua ini kerana maksiat yang dilakukan oleh manusia yang engkar kepada Allah. Kita yang tidak berdosa juga terpalit sama kerana angkara daripada perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab ini. Allah SWT telah menarik nikmat bahagia dan aman dalam negara ini.

Di Malaysia sekarang, kaya pun payah kerana perompak sentiasa mengintip ke mana kita dan keluarga pergi. Kalau miskin pun payah kerana sempit hendak berbelanja kerana kenaikan harga barang yang melimpah melambung.

Allah menarik nikmat kerana manusia yang tidak bersyukur kepada Allah walaupun negara kita ini dilimpah dengan nikmat yang banyak seperti petroleum, kelapa sawit, balak, getah, mutiara dan pelbagai lagi. Tapi tidak cukup, walaupun rakyat hanya 26 juta sahaja. Ini adalah bala yang Allah melanda negara kita pada hari ini.

4. Motivasi kepada pendakwah

Al-Quran menjelaskan bahawa mereka yang berjuang di jalan Allah dijanjikan kemenangan di atas muka bumi ini. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai Muhammad) bahawa dia akan menjadikan mereka khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka khalifah yang berkuasa dan dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka yang telah diredai-Nya untuk mereka dan dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh)." (al-Nur: 35)

Kemenangan adalah janji Allah, dan pasti akan diperolehi oleh mereka yang berjuang di atas agama Allah sebagaimana Allah memulakan dengan lafaz wa�ada bermaksud "telah menjanjikan" di mana kemenangan dunia kepada orang yang beriman dan beramal soleh apabila tiba masanya.

Jangan tanya bila Islam akan memerintah tetapi tanya bila masa kita menyumbang kerja-kerja untuk kemenangan Islam. Perjuangan bukan dihampari dengan permaidani merah tetapi dihampari dengan onar dan darah.

Janji ini bukan sahaja di tulis dalam al-Quran malahan dicatat dalam kitab Zabur Nabi Daud AS lagi. Firman Allah SWT dalam surah al-Anbiya�: 105 �Sesungguhnya telah kami wartakan dalam kitab Zabur selepas peringatan bahawa bumi ini akan diwarisi oleh hamba-hamba yang soleh.�

Pesanan al-Syahid Syed Qutb pernah menyebut "kebatilan nampak kuat, tetapi tidak kekal, manakala kebenaran nampak lemah tetapi akan kekal." -Hrkh

BACALAH AYAT YASSIN SELALU

RASULULLAH s.a.w te! lah bersabda yang bermaksud: "Bacalah surah Yassin kerana ia menga ndungi keberkatan", iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah s.a.w lag! i, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
13 Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adala! h orang-orang yang munafik.

Rabu, 3 Disember 2008

SELAMAT MENYAMBUT HARI AIDS SEDUNIA

SELAMAT MENYAMBUT HARI AIDS SEDUNIA KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA. Tergerak hati saya pada hari ini ingin membicarakan tentang HIV/AIDS pada kali ini kerana program kawalan dan pencegahan HIV/AIDS adalah tanggung jawab bersama bukan terletak kepada individu atau kementerian. Ketika ini di Malaysia peranan yang dimainkan hanyalah Kementerian Kesihatan sepehuhnya. Hanya dibantu oleh satu dua NGO dan sokongan dari AADK.
HIV/AIDS adalah masalah Negera seperti mana juga dadah. 90% dari pengidap HIV/AIDS terdiri dari Penagih Dadah yang berkongsi jarum suntikan, selebihnya dari hubungan sex rambang, Dari suami yang mengidap HIV/AIDS dan dari ibu yang mengidap HIV/AIDS. Kaum melayu menjuarai peratus dalam pengidapan HIV/AIDS. Masyarakat harus prihatin dan mengambil berat diatas kejadian kes HIV/AIDS yang meningkat. Gejalanya berpunca dari gaya hidup remaja masa kini, Jika gaya hidup remaja masa kini tidak dapat dibendung atau dicegah tidak mustahil Kejadian Kes penyakit HIV/AIDS yang dilaporkan akan meningkat. Jika kita fikirkan 1 kes yang dilaporkan menjalinkan hubungan yang ditegah seperti penggunaaan suntikan dadah berkongsi. Melakukan sex bebas dengan berbilang pasangan yang tidak diketahui sejarah kesihatan mereka. Usaha-usaha Kementerian Kesihatan akan gagal.Walaupun program PROSTAR ( Program Sihat Tanpa Aids untuk Remaja ). Kelab Remaja Sihat dan Program Doktor Muda. Kalau difikirkan jumlah kes HIV/AIDS di kalangan masyarakat masa kini kita akan menjadi seram kerana kemana kita pergi kita akan dijejaki virus HIV/AIDS, sebabnya dari seorang pengidap HIV/AIDS talian hubungannya kita tidak dapat mengesan sejauh mana perjalanannya berapa orang yang dia berkongsi jarum, berapa orang yang dia telah melakukan hubungan sex, berapa ramai yang telah membantunya ketika pesakit ini luka dan yang membantunya pun luka. Walau apa pun kita tidak boleh pinggirkan mereka kita harus membantu, kita boleh bersama mereka dalam aktiviti harian. Mereka memerlukan bantuan, perangsangan, sokongan dan belaian kasih sayang. HIV/AIDS dapat di hapuskan dari jangkitan dengan mengamalkan sistem " MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT " Program pencegahan perlu diadakan oleh semua pihak. Kementerian Kesihatan, Jabatan Agama Islam, Agensi Dadah Kebangsaan, Jabatan Belia dan Sukan,Kementerian Hal Ehwal Wanita,lain-lain seperti FELDA, JKKK ,Pejabat Daerah, Pejabat Kebajikan, Ahli Politik dan NGO-NGO. dengan sokongan dan bantuan dari semua agensi diatas dirasakan HIV/AIDS dapat dikurangkan malah dihapuskan terus seperti penyakit yang berparasit seperti malaria,untut dan lain-lain. Hanya satu pihak yang bertanggung jawab terhadap penyakit ini nak dijadikan satu program atau satu unit didalam pentadbiran mereka.

UNTUK RENUNGAN AHLI PEKIDA

PEKIDA menyokong kepimpinan Barisan Nasional. Siapa mereka? Benarkah pertubuhan Melayu tidak berdaftar itu di terajui oleh Pak Lah
wartawan umno-reform.com
07-04-2004

Mungkin kain rentang di beberapa tempat semasa pilihan raya tidak di sedari oleh kita milik satu pertubuhan tidak berdaftar yang di katakan bernaung di bawah Perdana Menteri Malaysia - Pak Lah. Kain rentang itu memaparkan slogan PEKIDA menyokong Barisan Nasional, menyebabkan saya cuba untuk mengetahui apa dan siapa mereka sebenarnya dalam PEKIDA?

Di katakan PEKIDA adalah kumpulan orang - orang Melayu yang mengaku adik beradik dan mengangkat sumpah mengenai hubungan antara mereka. Mereka akan membantu sesama adik beradik dan di katakan mampu melakukan apa saja atas dasar adik beradik. Mereka juga di katakan tidak teragak - agak untuk mengambil undang - undang di atas tangan mereka sendiri dan melakukan hukuman yang di rasakan sesuai ke atas pesalah yang telah melakukan kesalahan ke atas adik beradik mereka sendiri.

Menemu ramah salah seorang anggota PEKIDA benar - benar mengkagumkan kami. Mereka se olah -olah mafia Melayu yang mempunyai pelbagai isyarat untuk pelbagai keadaan. Mereka akan membela adik - beradik sehingga sanggup ke tahap mengambil risiko bertaruh nyawa sekali pun. Di aktakan asal PEKIDA adalah murni tetapi kini PEKIDA menyimpang jauh sehingga ada yang mengatakan bahawa PEKIDA terbabit dalam isu Kampung Medan dan ramai antara mereka di katakan menjadi gerak gempur untuk UMNO.

Siapa di belakang mereka?

Di maklumkan kepada kami bahawa ayahanda PEKIDA adalah YAB Dato Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi sendiri. Mereka bernaung di bawah Ayahanda tersebut dan kumpulan mereka mempunyai kepimpinan lain berbentuk satu Majlis yang di dokong oleh mereka yang telah di beri gelaran Tok Ayah. Sungguhpun arah tuju PEKIDA amat menarik namun di beritakan bahawa mereka kini terbabit dalam pelbagai kegiatan yang di luar peruntukan undang - undang. Di katakan antara perkara - perkara yang di lakukan menyimpang dari peruntukan perundangan dan kini mereka di gunakan untuk sokongan politik khususnya UMNO. Sekali lagi mereka ini di terajui oleh Pak Lah. Beberapa ahli UMNO juga telah membuat pengakuan tersebut - Pak Lah adalah ayahanda PEKIDA.

PEKIDA dan UMNO

Di beritakan pertubuhan haram Melayu ini tidak lagi menuruti agenda asal penubuhan mereka. Penyimpangan mula berlaku bila mereka sebenarnya kini berpolitik dan ahli - ahli mereka sudah mula mengambil langkah menyokong UMNO kerana ayahanda mereka adalah Pak Lah. PEKIDA yang di katakan kini mempunyai sokongan ratusan ribu orang - orang Melayu bertindak sebagai satu kumpulan haram yang di terajui oleh Pak Lah bagi memastikan kemenangan UMNO. Apakah penyakit MAFIA sudah ada dalam arus masyarakat Melayu. Siapa yang membiaknya : Apakah Pak Lah yang menerajui pertubuhan haram tersebut. Pak Lah di saran mengasingkan diri dari pertubuhan tersebut

Melihat kegiatan PEKIDA sekarang ini - menurut orang yang memberi keterangan - PEKIDA kini mementingkan imbuhan dari prinsip. Anak - anak muda kelihatan amat ghairah berpayung di bawah PEKIDA yang dapat membantu mereka di kala susah nanti. Di katakan juga PEKIDA mempunyai pelbagai aktiviti haram termasuk kumpulan yang menjadi kaki pukul dan banyak sindikit lain.

Apakah Pak Lah mahu menafikan peranan beliau dalam PEKIDA?

Saya juga berharap pihak polis tidak terikut - ikut dengan PEKIDA dan menjalankan penyiasatan mereka mengenai pertubuhan tersebut. Namun dengan Pak Lah menerajui Polis Di raja Malaysia maka penglibatan Pak Lah dalam PEKIDA tidak akan terselengkor dan berita ini di katakan fitnah semata - mata. Namun ramai yang tahu - Pak Lah mengetuai satu kumpulan harap Melayu - ia itu PEKIDA

Dari cerita diatas Ahli PEKIDA yang berdaftar sebagai Ahli PEKIDA yang sah harus berhati-hati, Dalam pertubuhan PEKIDA yang sah terdapat juga Kad Ahli yang palsu. Dari teguran diatas kita boleh simpulkan " Sebab Nila setitik rosak susu sebelanga ". Perjuangan perlu diteruskan daftarlah dengan pertubuhan PEKIDA yang sah

Related Posts with Thumbnails